Thursday, February 26, 2009

10 Success Keys to Help You on Your Journey




  1. Define what success means to you.


  2. Discover your life's purpose and decide what you want.



  3. Believe and have faith that you achieve what you want.



  4. Write out both your goals and plans to achieve them.



  5. Change the plans until you get the desired results.



  6. Feel the fear, but overcome it.



  7. Decide to never give up.



  8. Become a lifetime learner.



  9. Be grateful for the abundance you already have.


10. Be of service and contribute beyond yourself.

Wednesday, February 25, 2009

7 V'S .... as food for thought for the Effective Leadership

1. Vision

  • Aim, Goal, Objective, Sense of Worthiness, Acceptance, Adaptation, Appreciation, Achievement, Ambiguity, Alignment, Acceleration, Accomplishment.

2. Visible

  • Punctuality, Presence, Purpose, Personality, Professionalism.

3. Vibriant

  • Effort, Expertise, Excitement, Enthusiasm, Endurance, Spirit, Speed, Stamina, Strength, Skills, Success.

4. Vocal

  • Care, Concern, Charitable, Commitment, Continuos Improvement, Courage, Compassion, Consistency, Competency, Congratulation.

5. Validity

  • Legality, Rules, Guidelines Provisions, Procedures, Proper, Perspective, Fair, Firm, Fast, Friend.

6. Vocation

  • Inspiration, Initiative, Intelligence, Integrity, Integration, Blessing, Brain, Build, Bridge, Gratitude, Generosity, Gentleness, Growth, Fun, Friendship, Fellowship, Fortune.

7. Values

  • Happy, Holy, Healthy, Harmony, Love, Loyalty, Legacy, Life.

Monday, February 23, 2009

Hubungan Antara Buah dan Manusia


Jangan suka mendedah tubuh.
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus
mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan.
Jadilah seperti pokok pisang,
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidup.
Kecantikan dalaman.
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian, waluapun di luarnya penuh duri yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga kesucian dalam bergaul.
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil.
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya,
semua seimbang,
Tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Semakin tua semakin bijaksana.
Jadilah seperti cili, semakin tua semakin pedas.
Semakin tua semakin berguna.
Jadilah seperi buah kelapa, semakin tua semakin pekat santannya.
Jangan bermuka-muka.
Jadilah seperti buah manggis,
Buah manggis dapat diteka isinya daripada bahagian bawah buahnya.
Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran anak-anak,
ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!


Jangan mare.....

Friday, February 20, 2009

Alahai.....


**Sebenarnya saya cuba mengelak untuk menulis tentang perkara ini. Namun menilai fikir keadaan yang berlaku, saya terpanggil untuk menyatakan sedikit rasa hati terhadap perkara tersebut.

"Perbuatan berniat jahat terhadap peribadi saya dan dilakukan oleh mereka yang keji",

"Ini adalah satu episod yang paling hitam dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah diserang dan dihina"

Membaca ungkapan dan luahan hati Elizabeth Wong sudah cukup menggambarkan perasaan beliau. Banyak perkara yang berlegar dalam benak fikiran saya lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan suatu isu yang disensasikan:


  • Hak peribadi beliau diceroboh/dicabul.
  • Perbuatan menghina dan mengaibkan/memalukan mangsa walau apapun alasan.
  • Menjejaskan maruah.
  • Sudah pasti tidak dapat mengelakkan fikiran daripada dikuasai perasaan aib, marah, serba salah & putus asa.
  • Peringatan; supaya jangan terlalu mempercayai teman yang rapat dan intim?
  • Bayangkan kalau terkena batang hidung sendiri.
  • Mengingatkan kita supaya berfikir dan berhati-hati dalam semua perkara.
  • Teringat dengan pepatah: "Musuh yang paling jahat/kejam ialah kawan yang paling rapat dengan kamu".
  • Tergamak!!
  • Benarkah beliau menjadi mangsa perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu?
  • Nampak jelas dan ketara - Ahli politik di Malaysia mempunyai persepsi berbeza mengenai standard moraliti dan integriti.
  • Kayu ukur yang berbeza untuk menentukan standard moraliti & integriti?
  • Wakil rakyat adalah milik orang ramai dan tidak ada kehidupan peribadi?
  • Harga yang perlu dibayar sebagai wakil rakyat?

Thursday, February 19, 2009

Indahnya Seorang Yang Bernama Wanita


Kuasa Pujukan Wanita
Kehebatan wanita dalam pujuk rayu memang tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan Empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan seorang wanita;

  1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
  2. Anthony dan Cleopatra.
  3. Hitler dan Matahari.
  4. Samson dan Delila.
  5. Abu Lahab dan Hendon.

Kuasa Sokongan Wanita

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama;
  1. Nabi Muhammmad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
  2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
  3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
  4. dan banyak lagi contoh yang lain.

Kuasa Kejelitaan Wanita

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhaiNya.

Kuasa Layanan Wanita
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah malah memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
Kuasa Doa Wanita
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul". Orang bertanya, "Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Kuasa Taqwa Wanita
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam kata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s.. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkan ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambahkan dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)".

Tuesday, February 17, 2009

Tatacara ..... - Sebagai Panduan Bersama


Tatacara Tidur , Makan & Minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa,
Insya Allah, Allah lipat gandakan rezeki kita.
Sebelum tidur, berdoa, mohon apa yang kita inginkan
Sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish &
Insya Allah, Kita akan work towards it ( ada semangat ) pada keesokan harinya.

Makan buah-buahan sebelum breakfast, lunch & dinner
Ikut sunnah dan dapat pahala, also boleh rujuk pakar pemakanan, vitamin C daripada buah-buahan yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan ( breakfast, lunch & dinner ).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan, bagi tegukan yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10s then baru telan.
Tegukan kedua & seterusnya boleh minum terus, sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut & so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib. Ikut sunnah, Rasulullah makan sebelum maghrib kecuali pada bulan Ramadan. Sebab, bagi yang tengah study (untuk anak-anak), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan, so, if makan at 8.30pm, around 10.00pm baru start study and probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam sahaja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6.30 petang. (orang cina take dinner around this hour ). juga, kita tak tidur dalam kekenyangan. ( yang mana boleh menyebabkan sukar untuk bangkit solat malam)
Tata cara dalam bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit)
boleh mengelak daripada dapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar.
Tata cara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan, sebab jantung terletak sebelah kiri akan lebih lapang/lega dan mudah berdegup (perjalanan darah ok) dan otak anak akan develop excellently.
Bagi anak-anak yang dah azalinya aktif or hyperactive, jangan pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktif tindak tanduk anak.
Tata cara didik diri sendiri
Rasulullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat dan kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif
emosi-emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,cortisone & toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut dsb.

Sedutan daripada motivasi bersama Dr. Fadzilah kamsah

Cerita Bola Sepak Yang Perlu Anda Tahu

  1. Pemain yang paling banyak meludah di padang - Florent Malouda (France)
  2. Pemain yang suka makan lepat - Frank Lampard ( England )
  3. Pemain yang menguruskan 3 Post Office - Helder Postiga
    ( Portugal )
  4. Jurulatih/Pengurus pasukan yang suka berlari - Luis Phillipe Scolari ( Portugal )
  5. Pemain yang main bola sepak dan ping pong - Razak Pimpong ( Ghana )
  6. Pemain bola sepak yang juga kawan baik Batman - Robin ho
    ( Brazil )
  7. Pemain bola sepak yang juga macam Batman - Mathias Kezman - ( Serbia )
  8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil - Adabayour ( Togo )
  9. Pemain yang main bola sepak dan juga main biola - Saviola
    ( Argentina )
  10. Pemain bola sepak yang paling manis - Maniche ( Portugal )
  11. Pemain bola sepak yang selalu terluka di padang - Luca Toni
    ( Italy )
  12. Pemain bola sepak yang suka berbekam - David Beckham
    ( England )

sekadar untuk bergurau senda........

Sunday, February 15, 2009

Twelve Ways To Win People To Your Way Of Thinking


  1. First, a courteous deportment and an attitude of appreciation will open the door to many hearts.
  2. Be attentive and let the other person do a great deal of the talking. Remember, speak ill of no one but speak well and good of everyone.
  3. Be sympathetic with the other person's ideas and desires. It lies in the ability to get the other person's point of view and see things from his angle as well as from your own.
  4. Be social, be conscientious and let the other person know that you are on his side and thus gain his confidence.
  5. Create curiosity and arouse in the other person an eager want or interest. Then show him how to get it with all benefits.
  6. Dramatize your idea with showmanship only on high points or interests and then let the person feel that the idea is his.
  7. Be enthusiastic and use encouragement. Make the things you want the other person to do seem easy to accomplish and achieve.
  8. Instead of stressing your own point of view, gently ask queations of opinions and get the other person to answer "Yes, yes" all the time.
  9. Praise the slightest improvement and praise the very improvement.
  10. Appeal to the nobler motives and aspirations.
  11. Give the person a fine reputation to live up to.
  12. Throw down a challenge with the desire to excel and be unique. By the power of persuasion direct that desire to conviction and fruition.

Thursday, February 12, 2009

Kesian.....

Rancangan 360 TV3, yang memaparkan cara pihak DBKL menghapuskan anjing dan kucing liar(tidak bertuan) mengundangkan pelbagai reaksi banyak pihak. Saya sendiri tersentuh apabila melihat tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak DBKL terhadap binatang tersebut. Saya percaya teman-teman di luar sana pun sependapat dengan saya bahawa pihak DBKL tidak wajar memperlakukan binatang yang tak berdosa tersebut sedemikian rupa. Peristiwa tersebut membuat saya terus berfikir dan tertanya-tanya....




  1. Binatang pun makhluk Tuhan jugak. Adalah hikmahnya kenapa Tuhan jadikan binatang-binatang tersebut.

  2. Perlukah binatang-binatang tersebut dihapuskan?

  3. Ada tak cara yang lebih berperikemanusiaan dan berperikebinatangan mematikan binatang-binatang tersebut?

  4. Mengapa tidak diwujudkan pusat melindungi/menjaga haiwan terbiar ini?

  5. Tidak terfikirkah kita, kewujudan binatang terbiar ini juga berkaitan atau disebabkan oleh manusia juga.

  6. Begitu murahkah nyawa binatang-binatang ini?( kalau tak silap, setiap ekor yang dibunuh akan dibayar oleh pihak DBKL)

  7. Tidak ada kah sekelumit rasa simpati dan kasihan dalam hati mereka?

  8. Sampainya hati .....

  9. Entahlah.... apa lagi ya..

Teringat kata-kata atuk semasa saya memberi pusak (kucing) makan: "Binatang-binatang inilah yang akan mendoakan kita ketika kita menghadap Tuhan nanti"

Mengeratkan Silaturrahim

Sesiapapun di dunia ini inginkan kehidupan yang aman, tenang, dan harmoni. Kita tidak akan menikmati kehidupan yang tenang sekiranya di kawasan tempat kita tinggal selalu berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecurian, pecah rumah atau gejala-gejala sosial yang menyakitkan mata dan hati. Semangat kejiranan harus dipupuk dan dibajai agar terus subur dalam masyarakat kita. Kata-kata "jangan jaga tepi kain orang" rasanya tidak lagi relevan dalam hidup bermasyarakat sekarang demi keharmonian hidup berjiran. Islam juga mengajar kita agar terus mengeratkan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Peringatan daripada hadis Nabi tentang pentingnya silaturrahim seperti sabdanya yang kira-kira bermaksud: "Sesungguhnya rahmat tidak akan turun pada kaum yang di situ terdapat orang yang memutuskan silaturrahim". Jadi, bagaimana caranya mengeratkan silaturrahim? Diantara yang boleh kita praktikkan ialah:
  1. Bertegur sapa, beri salam dulu. Kalau tak pun mulakan dengan senyuman.
  2. Sebutkan nama apabila membuat sapaan. - akan nampak lebih mesra dan ikhlas.
  3. Jangan lokek dengan senyuman. - hai, bukan susah nak senyum. Kalau muka tu memang dah susah nak senyum, sebut huruf "S". Berlatih depan cermin.
  4. Ringan tulang, bersedia membantu. - Contohnya apabila kawan tu ada majlis ke, tolong-tolonglah jenguk, pasang khemah ke atau apa yang dapat dibantu. ( Saya suka bab memasak. Bukan nak tolong memasak tolong cerik(merasa/jadi testerlah tu)
  5. Bersikap mesra dan mudah bergaul - jangan langsung tak ambil tahu perkembangan yang berlaku di tempat kita tinggal. Ada jenis yang macam ni ,sehinggakan orang luar lebih tahu apa yang berlaku di kawasan perumahan tempat kawan tu tinggal."Rami na majlis di dewan taman kitak sia ari marek", sapa seorang kawan. Yang kawan ni pulak, boleh cakap; " Sik tauk aku ko"
  6. Ambil berat kebajikan orang lain. Yang ini memang senang dicakap tetapi susah dibuat. - Salah satu cara yang mudah dilakukan ialah dengan melibatkan diri dengan persatuan dan pertubuhan yang terdapat di kawasan kediaman kita. Bantulah sekadar yang mampu jiran-jiran yang ditimpa kesusahan, sakit dan sebagainya.
  7. Jangan kedekut - Sesekali belanjalah kawan-kawan. Jemputlah kawan-kawan kenduri kat rumah dan jangan susah sangat nak menghadiri majlis atau kenduri apabila ada jemputan.
  8. Jaga perasaan orang lain. - Bercakap dan bertindak jangan ikut suka kita. Jangan ikut sedap mulut/lidah kita je. "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". kan lidah tu lebih tajam daripada mata pedang.
  9. Ambil pandangan pelbagai pihak - Pandangan anda tak semestinya betul. Kadangkala ada pandangan yang lebih sesuai daripada pandangan kita yang harus kita terima. Ini ramai yang tidak sedar terutama mereka yang rajin bercakap, dan merasakan dia sahaja yang betul terutama dalam mesyuarat.

Insya- Allah, jika kita mampu melaksanakan perkara di atas, kita akan dapat mengeratkan silaturrahim dalam komuniti kejiranan kita.

Wednesday, February 11, 2009

Lagi Tip Pengurusan Bilik Darjah

* Di sini saya paparkan semula tulisan kiriman seorang teman dalam blog ini untuk dikongsikan bersama. (tanpa mengubah teks asal)

Mengurus dan mengawal tingkah laku pelajar yang ramai di bilik darjah adalah sukar dalam apa-apa jua situasi. Guru tentu akan berasa sangat kecewa dan sedih apabila sesetengah pelajar tidak berminat untuk belajar dan ponteng daripada menghadiri pangajaran di bilik darjah.
Berikut di antara tip-tip yang boleh para guru cuba untuk mengurus dan mengekang tingkah laku pelajar, seterusnya untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan tenang di dalam bilik darjah:-
  1. Tunggu sehingga senyap
  2. Sentiasa tenang
  3. Elakkan konflik
  4. Tahu bila perlu fleksible
  5. Menetapkan sempadan
  6. Tetapkan matlamat pelajar
  7. Alihkan masalah
  8. Gunakan akal bukan emosi apabila bertindak
  9. Renungan tajam
  10. Kawal intonasi suara
  11. Ulang, ulang, dan ulang
  12. Kaedah pengajaran yang konsisten
  13. Mengurus suasana bilik darjah
  14. Kawalan tingkah laku
  15. Mulakan dengan "saya"
  16. Teguran efektif
  17. Tingkah laku yang positif.

Jika para guru dapat mencapai suasana yang tenang dan seronok dalam pengajaran, pasti akan mendapat respons tingkah laku yang positif daripada pelajar-pelajar.

Selamat mencuba .... semoga berjaya

Yakin boleh ....

Monday, February 9, 2009

The Key to Success



Many people are trying to create a better life for themselves. After all, life is growth and improvement. If we're not growing and improving, we are most likely getting worse. People from all around the world seek success for their families and themselves. To define success, I would have to say it is the pursuit of something definite that can give us what our ultimate desires are.

What Does Success Mean to You?

Whether it's money, health or love, it's really different for everyone. So what is the key to success? Well it's really simple. It has been talked about for thousands of years and mostly all the great thinkers, philosophers and successful people agree on it. It is our thinking. We literally become what we think about most dominantly of all. If you were to become healthy, think about health and how to become healthy. If you want to become rich, think about that. If you want a better job or career, think about that. Don't think about the opposites, because that's exactly what you'll create for yourself. Think and become exactly what you want by creating the life you want to live in your mind first. The rest is writing down your goals, organizing a plan and taking action.


Sunday, February 8, 2009

6 Human Needs


Tony Robbins talks about 6 human needs and how they impact our lives. The six needs are:
    1. Certainty - meaning that we need certainty in our lives for some level of security.

    2. Uncertainty - meaning that we need variety or we would be bored out of our minds with total certainty.

    3. Significance - can also be called importance. We need to feel significant or needed.

    4. Connection & Love - I think this need speaks for itself.

    5. To Grow - We need to grow as human beings. When we stop growing we will become unhappy or depressed - even give up!

    6. To contribute - When you contribute to something you believe in how does that make you feel? Not only do you feel important, but you know you are doing something good. It is the final step in a fulfilled life.

I'm finding that by living life and keeping these 6 needs in mind and how they work, I am constantly making a lot of new distinctions about my life. The keys is to find balance between them all.

Tazkirah

Mansur bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah antaranya ialah:
  • Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.
  • Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.
  • Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.
  • Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
  • Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
  • Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).
  • Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
  • Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia kan binasa.
  • Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.
  • Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
  • Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.
  • Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
  • Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
  • Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

.. bersama Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh


Friday, February 6, 2009

Iklim Bilik Darjah


Proses Pengajaran & Pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu:


  • Interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya.

  • Suasana yang tenteram.

  • Suhu dan peredaran udara.

Sesebuah bilik darjah yang baik mengandungi 5 ciri iaitu;

  • Hubungan yang baik dan saling hormat-menghormati antara guru dan pelajar.
  • Kesungguhan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Memiliki semangat kekitaan (esprit de coup). Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmoni dan mesra.
  • Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan.
  • Ada keterbukaan, demokratik, kemesraan, kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Wednesday, February 4, 2009

Tip Pengurusan Kelas


"Biasalah, kelas hujung", "Sik heran pok,pelajar straight E's", Cik gu dari langit pun yang mengajar, belum tentu lulus", "Tak payah guna psikologi, guna ketuklogi atau tamparlogi", "Dahlah bodo berlagak macam orang pandei", "Dah bermacam-macam cara, kaedah digunakan tapi masih kedak ya", "lemah na nyawa masuk kelas ya" , "Kesian na ngan mbiak kelas ya"', - Sekadar memberi beberapa contoh nada-nada yang menggambarkan keadaan sebenar dan realiti di sekolah. Nada kecewa, geram, marah, menyerah, putus asa dan pelbagai lagi. Meskipun berhadapan dengan pelbagai karenah anak murid, guru tetap bersedia menjalankan tugas dan amanah yang pertanggungjawabkan. Sedaya upaya mereka dengan penuh komitmen akan memastikan anak murid mereka tidak ketingggalan dalam pelajaran dan dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Masyarakat di luar sana masih tidak mengetahui dan memahami apa yang dihadapi oleh para guru di sekolah. Memetik pandangan daripada Dr. Fred John, mungkin tip pengurusan kelas ini sedikit sebanyaknya dapat membantu para guru untuk mengatasi masalah yang wujud walaupun tidak semuanya dapat diatasi.

  • Wujudkan minat dalam diri anda terhadap pelajar. Guru perlu memiliki minat yang tulen terhadap pelajarnya. Terdapat dalam keadaan tertentu, guru memaksa diri untuk cuba meminati pelajar-pelajar di dalam kelas yang dianggap 'bermasalah', namun lama-kelamaan perasaan itu menjadi sesuatu yang benar, tulen dan ikhlas. Dengan itu cik gu akan kerap memberi pujian dan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar. Guru juga harus kerap berkomunikasi/berinteraksi dengan pelajar secara individu dan bukan hanya berkumpulan sahaja.

  • Nyatakan peraturan kelas dengan jelas. Guru perlu melaksanakan peraturan kelas dengan adil dan konsisten.

  • Cuba fahami pandangan pelajar. Cik gu perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar dan cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan pelajar.

  • Guru juga manusia. Oleh itu, seharusnyalah sebagai seorang guru mengaku kesilapan yang mungkin dilakukan ketika menjalankan tugas. Gunakan pendekatan humor jika perlu untuk menarik perhatian pelajar dan mengurangkan ketegangan.

  • Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar. sentiasa duduk di meja guru atau berdiri di belakang pelajar hanya mewujudkan jurang antara guru dan pelajar. Pelajar akan membuat tanggapan bahawa cik gu sengaja tidak mendekati mereka.

  • Selesaikan masalah pelajar dengan segera. Ini dapat mengelakkan sesuatu masalah itu 'berjangkit' dan berlanjutan sehingga mungkin menyulitkan keadaan.

  • Gunakan kaedah berkumpulan (Collaborative). Guru memberikan peluang kepada pelajar membuat keputusan di dalam kelas. Berikan kefahaman kepada pelajar bahawa kelas itu adalah 'kelas kita dan bukan kelas saya'. Wujudkan sikap kekeluargaan di dalam kelas.

Suasana kondusif sangat penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Tuesday, February 3, 2009

Cuit sikit


Senang je ..... to judge the mistakes of others
Susah is .....to recognize our own mistakes.


Senang je ..... is to talk without thinking ...Cakap main lepas je.. melaser sana sini
Susah .....is to refrain the tongue


Senang je ..... is to hurt someone who love us... taking them for granted... tanpa menghargai mereka...
Susah .... is to heal the wound.. walaupun luka sembuh.. tapi parutnya masih...kan!


Senang .....to forgive others... barang lepas jangan dikenang...
Susah .... is to ask for forgiveness


Senang .... is to set rules...
Susah .... is follow them..


Senang ....is to dream every night..
Susah ..... is fight for a dream.


Senang ..... is to show victory ... bermegah... bangga
Susah ..... is to assume defeat with dignity... menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Senang ..... is to admire a full moon..
Susah ..... to see the other side ... yang gelap gelita.

Senang ..... is to stumble with a stone
Susah ..... is to get up...


Senang ..... is to enjoy life everyday
Susah ..... to give its real value..


Senang ..... is to promise something to someone
Susah .... is to fulfill that promise...


Sangat senang ..... is to say we love
Paling susah ..... is to show it every day..


Senang .... is to criticize others, semua orang tak betul... kita je yang betul.., kita je yang pandai..
Paling susah .... is to improve oneself... untuk berubah menjadi lebih baik .... tak insaf-insaf lagi..


Senang .... is to make mistakes..
Susah .... is to learn from them.
Senang .... is to weep for a lost love..
Susah .... is to take care of it so not to lose it..


Paling Senang .... is to think about improving ... berangan nak berubah... setiap tahun ada je azam baru..
Paling susah .... is to stop thinking it and put it into action..


Senang je .... is to think bad of others ...mempunyai prasangka buruk dengan orang lain
Susahkan ..... is to give them the benefit of the doubt..


Paling Senang dan best ..... is to receive.
Paling susah dan tak best ..... is to give.. merungut asyik asyik aku je.. mana tahan..


Senang ..... is keep the friendship with words..
Susahkan ..... is to keep it with meanings...
Senang ..... to read this
Susah .... to follow




Sunday, February 1, 2009

Feri oh feri



Seperti biasa kerisauan akan bertandang dalam fikiran setiapkali nak balik ke kampung. Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran ialah "ada ke tidak feri". Kampung bukannya jauh sangat dan perjalanan akan lebih singkat sekiranya kita sempat untuk menaiki feri tepat pada masanya apabila tiba di pangkalan Feri. Berbanding perjalanan melalui jalan alternatif ( jalan darat ) masa perjalanan dapat dipendekkan melebihi satu jam. Oleh itu perjalanan dengan menaiki feri adalah lebih diutamakan.
Perjalanan ke kampung untuk bersama dalam majlis kenduri arwah emak terpaksa dirancang seawal pagi selepas solat subuh kerana bimbang ketiadaan feri akibat tiang di Pangkalan feri di Sg. Bulu tumbang kesan air deras akibat pasang besar dan hujan yang berterusan minggu lepas. Feri hanya beroperasi pada waktu air pasang sahaja. Dalam feri merentasi Sungai Samarahan dan Batang Sadong saya membayangkan perjalanan tentu akan lebih cepat dan mudah sekiranya kerajaan dapat membina jambatan menghubungi dua destinasi tersebut. Alhamdulillah seawal 815 pagi, kami sudahpun berada di kampung.

4 Safar - Kenduri Arwah Allahyarhamah Emak tercinta.



Semalam genap 9 tahun arwah emak meninggalkan kami. Terasa seperti semalam emak pergi. Ingatan terhadap emak tidak pernah luput dan terpadam dalam memori ingatan. Emak banyak mengajar erti kehidupan. Emak mendidik erti tanggungjawab, erti kasih sayang, erti kesabaran, dan banyak lagi. Seperti biasa, setiap kali muncul 4 Safar setiap tahun, kami sekeluarga akan berkumpul di rumah ayah di kampung. Alhamdulillah, kenangan bersama arwah emak dikongsi bersama bukan sahaja kami adik beradik tetapi semua yang mengenali arwah emak. Keriuhan suasana di dapur dan gema tahlil dan gemersik nada Doa buat emak begitu terkesan di hati ini. Moga arwah emak ditempatkan dan tergolong dalam kalangan orang-orang beriman kepadaNya. Amin....

Kami tetap merindumu mak......