Tuesday, March 31, 2009

Guru Berpolitik


Semasa sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, Datuk Seri Hishamuddin Hussien telah mencadangkan agar guru daripada kumpulan A dibenarkan terlibat dalam politik. Cadangan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi. Ada Pro dan Kontranya, dan setakat ini masyarakat Guru sendiri nampaknya belum membuat apa-apa respons terbuka terhadap cadangan tersebut. Dalam membuat apa-apa keputusan yang berhubungkait dengan kepentingan negara banyak perkara yang perlu diambilkira dan dipertimbangkan;
  1. Sejarah perjuangan negara ke arah kemerdekaan dahulu adalah didokongi oleh warga guru.
  2. UMNO sendiri pun tertubuh dengan kesedaran yang dipelopori dan didokongi oleh golongan guru. Begitu juga dengan Parti -Parti lain atau pertubuhan-pertubuhan yang aktif pada masa pra kemerdekaan kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum guru.
  3. Perjuangan ke arah menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan ilmu dan perlunya perubahan dalam negara ini adalah dimulakan oleh guru.
  4. Guru pada masa itu adalah agen perubahan yang tidak dapat dinafikan peri pentingnya peranan mereka.
  5. Pendididikan pemimpin-pemimpin yang lahir selepas itupun adalah daripada inspirasi guru-guru.
  6. Pejuang-pejuang dalam kalangan guru adalah ikhlas tanpa mementingkan kepentingan peribadi. Mereka adalah penyokong dan pejuang yang setia tanpa memikir imbuhan.
  7. Kepemimpinan politik dalam kalangan guru bergerak secara serentak di setiap negeri atas kesedaran untuk berjuang bersama-sama pemimpin yang ada demi kedaulatan negara.
  8. Guru juga merupakan golongan profesional yang mampu menyumbang idea, pendapat dan kepakaran secara bersama demi negara.
  9. Guna tenaga dan fikiran guru dalam membangunkan negara tidak seharus dikesampingkan dengan menafikan mereka dalam arus politik tanah air.
  10. Isu guru dan kependidikan hanya mampu dan lebih sesuai dan mudah ditangani oleh warga guru.
  11. Profesionalisme guru bukan setakat "mengajar" malah ia adalah luas dan melebar. Guru mampu menentu corakkan masyarakat melalui sistem pendidikan dan politik adalah platform yang sesuai untuk mereka memberi sumbangan (extra) selain di sekolah.
  12. Peranan guru bukan sahaja di sekolah, malah guru juga memain peranan yang penting dalam masyarakat. Sebagai sebahagian daripada komuniti yang besar dalam masyarakat guru mampu memberi sumbangan yang berguna dan bermanfaat demi kebaikan bersama untuk masyarakat dan negara.
  13. Yang harus kita akui, tidak semua guru akan terlibat dalam politik. Terpulang kepada minat dan kecenderungan dalam kalangan guru itu sendiri.

Walaupun demikian, tidak dinafikan ada nada yang tidak sekata dengan usul daripada Datuk Seri Hishamuddin atas andaian seperti berikut:

  1. Menganggu tugas guru di sekolah. Murid akan terjejas.
  2. Pegawai daripada bidang selain daripada guru juga akan menuntut untuk dibenarkan terlibat dalam politik.
  3. Guru akan mempengaruhi pelajarnya tentang ideologi politik mereka.
  4. Mungkin taksub dengan parti yang disokong dan mewujudkan puak.
  5. Guru memang dah banyak tugas di sekolah dan dengan berpolitik akan menjejaskan dan menganggu core business guru.

# Bagi saya antara profesionalisme dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dapat disatukan atas kesedaran kita menyumbang ke arah kepentingan negara. Sama seperti kita terlibat dalam pelbagai pertubuhan sama ada oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Cadangan ini pasti akan mengundang pelbagai pendapat dan reaksi, namun saya berpendapat tidak salah jika guru terlibat dalam politik asalkan tanggungjawab terhadap amanah kita di sekolah dapat dilunaskan dengan sebaiknya. Kerisauan yang timbul disebabkan kita hanya melihat dalam perspektif yang sempit dan tertutup. Anda bagaimana?

Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil

Semalam bermulanya penanamaan calon bagi pilihanraya di 3 tempat iaitu di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik. Mengikuti dan bersembang dengan teman-teman tentang piliharaya dan bercakap tentang senario politik di tanah air memang menarik. Pelbagai pandangan dan pendapat yang diberikan. Ada yang menyokong parti yang memerintah dan tak kurangnya berhujah menyokong parti pembangkang. Apa yang dapat disimpulkan di sini, untuk menang, masing-masing akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Seorang teman mencelah setelah lama membisu dengan nada kesal dan sinis berkata semasa kempen pilihanraya kita akan terbiasa dengan ....
  1. Fitnah-memfitnah menjadi modal berkempen.
  2. Hilangnya adap dan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita.
  3. Persoalkan ketelusan SPR
  4. Pengundi hantu?
  5. Perang risalah dan poster
  6. Perhimpunan haram
  7. Tindakan Polis dan FRU
  8. Ceramah politik yang bersemangat (menakutkan??)
  9. Ugutan
  10. Politik wang
  11. Rasuah
  12. Isu tanah NCR ( di Sarawak)
  13. SK dan SI ( istilah DS Najib) - Lebih banyak SI (sampul ada isi)
  14. Mungkin jugak betul - Beri salah dan Kalau tak beri kalah
  15. dan banyak lagi.

# Rakyat marhaen seperti saya sentiasa mendoakan agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan harmoni. Tak terfikir oleh akal, bagaimanana keadaannya nanti, kalaulah suatu masa nanti kita akan berasakan yang kita seolah-olah bukan lagi sebagai rakyat di tanah air sendiri atau berada di negara yang kita cintai ini.

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour


Don't forget Earth Hour tonight 8.30 pm - 9.30 p.m

Friday, March 27, 2009

Tazkirah - Surah Al Kauthar


Bismillahirrahmanirrahim
Inna a' taina kal kauthar
Fa shalli li Rabbika wan har
In na sha ni a -ka hu wal abtar


In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Lo! We have given thee Abundance; So pray unto thy Lord,
and sacrifice.Lo! It is thy insulter ( and not thou)
who is without posterity.


Penerangan Tentang Surah Al -Kauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu. warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita diamalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT memberi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

  5. Jika membaca 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.

  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberi bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahu Alam.

Saf yang Padu?


Penganalisis politik tanah air berkata calon yang menang Jawatan Naib Presiden memang ada kelebihan untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan. Walau bagaimana pun seperti adanya kompromi apabila satu jawatan Naib Presiden diberikan kepada wakil negeri di bawah bayu.

Tetapi yang menariknya apabila:

4 Menteri Besar, 2 Menteri Kabinet, dan 3 Timbalan Menteri Kabinet yang bertanding MT gagal dalam perebutan jawatan tersebut.
# Apakah keputusan pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik nanti boleh dijadikan sebagai satu kayu ukur penerimaan rakyat terhadap barisan kepemimipinan UMNO tersebut.

Thursday, March 26, 2009

Pemilihan UMNO ( Wanita, Pemuda & Puteri)


Pemilihan UMNO:
  • Banyak analisis pemerhati politik yang tidak tepat?

  • Adakah ia kehendak akar umbi?

  • Senario dan isu-isu yang digembar -gemburkan tidak mempengaruhi keputusan?

  • Akan ada kah perubahan atau kesinambungan?

  • Barisan Exco yang terpilih? ( Wujud kem-kem tertentu dalam UMNO?)

  • Akan wujud kah pepecahan/retak dalam UMNO?

  • Semakin kuatkah UMNO selepas ini?

Tuesday, March 24, 2009

Fikir2 dan Renung2kan....


Bagaimana perasaan anda setiap pagi pergi ke tempat kerja: Ceria atau biasa sahaja??? Sekiranya anda ke tempat kerja dengan perasaan biasa sahaja, maka hasilnya adalah biasa sahaja. Berbeza, jika kita datang ke tempat kerja dengan penuh semangat dan ceria hasilnya akan lebih daripada biasa atau luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil pekerjaan kita itu akan mendapat keberkatan. Insya Allah...
Pelbagai sikap dan sifat manusia yang dapat dilihat di tempat kerja:
  1. Ada yang datang ke tempat kerja hanya memenuhi tanggungjawab (Rutin) "Datang Bekerja" tetapi hampeh, hasilnya macam "Tak datang" kerja.
  2. Adakala kita rasa kita "Busy" giler, rupanya kita hanya "Kelam Kabut".
  3. Adakala kita rasa kita "Prihatin" tapi rupanya kita "Busy Body".
  4. Adakala kita rasa kita "Open Minded" atau "Outspoken" tapi rupanya kita kurang "Peng'ajar'an".
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran "Kritis", rupanya kita hanya lebih kepada "Kritik" yang mencipta "Krisis".
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih "Mesra", tapi rupanya kita dilihat "mengada-ngada".
  7. Adakala kita suka bertanya "Kenapa dia macam takde kerja", adalah lebih baik kita tanya "Apa lagi keje yang aku boleh buat".

Pejam mata dan renunglah dalam diri kita, kalau kita perlu melakukan "Anjakan Paradigma", maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, marilah kita mulakan kerja kita dengan wajah yang ceria, senyum, mesra sesama rakan sekerja. Tingkatkan kerjasama. Semaikan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Elakkan perasaan hasad dengki (Phd). Ada yang cemburu dengan rakan sepejabat atau ditempat kerja yang mendapat kepercayaan majikannya. Walaupun kita disarankan bersangka baik dan tidak bersikap prejudis terhadap rakan sekerja, hati-hatilah dalam pergaulan dan percakapan kerana kita harus sentiasa berwaspada bak pepatah " Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".

Sebagai renungan bersama:

  • mengkritik tidak bererti menentang.
  • menyetujui tidak semestinya menyokong
  • menegur tidak bermakna membenci
  • dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Sunday, March 22, 2009

Parti PBB Ranting Matang Tengah N.6 Tupong.



Cr. Tn Hj Ahmad Kamaruddin (Tengah)dan barisan exconya.

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat (Agung) pemilihan Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Ranting Matang Tengah. Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Ranting Matang Tengah berjalan dengan lancar dan semua jawatan dimenangi tanpa ada pertandingan.

Tahniah kepada semua yang memenangi jawatan dalam pemilihan tersebut.

Ketua Ranting: Cr. Tuan Hj. Ahmad Kamaruddin b. Tan Sri Datuk Su'aud
Ketua Wanita: Puan Zaharah bt. Jeraiee
Ketua Pemuda: En. Noel Joshua.




# Sik sabar juak ngantik pemilihan agung UMNO.

Kesian......Ramai Guru Sakit Jiwa.


Kajian oleh Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70% daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggar 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10% daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
Kebanyakannya menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karekter yang berlawanan dengan guru terbabit sebelumnya ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan. Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada setiap tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.
3 faktor utama yang menyebankan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Yang membimbangkan juga, seperti dijelaskan oleh Nur Zuraida, guru yang tertekan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.
Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.
Tidak dinafikan guru masa kini terbeban dengan pelbagai tugas yang tidak pernah selesai dan habis-habis. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan apa yang guru perolehi/ ganjaran yang guru dapat, tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru. Ia terlalu sedikit berbanding dengan apa guru lakukan atau yang terpaksa seorang guru korbankan.

Saturday, March 21, 2009

Awet Muda


Sentiasa kelihatan muda dan cantik merupakan idaman setiap wanita. Kelihatan cantik berbeza dengan kelihatan muda. Oleh sebab itulah banyak perkara yang dilakukan terutamanya dalam kalangan wanita agar sentiasa kelihatan muda dan cantik. Malah ada di antaranya yang sanggup melakukan apa sahaja agar sentiasa kelihatan muda dan cantik seperti menggunakan susuk, botox, suntikan, impalan dan sebagainya. Di antara petua yang mudah dan murah yang boleh kita amalkan agar kelihatan muda (awet muda), antaranya (Insya Allah) ialah:
  1. Semasa berdandan pada waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  2. Makan banyak ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada diet kita.
  3. Air wuduk sebelum solat subuh yang kena muka dapat memberi kesan yang amat baik.
  4. Bersenam 30 minit 3 kali seminggu dengan konsisten.
  5. Jaga diet kita. Makan apabila berasa lapar dan makan tidak pula terlalu kenyang.
  6. Melambatkan minum air setelah makan. Minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
  7. Rajin-rajin membaca Al Quran - Niat ikhlas kerana Allah.
  8. Menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  9. Rajin-rajin solat tahajjud di tengah malam.
  10. Sentiasa tenang dan tidak marah-marah.
  11. Mulakan sesuatu urusan dengan "nawaitu" yang baik dan niat kerana Allah.
  12. Yang paling penting SENYUM SELALU.

# Mun ado nok lain padah juak.....

Friday, March 20, 2009

Thursday, March 19, 2009

Doa


apabila Tuhan mengabulkan doamu....
bererti Dia sayang padamu.....

apabila Tuhan belum mengabulkan doamu.....
bererti Dia sedang mengujimu......
menguji kesabaranmu.......

apabila Tuhan tidak mengabulkan doamu.....
jangan berputus asa,
Dia sedang merencanakan yang terbaik/indah untukmu...

Tuesday, March 17, 2009

Motivation


    Seven Rules of Motivation

  1. Set a major goal, but follow a path. The path has mini goals that go in many directions. When you learn to succeed at mini goals, you will be motivated to challenge grand goals.

  2. Finish what you start. A half finished project is of no use to anyone. Quitting is a habit. Develope the habit of finishing self-motivated projects.

  3. Socialize with others of similar interest. Mutual supports is motivating. We will develope the attitudes of our five best friends. If they are losers, we will be a loser. If they are winners, we will be a winner. To be a cowboy we must associate with cowboys.
  4. Learn how to learn. Defendency on others for knowledge supports the habit of procrastination. Man has the ability to learn without instructors. In fact, when we learn the art of self-education we will find, if not create, opportunity to find success beyond our wildest dreams.

  5. Harmonize natural talent with interest that motivates. Natural talent creates motivation, motivation creates persistence and persistence gets the job done.

  6. Increase knowledge of subjects that inspires. The more we know about a subject, the more we want to learn about it. A self-propelled upward spiral develops.

  7. Take risk. Failure and bouncing back are elements of motivation. Failure is a learning tool. No one has ever succeeded at anything worthwhile witout a string of failures.


Sunday, March 15, 2009

Food For Thought - Value


Everyone values things differently. In other words, they place their own value on everything that affects their lives. Also from moment to moment they may even change their values. Such as a person, who values diamonds above all else, might be willing to trade a gallon of diamonds for a drink of water to save his life in a desert.
What this means is value is a relative thing defending on a need or a perceived need. Yet, how many people will argue and even violently fight over the perceived value of something or some idea only later have an entirely different view point or value.

Saturday, March 14, 2009

Rahsia Kebaikan Mandi Songsang


Lazimnya, ramai orang mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini memberi impak yang buruk kepada otak seterusnya mempengaruhi kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut apabila menerima siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disetting di dalam kepala, maka cara mandi biasa telah banyak memberi impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan bahagian kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.) Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Kebaikan dan kelebihannya (Insya Allah)
    • Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh
    • mengembangkan salur darah otak - menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
    • Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya.
    • Menjanakan sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
    • Mengurangkan tekanan (stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
    • Melancarkan perjalanan/peredaran darah.
    • Menjadi pengamal semakin pintar.
    • Meningkatkan daya ingatan.
    • Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
    • Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
    • Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
    • Memiliki daya ketahanan mental.
    • Menambahkan semangat berani
    • Menguatkan gusi dan gigi
    • Meningkatkan kekuatan seks
    • Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula mengamalnya...

  • Cuba amalkan dan baharulah kita tahu kesannya....

Mari Berpantun


Anak cina memetik selasih
anyam rotan dibuat timba
tiada yang indah dalam berkasih
mimpikan bulan jatuh ke riba
Ikan gelama dengan cencaru
buat juadah makan bergula
lagu lama tariannya baru
lebih indah dari semula

Makan sirih berpinang tidak
buah keranji dalam perahu
singgah tidak kenangpun tidak
sampai hati buat tak tahu

# marilah sama-sama berpantun. mun ada pantun Sarawak lagi bagus...

Friday, March 13, 2009

Usahlah terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengan kata-katanya. Anda menyintai sesuatu, Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi, buta untuk melihat sejauhmana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, Setiap masalah membuka peluang, Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

Tazkirah Jumaat - Rahsia Memotong Kuku


Rasulullah S.a.w bersabda: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada;

Hari sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan
masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit.

Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat Allah Taala.

Thursday, March 12, 2009

...... Sekadar Renungan Untuk Sang Pencinta


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tidak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta...
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiar, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tidak lupa Dia, Dia tak kan lupa kita. Di tangan Dia ada 'kunci'. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan membuat jiwa merana.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat, malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula, bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
Dan benarlah kata orang, cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Tuesday, March 10, 2009

Program Bicara Gemilang Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nur Saadah, Taman Heng Guan.

Bersemangat menyampaikan ceramah
Saudara Akfan Sajuri Pengerusi JK Masjid Nur Saadah
Dr. Zaidie Suhaili mewakili YB Datuk Hj. Daud Abd. Rahman
Saudara Safuan Baki, Pegawai JASA Bahagian Kuching.
Sebahagian daripada Jemaah Wanita
Kanak-kanak pun ramai yang hadir
Sebahagian penduduk yang hadir dalam majlis tersebut
Pegawai JASA menyampaikan cenderamata kepada penceramah


Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul, AJK Masjid Nur Saadah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Bahagian Kuching telah menganjur secara bersama 'Program Bicara Gemilang' sebagai pengisian majlis tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh ustaz Izwan Yusuf daripada Pusat Latihan, JAKIM, Cawangan Sarawak begitu menarik dan memikat hati khalayak yang hadir.


Monday, March 9, 2009

Salam Maulidurrasul - 1430 Hjirah


"Tidak Kami utuskan engkau Ya Muhammad melainkan membawa Rahmat kepada sekalian alam." (Surah al-Anbiya:107)

"And we did not send you, oh Muhammad, except to bring Rahmat (blessings) to all mankind" (Surah al-Anbiya:107)

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu." (Surah al Ahzab:21)



Bersama-samalah kita menghayati perjuangan Rasulullah melalui sejarah dan sirah Rasulullah s.a.w.

Salam dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w.


"Hakikatnya Kita semakin jauh dengan Rasulullah, dan kita sendirilah harus berusaha untuk mendekatkan diri kepadanya."


Menderma Darah

Peringkat awal proses menderma darah
Proses menderma darah tak sampai 10 minit pun.

450 ml darah. (Darah kita sama warnanya)
Ini merupakan kali ke 37 saya menderma darah
Bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Cina
(Chinese Youth Association)


Semalam saya mengikuti program menderma darah anjuran Persatuan Belia Cina Kuching/Samarahan, di Square Tower. Seperti biasa saya mendapat maklumat aktiviti tersebut setelah menerima sms ( ada 3 sms yang diterima daripada no. hp yang berbeza) daripada ahli persatuan tersebut. Saya sebenarnya tidak mengenali mereka secara khusus cuma telah beberapa kali menderma darah yang dianjurkan oleh persatuan tersebut dengan kerjasama pihak Bank Darah, Hospital Umum Sarawak di sekitar bandar raya Kuching. Dalam diam saya mengagumi usaha murni yang dibuat oleh persatuan tersebut dan pertanyaan menyapa fikiran saya, kenapa persatuan-persatuan lain tidak berinisiatif melakukan perkara yang serupa.

Sunday, March 8, 2009

Aku Meminta Kepada Tuhan


Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan penderitaanku.

Tuhan menjawab, Tidak. itu bukan untuk Kusingkirkan tetapi agar kau mengalahkannya.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan kecacatanku.

Tuhan menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku kesabaran.
Tuhan menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan, ia tidak dihadiahkan, ia harus dipelajari.
Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku kebahagiaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku memberi berkat. Kebahagiaan adalah bergantung padamu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan penderitaanku.
Tuhan menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu daripada perhatian duniawi dan membawamu mendekati padaKU.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan rohku.
Tuhan menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.
Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.
Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Tuhan menjawab..., akhirnya kau mengerti. Hari ini adalah milikmu. Jangan sia-siakan. Bagi dunia, kamu mungkin hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Saturday, March 7, 2009

Buli dan keganasan dalam kalangan pelajar.


Beberapa laporan tentang masalah disiplin pelajar yang dipaparkan melalui media massa sejak akhir-akhir ini mengundang pelbagai persoalan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya para ibu bapa. Semuanya memerlukan penyelesaian yang konkrit dan segera. Nada tegas (tidak ada kompromi) Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran terhadap beberapa kejadian yang berlaku, menunjukkan betapa seriusnya kejadian yang menggusarkan masyarakat tersebut. Dalam menangani masalah disiplin pelajar, beberapa perkara perlu diambil perhatian dengan bukan sahaja melihat insiden yang telah berlaku tetapi perlu mencari apakah punca dan faktor-faktor mempengaruhi kejadian tersebut disamping mengambil tindakan pro aktif mencegah dan membendung daripada terus berulang. Persoalannya...
  • Kenapa berlakunya kepincangan pemikiran dan tingkahlaku negatif pelajar-pelajar ini?
  • Dimanakah salahnya pendekatan kita selama ini?
  • Tidak adakah satu mekanisme yang wujud untuk menyalurkan rangsangan emosi negatif pelajar-pelajar ini agar dapat dikurangkan atau kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan masuk akal?
  • Adakah kita masih menganggap kes ini terpencil (isolated) maka tidak ada langkah bagi menanganinya secara terancang?
  • Adakah kita kurang peka dan masih dengan kata-kata penyedap telinga "ia masih dalam kawalan."

Sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat berdasarkan dapatan Kajian tentang buli dalam kalangan pelajar,dapat diringkaskan seperti berikut;

  1. Pembuli mempunyai pencapaian akademik di bawah paras sederhana.
  2. Tidak suka dan tidak berminat ke sekolah dan menyatakan tidak pernah diberikan peluang untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam kelas.
  3. Tidak bermotivasi
  4. Tetap pergi ke sekolah meskipun tidak suka dengan peraturan sekolah
  5. Tidak selesa berada di rumah. Berbanding dengan rumah, mereka lebih suka berada di sekolah.
  6. Mudah resah dan bosan.
  7. Latar belakang keluarga banyak mempengaruhi tingkahlaku buli.
  8. Hubungan dengan keluarga tidak baik dan tidak mesra. Merasakan ibu bapa tidak mempedulikan mereka
  9. Terpengaruh dengan pendidikan tidak formal di rumah.
  10. Banyak bersifat psikologikal

Cadangan langkah penyelesaian;

  1. Sikap anak-anak dan persekitaran keluarga yang destruktif perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab untuk dipulihkan.
  2. Peranan sekolah amat penting dalam membentuk mental dan rohani pelajar kerana contact sosial pelajar di sekolah adalah yang kedua lamanya selepas di rumah. Atmosfera di sekolah akan menentukan kesudahan corak jiwa pelajar.
  3. Perlu satu kaedah pencegahan untuk memastikan nilai-nilai negatif ini dapat dibendung.
  4. Perlu tindakan susulan dan konsisten untuk mengurangkan masalah sebenar pelajar.
  5. Perlu pro aktif dan bersegera dalam menangani apa jua masalah disiplin.
  6. Memberi tumpuan yang lebih dalam membantu pembelajaran pelajar bermasalah. Jangan dikritik dan disisih.
  7. Mengadakan suatu stimulus yang dapat menimbulkan minat dan rasa diterima di sekolah.
  8. Memberi pendedahan kemahiran keibu bapaan kepada para ibu bapa.
  9. Guru perlu bijak mengesan perubahan sikap pelajar, mengenalpasti masalah dan membantu menyelesaikan masalah mereka.
  10. Kembangkan sikap dan nilai-nilai murni kepada pelajar tersebut.
  11. Menilai hukuman yang dikenakan. Hukuman kebanyakannya lebih bersifat sementara dan nilai keberkesanannya.
  12. Pengasingan pelajar berdasarkan kepada pencapaian dalam peperiksaan dan merit perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza agar pembelajaran dalam kalangan rakan sebaya dapat dipraktikkan.
  13. Pengasingan pelajar yang lemah dan bermasalah disiplin dalam sesebuah kelas perlu dielakkan.Pengasingan akan menyebabkan mereka merasa semakin rendah diri, tersisih dan kurang mendapat perhatian. Akibatnya jiwa mereka memberontak dan mereka lebih cenderung untuk membentuk kumpulan sesama mereka sahaja.
  14. Beri perhatian dan kasih sayang. Mereka yang selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan dengan melakukan sesuatu perkara yang negatif itu sebagai eskapisme atau melupakan segala masalah mereka atau untuk mendapat perhatian.
  15. Jangan membataskan pergaulan mereka sesama pelajar yang lemah dalam pelajaran dan bermasalah disiplin sahaja. Situasi ini akan mendorong mereka untuk bergaul sesama mereka dan akhirnya membentuk geng-geng ataupun deviant cliques. Biasanya unsur-unsur negatif yang besar magnitudnya seperti buli, peras ugut, hooliganisme, gangsterisme, vandalisme dan sebagainya melibatkan bukan hanya seorang pelajar sahaja malah selalunya dilakukan dalam kumpulan.

Dalam menangani masalah yang berbangkit, peranan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat adalah perlu. Apa yang menyedihkan dan menyebabkan warga pendidik merasa terkilan, apabila timbul isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin tak kiralah yang berlaku di sekolah atau di luar sekolah, lebih banyak jari menuding kepada guru dan pihak sekolah. Biasalah kata seorang teman, " Bila ada sesuatu yang tidak baik berlaku dalam masyarakat, guru tidak terlepas untuk dipersalahkan atau terkena tempiasnya tetapi yang elok, baik, kejayaan atau apa yang membanggakan, haram nama guru disebut." "dah nasib guru" sampuk seorang lagi teman.

Friday, March 6, 2009

Tazkirah - Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.


Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

  • Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
  • Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
  • Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

  • Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimana pun agama kita menutut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain. Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh - Harian Metro.

Wednesday, March 4, 2009

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami


  1. Bila si dia sibuk..... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau menemani kamu pergi membeli-belah.
  2. Bila si dia ego..... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
  3. Bila di dia romantik..... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
  4. Bila si dia panas baran..... Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.

  5. Bila si dia penat..... Jangan mengadu perkara atau bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

  7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau kamu menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

  8. Bila si dia selamba..... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

  9. Bila si dia curang..... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa dia bersikap begitu. Jangan bertindak melulu. Cari jalan penyelesaian dengan cara berbincang dari hati ke hati. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

  10. Bila si dia lurus bendul..... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharap orang lain sangat.

Tuesday, March 3, 2009

Sekadar renungan....

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang, tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan; Erti nya, anda telah mensabotajkan diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita!! Bukan cuma segolongan manusia atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan, hidup kita mempunyai misi.
Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan mudah untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan, ujian dan cabaran.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.
Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak pemikiran, sikap, perangai, dan pegangan orang yang berjaya.

Monday, March 2, 2009

Misterinya Wanita


  • Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

  • Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadangkala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

  • Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak... Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesuatu kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukannya dendam.

  • Ikhlas: ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

  • Korban: Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi; Suami, anak-anak, temasuk ibu bapa. Wanita amat tabah.

  • Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

  • Manja: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum wanita.

  • Ego: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang seseorang yang dicintainya.

  • Cinta: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

  • Seks: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita, kerana wanita dicipta dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Peranan lelaki adalah untuk membimbing wanita dan bukan menghanyutkan mereka.

* Lelaki pun hebat jugak kan....

Sunday, March 1, 2009

Building beautiful relationships

Relationships ..... Ah, the most important word in our lives. Something we can't live without, whether its a relationship with a friend, a lover, spouse, parents or colleagues...


The person who knows the art of cultivating relationships has a magic wand with him!! You want one?? keep reading:)

Instead of recognizing the differences betweeen yourself and others, try to recognize what you have in common. At the root of it all, we are all human beings. We need food, and shelter, and love. We crave attention, and recognition, and affection, and above all, happiness. Reflect on these commonalities you have with every other human being, and ignore the differences. This exercise come from a great article from Ode Magazine - It's a five-step exercise to try when you meet friends and strangers. Do it discreetly and try to do all the steps with the same person. With your attention geared to the other person, tell yourself:
    1. Step 1: "Just like me, this person is seeking happiness in his/her life"
    2. Step 2: "Just like me, this person trying to avoid suffering in his/her life"
    3. Step 3: "Just like me, this person has known sadness, loneliness and despair"
    4. Step 4: "Just like me, this person is seeking to fill his/her needs"
    5. Step 5: "Just like me, this person is learning about life"

      And then you will automatically develop a completely different approach in dealing with that person. You will notice that you are enjoying being with the other person. It will help you create better interpersonal relationships with others....

Sarikin - Kunjungan yang tidak mengecewakan anda.

Bergaya dengan Topi Koboi (RM8.00 je)



Awal pagi - belum sibuk lagi dan biasanya pekan ini semakin sesak
sehingga ke waktu petang.

Tikar Rotan dan Kulit kayu


Gitar kapuk dan Gitar elektrik terdapat di sini. Begitu juga dengan instrumen yang lain.


Barangan kraftangan




Periuk belanga pun ada


Sempat singgah beli petai ( sedap buat sambal goreng dengan udang)
Yang dijinjing tu ialah telur penyuk. (15 biji untuk RM10.00)


Pekan Sarikin yang terletak kira-kira 63 km dari bandaraya Kuching hanya mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan untuk tiba di Pekan tersebut. Kunjungan ke bandaraya Kuching tidak akan lengkap sekiranya tidak mengunjungi Pekan Sarikin yang terletak di Sempadan Indonesia-Sarawak.
Di sini "macam-macam ada" dan anda akan merasa puas hati dan berbaloi berkunjung ke Pekan tersebut. Anda akan teruja dengan pelbagai barangan yang terdapat di sini. Sebut saja apa yang anda inginkan sebagai ole-ole dari Sarawak, barangan dapur, pakaian, beg, kasut, topi/cap, cermin mata, dan jam pelbagai fesyen dan jenama, minyak wangi, aksesori, barangan perhiasan rumah, alat muzik, barangan elektrik, barang mainan, kain batik, pelikat, telekung, baju kebaya, songkok, kopiah, ubat kuat, barangan kraftangan, barangan antik, makanan, hasil hutan seperti buah-buahan & sayuran, hasil laut dan banyak lagi semuanya ada di sini. Harga yang ditawarkan pun cukup menarik dan menawan.
Teringat dengan pengalaman berbelanja di Padang Besar Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah serta di Pengkalan Kubur, Kelantan. Yang pasti, Pekan Sarikin menjanjikan sedikit kelainan.