Friday, April 24, 2009

Tazkirah


Siapa kita?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata; "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku reda dengan ketentuanMU ini," sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukan/mengumpulkan/leka dengan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitkannya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaan neraka.

# Di mana kita? Berdoalah mudah-mudahan kita tidak berada dalam golongan yang rugi di dunia dan rugi di akhirat. Lebih dahsyat dan paling rugi apabila kita miskin di dunia dan miskin juga di akhirat.

Thursday, April 23, 2009

Catatan perjalanan di luar Daerah.


"Kau harus membayar harganya."

"Kenapa saya perlu membayar?, "

" Habis, kenapa engkau berada di sini?,"

" Aku hanya ingin melihat keadaan di sini. itu saja,"

"Engkau seolah-olah memberi harapan kepadanya.Kau tak kesian ke?,"

"Entahlah"

"Dia berasakan yang engkau memerlukannya,"

"Tidak!"

"Engkau telah mengecewakannya,"

"Aku tak buat apa-apa pun,"

"Engkau tak merasa engkau bersalah ke?
Bagaimana reaksinya apabila mereka melihat kehadiran kita?,"

"Tak tau lah, mungkin......".

"Sahabat....engkau mengakui jua akhirnya..., itulah dunia mereka, bukan dunia kita, tetapi mereka sebahagian daripada kita."

Wednesday, April 22, 2009

Tips mudah untuk mengawal emosi


  • Selalu berfikiran positif & logik

  • Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu
  • Selalu memberi senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebagai respons
  • Membaca petikan, kata-kata, cogankata, peribahasa dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri
  • Sentiasa memafkan orang lain
  • Selalu berdoa
  • Elakkan daripada hidup yang sentiasa tertekan
  • Selalu bersenam
  • Elakkan daripada bercakap dengan nada yang tinggi
  • Mempunyai masa rehat yang cukup

Tuesday, April 21, 2009

Discharge.....


Alhamdulillah pak nek dah dibenarkan balit dari speta. Panjang senyum orang tua ya setelah beberapa hari di speta. Sik sabar na nak keluar dari speta. Mala jak nanyak dah selesei sik urusan untuk keluar tek.Tapi semasa diletak di kerusi roda nampak na pak nek nahan sakit kesan dari pembedahan dengan ngkah besi dalam peha nya. Nak masuk dalam keta sigik hal agik. Tulang dah tua dan kudrat yang tinggal sedikit nang kurang berdaya. Selepas tuk pak nek akan mendapat rawatan susulan iaitu rawatan fisiotrapi. Doa kamek anak cucu moga pak nek cepat sembuh, sihat walafiat untuk meneruskan kehidupan hari-hari tuanya. Amin.....

Kudrat.....



Kesian.... ya ajak yang mampu diucap bila ndiat pak nek terlantar di speta. Tedah ya, bila dah usia dan hampir nutup senja apa lah kudrat yang ada. Anak cucu hanya mampu berdoa moganya cepat bait. Umur dah dekat 110 tahun tapi masih mampu berinteraksi dengan anak cucu cicit. Dalam sakit (kakinya patah mbak guguk), masih juak nak berguro dengan cucunya madah kakinya patah mbak main futsal. Alhamdulillah, ingatannya masih bagus cuma mata jak dah kabur dan silo. Mata nampak juak sikit selepas dibedah di Speta Normah ari ya. Kesian ngan Wa yang sik tido ngintu pak nek di speta. Moga Allah membalas semua keikhlasan Wa nyaga pak nek. Selamak tuk pun, nang wa nyaga orang tua ya. Ngabas pak nek dan diat orang sakit di speta mengingatkan dirik tentang peringatan hadis "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara". Orang tua masih ada kitalah nyaga dan jenguk orang tua, mun dah sik ada kita hanya mampu ngenang ajak. Sik dapat diambik pulang.

Monday, April 20, 2009

Perjalanan....

Ternyata ia mengundang resah. Keletihan dan memenatkan. Seketika pancainderaku serasa tidak berfungsi seperti biasa. Memang benar, kekadang meskipun mata terbuka luas tetapi ia tidak mampu melihat. Telinga tidak mahu mendengar. Fikiran menerawang tanpa arah. Pancainderaku kubiarkan sendiri tanpa aku bersama mereka.


Biarkan..... nanti ia pasti akan kembali semula.

Thursday, April 16, 2009

EXORA - MPV Pertama buatan anak Malaysia

Cantik kan....... ( teringin juak )

Wednesday, April 15, 2009

Misteri....

Saya masih menyimpan 2 gambar misteri yang dirakam melalui CCTV yang diberi oleh seorang teman. Rakaman CCTV tersebut menunjukkan ada bayangan lembaga putih yang terdapat dalam Lift di sebuah hospital dan gambar seorang wanita berpakaian putih berjalan keluar dari bilik pesakit sebuah hospital di ibu kota. Secara jujurnya saya sukar untuk mempercayai cerita-cerita sedemikian walaupun ada rakaman dibuat. Cerita-cerita aneh yang berlaku di hospital memang selalu kita dengar dan saya suka berkongsi salah satu daripadanya cerita misteri yang pernah berlaku di salah sebuah hospital.....

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor dan petugas di situ. Kedengaran juga bisik-bisik yang mengatakan bilik itu berpenunggu dan selalu mendengar bunyi-bunyi yang pelik dan bunyi yang kadangkala menakutkan. Ramai yang percaya ada makhluk halus yang membuat kacau di situ. Para doktor dan pekerja di situ pun memutuskan untuk memantau katil tersebut. Doktor dan beberapa pekerja yang muslim memegang surah yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus yang diketuai oleh seorang ustaz.
Masa berputar.... pukul 8.00 pagi!, 8.30 pagi, 9.00 pagi. Tiba-tiba....... pintu bilik ICU terbuka. Doktor dan yang lain membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba........

Tiba-tiba muncul Mak cik Nab, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.

Monday, April 13, 2009

Cerita Hantu

Mutakhir ini dapat dilihat kecenderungan saluran TV di negara kita menayangkan cerita-cerita seram (hantu). Kalau tak pun, terdapat tayangan yang berkaitan dengan dunia misteri dan mistik. Memang tidak dinafikan pelbagai cerita seram dan misteri ini sedikit sebanyaknya akan mempengaruhi pemikiran seseorang tentang hantu dan perkara-perkara ghaib dan pelik. Mungkin cerita tentang hantu ini boleh dijadikan renungan....

Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan. Setelah menghabiskan kerjanya, lebih kurang pukul 10 malam, dia yang berada di tingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah. Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.
Apabila sampai di tingkat 35, pintu lift terbuka dan masuklah seorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikal mayang serta berbau sangat wangi. Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus ke belakangnya. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift sedang turun, lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black- out. Semasa dia meraba-raba mencari loceng kecemasan lift itu, dia terbau sesuatu yang amat busuk. Dlam kegelapan itu, pelbagai perkara bermain di fikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu. Lututnya pun semakin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.
Peluh di badannya sudah pun keluar dan matanya pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.
Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi. Giginya yang amat cantik sambil berkata;
" I'm sorry, tadi I terkentut".........

Sunday, April 12, 2009

Kecerdasan Emosi (EQ) - Takrifan Asas


Istilah EQ mula diperkenalkan oleh dua orang ahli psikologi, iaitu Peter Salovey dan John Mayer. Kemudian takrifan EQ dikembangkan lagi oleh Daniel Goleman. Menurut Salovey dan Mayer (1990), EQ didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memandu pemikiran dan tindakannya.
Di antara ciri-ciri EQ ialah:

  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi
  • Kemahiran meningkatkan motivasi diri
  • Kebolehan mengawal emosi orang lain
  • Kebolehan menjalinkan persaudaraan.

Sementara Goleman (1998) mentakrifkan EQ sebagai kebolehan untuk mengenal pastikan emosi diri dan orang lain, untuk memotivasi diri kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan hubungan antara perseorangan yang dapat dikategorikan kepada 5 dimensi EQ seperti.

  1. Kesedaran diri (Self-awareness) - mengamati diri dan mengenali perasaan diri sendiri; mengetahui hubungan antara fikiran, perasaan dan reaksi.
  2. Kawalan diri (Self-regulation) - mengurus keadaan, desakan dan sumber dalaman seseorang.
  3. Motivasi diri(motivation) - Kecenderungan emosi yang memimpin atau memudahkan pencapaian matlamat.
  4. Empati (emphaty) - Memahami perasaan dan masalah orang lain dan berfikir dari sudut pandangan mereka; menghargai perbezaan perasaan orang mengenai pelbagai hal.
  5. Kemahiran sosial (Social skills) - Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan untuk membantu orang lain menguruskan emosinya.

Menurut Goleman(1995), EQ yang dikaitkan dengan pengalaman tertentu yang diperolehi dalam membentuk trait yang positif dan negatif. EQ/EI dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu:

  • Penilaian dan ekspresi emosi
  • Emosi dan proses membuat keputusan
  • Pengetahuan mengenai emosi
  • Pengurusan emosi

Definisi EQ yang diberikan Murray (1998) pula, menunjukkan bahawa EQ merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif serta keyakinan diri.

Selain itu McGarvey (1997) menyatakan terdapat 4 kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan EQ seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan, emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain. Sehubungan itu, EQ merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan mengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh manusia (Cooper Sawaf,1997).

Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi EQ boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya (pengurus) dan juga orang lain (pekerja) disamping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.

Saturday, April 11, 2009

Kursus Dalam Perkhidmatan - IBKL (1994)


Menjejaki teman-teman seperjuangan.....


Sesekali kenangan manis menyapa ingatan.......
Di mana kalian? ...
Sabar (Melaka), Zawawi (Kemaman Tganu), Azli (?), Rosli, Nik (Kelantan), Gimok Rantai(Sabah),Amir(?), Yusri( ?), Raja (?), Bibi ( Kedah) dan yang lain-lain ......

UFO??? atau.....

Semalam penduduk mendakwa melihat beberapa objek berwarna hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru.

Yang menariknya Objek tersebut dikesan oleh penduduk sejak dua bulan lalu.

Pihak DCA pula mendakwa ia bukan Pesawat Tanpa Pemandu (UVA), kerana radar yang ditempatkan di Johor berupaya mengesan sebarang pesawat atau objek terbang yang melintasi ruang udara negara dalam lingkungan 80 Km Persegi.

Sebelum ini, UFO dikatakan telah dikesan di:

  • di Gunung Jerai (2006)
  • di Tanjung Sepat (1999)
  • di Pontian (1991)
  • di Ulu Langat (1984)
  • di Toronoh Perak (1974)

UFO dikesan di Gunung Jerai, kedah (2006)

Misteri UFO yang dikesan sehingga kini masih belum terungkai. Mungkinkah....

  1. Ia pesawat peninjau dari negara asing.

  2. Pesawat makhluk asing? (Agaknya seperti yang digambarkan dalam cerita Ultraman kot!)

  3. Teknologi yang kita gunakan tidak mampu mengesan objek terbang.

  4. Atau teknologi asing tersebut lebih canggih sehingga tidak mampu dikesan oleh radar DCA.

Anehnya, penduduk di Larkin dapat pulak melihat dengan jelas objek tersebut. Mengapa objek tersebut selalu kelihatan di Johor. Beberapa kes pencerobohan ruang udara pun di Johor.

Friday, April 10, 2009

Kesempatan & Peluang...

"Kalau saya berpeluang atau diberi peluang, diberi kesempatan dan berada pada masa yang betul, tempat yang betul sayapun boleh berjaya seperti mereka yang berjaya pada hari ini."


Ungkapan ini mengingatkan saya dengan keadaan kampung saya suatu ketika dahulu. Membandingkan keadaan sekarang dengan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun yang lalu, saya amat bersyukur sekurang-kurangnya saya masih dapat mengingati jejak-jejak pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah. Secara jujurnya saya melihat tidak banyak pembangunan dilaksanakan pada kaca mata saya. Malah nafas pembangunannya berdegup agak perlahan. Mungkin penilaian saya ini sedikit bias kerana saya membesar di ibu kota tetapi setiap cuti sekolah saya tetap balik ke kampung.

Alhamdulillah, sesekali balik menjeguk keluarga dan saudara mara, banyak kenangan yang tersingkap dan ia sering menggamit rindu untuk pulang. Lebih membanggakan taraf pendidikan anak-anak kampung dapat ditingkatkan dan ramai yang mendapat pekerjaan yang "bagus". Kalau dulu ukuran "pandai" atau "bernasib baik" atau "bertuah" seseorang itu dinilai apabila seseorang itu bekerja dengan kerajaan atau istilah orang kampung "kerja perintah." Semua ini berlaku kerana yang mendapat kerja kerajaan itu tadi dapat dibilang dengan jari jumlahnya. Jauh bezanya sekarang dan keadaan ini begitu ketara apabila saya berpeluang untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan seperti pada Hari Raya Aidilfitri. Tidak keterlaluan kalau saya katakan setiap rumah di kampung pasti ada sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Bagi saya semua yang berlaku ini apabila kesedaran terhadap pendidikan anak-anak semakin tinggi dalam masyarakat kampung. Mendengar cerita saudara mara tentang keadaan kampung suatu ketika dulu, ia benar-benar menginsafkan saya. Apa tidaknya, dulu, sekolah rendah yang ada pun tidak cukup kelas dan guru. Kelas yang di sekolah pun terpaksa dibuat secara berselang tahunnya. Maksudnya, dalam tahun-tahun tertentu kelas yang ada mungkin hanya ada kelas darjah 1, darjah 3 dan darjah 5 sahaja. Nak menyambung persekolahan ke darjah 6 misalnya terpaksa pergi ke tempat lain yang mengundangkan banyak lagi masalah seperti sekolah yang jauh, naik bot 6 - 8 jam perjalanan, perbelanjaan, tempat tinggal, berpisah dengan keluarga dan banyak lagi yang "tak tercapai oleh akalku". Kalau lah pada peringkat sekolah rendah begitu keadaannya, bayangkan bagaimana pula nak ke sekolah Menengah. Apalagi pada masa itu pendapatan orang kampung hanya berkerja sebagai nelayan, buruh kuari, pekerja kilang papan, kerja kayu balak, petani dan kerja-kerja kampung tidak mampu untuk menghantar anak ke "negeri" orang. Bagi yang "kuat," berkemampuan dan berpandangan jauh akan melakukan apa saja untuk anak-anak. Selebihnya, lebih ramai yang tercicir dan berhenti setakat itu sahaja. Tersekat akibat ketidak-upayaan dan kemiskinan yang sentiasa mencengkam kehidupan penduduk.

Dalam pada itu, bagi mereka berhijrah, keluar dari kampung mencuba nasib dan mencari rezeki ke kota, anak-anak mereka inilah, banyak yang berjaya dan membuka mata dan minda orang kampung untuk mengorak langkah yang sama demi pendidikan anak-anak mereka. "Keadaan sekarang jauh berubah" kata udak (panggilan untuk emak saudara), "kita boleh berbangga sudah ramai anak kampung ini yang telah berjaya belajar sampai ke Universiti", sambung Usu Ali. Memang tidak dinafikan ramai yang berjaya seperti dalam bidang profesional, ahli politik dan ahli perniagaan.

Dalam diam-diam, dengan penuh keinsafan dan rasa syukur, saya akui saudara maraku di kampung suatu waktu dahulu memang terperangkap dalam ketidakupayaan, tidak berpeluang dan tidak ada kesempatan.



KABINET MALAYSIA - Syaf yang Padu.....


TAHNIAH DAN SYABAS!!!
Barisan Menteri dan Timbalan Menteri dari Sarawak dalam Kabinet 2009

Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air

Barisan Timbalan Menteri

  • Datuk Hj. Fadillah Yusof - Timbalan Menteri Sains Teknologi & Inovasi
  • Datuk Rohani Karim - Timbalan Menteri Pertanian & Asas Tani
  • Datuk Yong Khoon Seng - Timbalan Menteri Kerjaraya
  • Datuk Robert lau Hoi Chew - Timbalan Menteri Pengangkutan
  • Datuk Joseph Salang Gandum - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
  • Datuk Jacob Dungan Sagan - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
  • Datuk Joseph Entulu ak Belaun - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
  • Datuk Seri Sulaiman Abd. Rahman b. Taib - Timbalan Menteri Pelancongan
  • En. Jelaing ak Mersat - Timbalan Menteri Dalam Negeri

Aspirasi: "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Kabinet yang diharapkan dengan memperkenalkan satu paradigma yang bakal memacu prestasi dan pencapaian melalui pendekatan "Petunjuk Prestasi Utama" (KPI).

Dalam bidang pendidikan, pendekatan dan penekanan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI ini telah lama dilaksanakan. Tak tau lah kalau ada sekolah-sekolah yang kurang biasa atau tidak dibiasakan dengan istilah PPU atau KPI tersebut.

Wednesday, April 8, 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK)


Di Kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) menang dengan majoriti 2,789 dengan mendapat 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
DI DUN Bukit Selambau pula, Calon PKR, Manikumar menang dengan majoriti 2,403 dengan mendapat 12,632 undi manakala pencabar terdekatnya Datuk S. Ganesan mendapat 10,239 undi.
Menariknya di Sarawak, Calon BN, Malcom Mussen Lamoh memenangi DUN Batang Aik dengan majoriti 1,854. Malcom mendapat 3,907 undi berbanding calon PKR Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi.
Sekadar pandangan kenapa BN menang di Sarawak.
  • Parti BN di Sarawak memang sudah lama mendominasi kawasan tersebut.
  • Seolah-olah telah tertanam dalam minda pengundi (terutama generasi tua) Lambang BN sudah sinonim sebagai parti pemerintah yang harus disokong.
  • Kerajaan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi menawan hati pengundi di situ. Pelbagai projek dan kemudahan disediakan dan dijanjikan.
  • Mewujudkan sentimen tidak menerima Parti dari Semenanjung. (Parti asing)
  • Gerakan secara bersepadu jentera pilihanraya BN bagi memastikan calon Bn menang.
  • Budaya masyarakat kita yang menghormati pemerintah. Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang lain turun padang sudah pasti memberi kredit kepada calon BN. Selain itu, sokongan rakan-rakan dalam komponen BN dari negeri lain seperti Sabah juga banyak membantu.
  • Pendekatan mendampingi dan mempengaruhi ketua (Penghulu dan tuai rumah ) ternyata strategi berkesan. Biasanya anak buah akan mengikuti kata seorang ketua yang dihormati. Si isteri pula akan menuruti kata si suami.
  • Mentaliti masyarakat yang dimomokkan ,sekiranya tidak menyokong BN atau parti kerajaan bererti menentang kerajaan. Orang yang menentang kerajaan tidak akan mendapat apa-apa kemudahan dan bantuan daripada kerajaan. (Disenaraihitamkan)

Di pihak Parti Pembangkang pula:

  • Kekuatan jentera pilihanraya agak terbatas dalam banyak aspek seperti manpower, fasiliti, projek?, dan banyak lagi berbanding dengan BN.
  • Mengharap kepada generasi muda untuk melakukan perubahan sedangkan banyak pengundi di situ adalah golongan veteran.
  • Maklumat dan penerangan tentang isu-isu dibangkitkan seperti tanah NCR walaupun mampu menarik perhatian tetapi masih dapat dipatah oleh pihak BN.
  • Masyarakat di situ tidak begitu yakin PKR mampu membuat perubahan kerana mereka telah diyakini bahawa parti pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa pembangunan di situ.
  • Sambutan masyarakat tidak begitu memberangsangkan kerana atas sikap dan budaya barangkali, " sesiapapun yang memerintah, hidup kami macam ni lah jugak."
  • Kesedaran untuk bangun bertindak dan menentang sesuatu ketidakpuasanhati terhadap isu-isu yang dibangkitkan belum lagi terpahat dalam hati penduduk di situ.

Tuesday, April 7, 2009

Hukuman Rotan di Sekolah


Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959, khususnya Hukuman Rotan, dan akan mengeluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menyatakan bahawa perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
Apakah hukuman rotan mampu mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar masa kini? Adakah ia masih sesuai atau relevan dengan situasi dunia pendidikan sekarang? Walau apa pun,ia adalah salah satu langkah yang diharapkan mampu menangani masalah disiplin pelajar yang semakin membimbangkan pada masa kini. Kebimbangan tentang fenomena kes jenayah dalam kalangan pelajar juga pernah disuarakan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Musa Hassan baru-baru ini.
Di Sarawak, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Salleh dalam Utusan Borneo 2 April 2009 lalu, berkata sehingga 30 Mac 2009 dalam tempoh 3 tahun jumlah kes yang melibatkan pelajar ialah 152 kes untuk jenayah kekerasan dan 207 untuk kes jenayah harta benda. Kes-kes jenayah tersebut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kenyataaan tersebut walaupun dilihat masih dalam skala yang kecil tapi ia tetap mengejutkan dan membimbangkan.

Monday, April 6, 2009

Komunikasi Berkesan?


Ceritanye.....
Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Managernya...
"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tidak dapat kita lihat setiap hari. Untuk melihat fenomena tersebut, semua pekerja diminta berkumpul di padang dengan berpakaian kemas. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak dapat melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin sahaja."
Lalu General Manager itu menyampaikan arahan Bosnya kepada Ketua Jabatan...
"Ini adalah arahan Managing Director... Esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas... Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari."
Dan Ketua Jabatan pula menyampaikan kepada Ketua Seksyen...
"Ini adalah arahan dari Managing Director. Esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. ini adalah kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari".
Seterusnya Ketua Seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada Penyelia...
"Jika esok turun hujan di kantin.. Kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."
Akhir sekali Penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada Pekerjanya...
"Esok pagi... pada jam sembilan... Managing Director akan gerhana... Sayang sekali, kita tidak dapat melihatnya setiap hari...



Moral di sebalik cerita...

  • Perlu ada kemahiran berkomunikasi
  • Kesan daripada kecairan maklumat

Sunday, April 5, 2009

Orang yang Kita Sayang

Emel daripada seorang teman.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....

Antara "Bos" dan "Pemimpin".


Saya ingin menghubungkaitkan cerita dalam entri Bos yang tegas dengan membuat catatan tentang Antara "Bos" dan "Pemimpin" pada kali ini.

Glasser(1990) memberi senarai perbezaan di antara "Bos" dengan seorang Pemimpin seperti berikut:

  • A boss drives. A leader leads.
  • A boss relies on authority. A leader relies on co-operation.
  • A boss says "I". A leader says "We"
  • A boss creates fear. A leader creates confidence.
  • A boss creates resentment. A leader breeds enthusiasm.
  • A boss fixes blame. A leader fixes mistakes.
  • A boss works drudgery. A leader makes work more interesting.

Daripada perbezaan-perbezaan di atas, jelas kelihatan ciri-ciri seorang pemimpin yang lebih mementingkan kepuasan dan keselesaan kumpulan dan orang bawahannya. Seorang pemimpin akan lebih mampu mengekalkan pengaruh dan rasa hormat dari yang hanya menjadi "Bos" kerana:

  • Mendapat kepercayaan yang suka rela daripada orang-orang bawahannya.
  • Timbul rasa kepuasan daripada orang bawahan untuk mengikut arahannya.
  • Seolah-olah ada persetujuan di mana pemimpin mesti diikut dan pengikut mesti mengikut arahan pemimpin.
  • Tugas dilaksanakan oleh orang bawahan secara lebih komited bukan secara paksaan.
  • Rasa hormat kepada pemimpin diberikan oleh pengikut secara rela hati, bukan dipaksa.
  • kepengikutan kepada pemimpin adalah secara sukarela, manakala kepengikutan kepada Bos secara terpaksa. Kepengikutan dan rasa hormat akan hilang apabila Bos itu bukan lagi Bos kepada orang bawahan tersebut.

So, jangan berlagak seperti "Bos". Jadilah seorang "Pemimpin" walaupun gaya Bos pun ada dalam seorang diri pemimpin. ( eh, betul ke aku neh..)

Glasser. W. (1990) The Quality School. New York: Harper and Row

Chef

Tak pakai apron
ikut mood dan tengok keadaan, apabila teman-teman bertanyakan suka tak memasak. Saya memang suka ke dapur tapi bukan untuk masak tapi untuk makan. Semalam dan hari ini saya perlu memasak untuk anak-anak. Yang pastinya anak-anak memang menggemari masakan ayah mereka dengan pelbagai resipi yang menyelerakan. (ada testimoni-masuk lift, tekan sendiri he he)

Saturday, April 4, 2009

Bos yang Tegas


Seorang Pegawai kanan dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai ketua/Bos dalam salah sebuah anak syarikat, Syarikat yang terkenal ini. Daripada maklumat yang diperolehi, didapati pekerja di situ agak kurang bermotivasi, cuai serta pemalas. Bos baru ini telah mengambil keputusan akan melakukan beberapa tindakan yang drastik untuk mengatasi masalah yang berlarutan agak lama dalam syarikat tersebut. Dia nekad dan bercadang nak ajar mereka sikit first day dia kat syarikat tersebut. So sesiapa yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.
Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju merah itu", dia menjerit. Jeritannya yang kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"bape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras.
"Dalam RM800," pekerja itu menjawab.
Bos itu dengan nada keras, "Nah amik ni RM800, berambus dari sini. Kalu nak nalas-malas pegi tempat lain". Pekerja itu amik duit itu, lalu blah cam tu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka faham, sape malas, sure kena pecat!. Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa cukup puas.
Sebelum Bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, "Mamat tadi tu keja department mane?"
Jawab si pekerja, " owh, dia tu anta pizza".

Petua Merancang Jantina Anak


Prolog: Seorang teman begitu gembira sekali ketika isterinya melahirkan seorang bayi lelaki setelah lama menunggu apatah lagi setelah mempunyai 4 orang anak perempuan. Berbakul-bakul ucapan terima kasih yang saya terima kerana katanya dengan mengamal petua yang saya beri (Kebetulan la tu), akhirnya dia mendapat cahaya mata lelaki yang begitu comel. Seingat saya, saya hanya mengesyorkan agar sebelum berjimak dengan isteri bacalah surah yasin bersama-sama, solat hajat dan berdoa memohon kepadaNYa. Mengingatkannya tentang ayat kedua terakhir dalam surah yasin (ayat 82) dengan cara tertentu... selain mencuba teori yang dicadangkan oleh pakar seperti yang saya turunkan dalam entri ini terutama cara pancutan..
Merancang Jantina Anak
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelak) dan XX (anak perempuan)

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali, sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk merancang, panduan berikut boleh dikuti:
Yang inginkan anak lelaki:

  • Makanan yang berasid seperti buah-buahan; limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

  • Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

  • Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. cecair bikarbonet (sodium bicarbonate) boleh dibeli di farmasi.
  • Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses 'layering'. atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika disahkan ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Yang inginkan anak Perempuan

  • Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air bergas dan lain-lain. Elakkan makan makanan laut.
  • Persetubuhan dilakukan sebelum penentasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian kesuburan.
  • Melakukan 'douching' dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

# Doktor-doktor tidak menggalakkan 'douching', kerana khuatirkan tindakbalas kimia di dalam sistem reproduktif boleh menyebabkan kesan sampingan.

Selain daripada itu, petua-petua orang tua juga boleh dicuba walaupun belum dibuktikan dengan kajian yang sainstifik. (cuma berdasarkan pengalaman sahaja).

Yang inginkan anak lelaki:

  1. banyakkan makan sayur-sayuran ( kedua-dua pasangan)
  2. "deep penetration", maksudnya cuba pancutkan hampir ke pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, kemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki. ( ini diyakini lebih berkesan)

Yang inginkan anak perempuan:

  1. Banyakkan makan daging ayam/lembu. (kedua-dua pasangan)
  2. "subsurface penetration", maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Sperma gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan akan bercantum dengan ovum.

# Kita hanya berusaha... selebihnya memohonlah kepadaNya dengan berdoa dan bertawakkal.

Pengalaman orang-orang tua mengatakan; kalau perut wanita mengandung nampak bulat, menandakan kandungannya adalah anak perempuan, dan anak lelaki kalau perut berbentuk lonjong.

Datuk Seri Najib - Perdana Menteri Malaysia ke-6


TAHNIAH KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN ABD. RAZAK....


Memetik antara intipati kata-kata Datuk Seri Najib dalam ucapannya malam tadi....
  • ....Dengan penuh tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.

  • .... Dengan ini, saya mengajak seluruh warga negara untuk sama-sama melaksanakan satu Transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian diuatamakan.

  • ....13 tahanan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dibebaskan serta merta.

  • ....Proses kajian semula terhadap ISA akan juga dimulakan.

  • ....Kerajaan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi 2 buah akhbar (Suara Keadilan & Harakah)


# Tahniah juga atas penganugerahan darjah kebesaran negara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Friday, April 3, 2009

Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah


  1. Pendekatan Intimidation - Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

  2. Pendekatan Autoritarian - Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
  3. Pendekatan Cookbook Management - Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
  4. Pendekatan Sosioemosi - Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (Interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkah laku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
  5. Pendekatan Permisif (Kebebasan) - Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

  6. Pendekatan Pengubahan Tingkah laku. - Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
  7. Pendekatan Pengajaran. - Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
  8. Pendekatan Proses Kumpulan. - Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

# Sumber: Cgu bashid

Tazkirah - Teka -teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya; "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah Mati. Sebab janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: "Negeri China"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah Masa Lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan amalan yang sesuai dengan ajaran agama".
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: Matahari"
Murid 3: Bumi"
Murid 4: "Laut"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah Hawa Nafsu (Surah Al-A'Raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling berat di dunia?"
Murid 1: Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Murid 4: "Unta"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah Memegang Amanah (Surah Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali bertanya lagi: "Apakah yang paling ringan di dunia?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"
Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah Meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".
Imam Ghazali terus bertanya: "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

Thursday, April 2, 2009

Malas..... sikap yang perlu dihindarkan.


Falsafah orang malas....

  • Bangga dapat kerja senang dan ringan
  • Biar lambat, jangan menyusahkan
  • Biar orang lain melakukannya, jangan disusahkan diri
  • Memilih kerja senang tapi ganjarannya lebih
  • Tidak gemar menghadapi cabaran
  • Mengelak kerja-kerja mendesak (urgent)
  • Banyak kerja, banyak silap
  • Sedikit untuk organisasi, selebihnya untuk diri!

Sifat orang malas....

  • Ditugaskan melakukannya tetapi menolak
  • Berpeluang melakukannya tetapi berdalih
  • Sanggup melakukannya tetapi bertangguh
  • Tahu melakukannya tetapi mendakwa tidak tahu
  • Boleh melakukannya tetapi mendakwa tidak boleh
  • Berupaya melakukannya tetapi mendakwa tidak mampu
  • Sering melakukannya tetapi mendakwa tidak biasa
  • Mahir melakukannya tetapi mendakwa tidak tahu
  • Mudah melakukannya tetapi mendakwa sukar
  • Sedikit melakukannya tetapi mendakwa banyak
  • Berkelapangan melakukannya tetapi mendakwa suntuk!

Kerja orang malas...

  • Kerja sedikit tetapi mengaku lebih
  • Kerja sedikit tetapi merungut lebih
  • Kerja sedikit tetapi menuntut labih
  • Kerja sedikit tetapi mendakwa lebih
  • Kerja sedikit tetapi belanja lebih
  • Kerja sedikit tetapi ambil masa lebih
  • Kerja sedikit tetapi guna tenaga lebih
  • Kerja sedikit tetapi penat lebih
  • Kerja sedikit tetapi mengungkit lebih
  • Kerja sedikit tetapi mengumpat lebih
  • Kerja sedikit tetapi berehat lebih!

Semoga kita bukan dalam kalangan orang yang malas... Di bawah adalah doa yang boleh diamalkan untuk menghindarkan diri daripada sikap malas.


Ertinya: Ya Allah, Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berlindung daripada sifat lemah dan malas dan berlindung daripada sikap penakut dan bakhil dan berlindung daripada beban hutang dan penindasan orang.

Bila anak bertanyakan tentang seks...


Abah....bah... seks tu apa, bah?

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencar-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi sehingga kepada kelahiran seorang bayi comel yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

"Eh, kenapa ni"?
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
"Jawapan abah tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Abah ajalah yang tulis", waaaaaa!!!

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depannya tertulis......

SCROLL DOWN
























Perancangan dalam Pengurusan

Untuk mengurus kita perlu merancang. Dalam merancang, kita juga perlu tahu cara mengurus perancangan. Mengapa perancangan penting dalam pengurusan?

  • Segala aktiviti perancangan adalah khususnya untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi yang dimandatkan kepadanya.
  • Kita merancang untuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang dijangka/diandaikan akan timbul. Perancangan juga menentukan setiap aktiviti pengurusan itu dibuat secara sistematik.
  • Perancangan adalah proses dimana seseorang itu membuat keputusan mengenai objektif yang ingin dicapai dan memastikan bagaimanan objektif-objektif tersebut hendak dicapai secara berkesan.
  • Perancangan juga merupakan proses yang intelektual, keazaman dan tindakan yang bijak berdasarkan keputusan ke atas tujuan, pengetahuan dan penganggaran (estimation) yang tinggi.
    Pentingnya perancangan ialah dapat menentukan:
  • Idea manakah yang dapat diterima?
  • Apa yang dapat ditambah kepada idea ini?
  • Apa yang perlu ditolak?
  • Apakah alternatif yang boleh dipilih?Apakah prioriti kita?
    Melalui perancangan kita juga akan dapat:
  • Membuat keputusan dan mendapatkan kepastian mengenai strategi-strategi yang bakal digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
  • Menentukan dan mengagih sumber-sumber (sumber manusia, kewangan, fizikal dan teknikal).
  • Mengenal pasti bentuk kawalan dan pengawasan bagi memastikan objektif yang ditentukan tercapai.
    Melalui perancangan kita akan dapat:
  • Menentukan apa, bila, siapa, bagaimana, mengapa dan di mana sesuatu aktiviti atau tindakan itu harus dilaksanakan.
  • Mengenal pasti objektif serta menentapkan kaedah untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam pengurusan.
  • Mengumpul serta menganalisis maklumat supaya dapat membuat keputusan pengurusan yang bijak.
  • Mencari alternatif atau pilihan semasa membuat keputusan untuk sesuatu tindakan atau aktiviti.
  • Menyedia dan menghubungkan perancangan dengan keputusan yang telah dibuat.

Wednesday, April 1, 2009

Gaya Kepemimpinan yang sesuai?


Adalah amat sukar bagi menentukan gaya atau corak kepemimpinan mana yang paling sesuai untuk sesebuah organisasi. Sepertimana dalam Teori Contigency yang dianjurkan oleh Fieldler, ia tidak dapat mengenal pasti gaya kepemimpinan yang paling baik untuk memimpin. Apa yang lebih dipentingkan, saya rasa adalah untuk memilih satu gaya atau corak kepemimpinan yang dianggap sesuai dengan situasi tertentu. Dalam "path-goal theory", House(1971) menyarankan empat gaya kepemimpinan yang boleh digunakan mengikut dua keadaan atau situasi.
  • Kepemimpinan Pengarahan (Directive Leadership) - Ini adalah pemimpin yang memberitahu orang bawahannya apa yang diharapkan mereka lakukan dan hendak capai. Ia memberi panduan.
  • Kepemimpinan Penyokong (Supportive Leadership) - Pemimpin yang mudah berbincang dan memberi tumpuan kepada tahap prestasi, kebajikan dan keperluan individu orang-orang bawahannya.
  • Kepemimpinan Orientasi Pencapaian ( Achivement-Oriented Leadership) - Pemimpin yang menetapkan matlamat yang mencabar dan mengharapkan orang bawahan melaksanakan kerja secara efisien serta memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
  • Kepemimpinan Penyertaan (Participative Leadership) - Pemimpin yang berunding/berbincang dengan orang bawahannya dan meminta mereka memberi cadangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Situsi/Keadaan:

i. Ciri-ciri orang bawahan:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Keupayaan
  • Keperluan

ii. Ciri-ciri Persekitaan:

  • Struktur tugas atau kerja
  • Perhubungan kumpulan kerja
  • Sistem autoriti formal
  • Sistem ganjaran

Adalah diandaikan bahawa gaya-gaya kepemimpinan dengan mengambil kira faktor-faktor situasi (Ciri-ciri orang bawahan dan persekitaran) akan mempengaruhi hasil kerja orang-orang pimpinan kita seperti prestasi kerja, kepuasan bekerja, rungutan dan iklim dan suasana berkerja.

HeadCount - Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar


HeadCount - Saya lebih suka bertanggapaan begini, tidak mungkin ada guru yang masih tidak tahu (mungkin masih ada yang kurang jelas) apakah makna HeadCount. Kalau diterjemahkan secara terus dalam bahasa Melayu ia bermaksud (Ngitung palak atau Bilang kepala). Kali ini saya bercadang untuk menulis sedikit perkara yang berkaitan dengan HeadCount supaya kita lebih jelas apakah HeadCount, apakah rasionalnya, kepentingan dan significantnya dalam proses guru menilai prestasi pelajar di sekolah.
HeadCount bermaksud membilang individu dalam satu kumpulan mengikut syarat yang ditetapkan. Inventori HeadCount ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan merancang aktiviti untuk penambahbaikan individu dan organisasi. Di sekolah, HeadCount boleh digunakan untuk memantau pencapaian pelajar secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu.
HeadCount prestasi pelajar dalam penilaian atau peperiksaan dapat membantu guru mengenalpasti potensi akademik setiap pelajar. Dapatan analisis HeadCount boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti "post-mortem" dengan lebih berfokus selepas sesuatu peperiksaan utama dan merancang strategi yang lebih sesuai dan ampuh untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.
Bagi guru dalam bilik darjah, maklumat HeadCount prestasi pelajar boleh membantu guru membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan pembelajaran pelajarnya. Berdasarkan maklumat HeadCount, guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi setiap pelajar di dalam kelas. Guru dapat mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar. Pendekatan guru mengajar juga akan menjadi lebih terancang dan mudah dengan melihat daerah kelemahan pelajar mereka.
Pada umumnya, modus operandi HeadCount merangkumi lima proses utama:

1. Menentukan nilai letak kerja atau Take-Off Value (TOV) bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Nilai TOV lazimnya berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. Bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tingkatan 6 Rendah, keputusan ujian bulanan atau Peperiksaan Pertengahan Tahun boleh digunakan.

Nilai TOV merupakan prestasi pelajar sedia ada. Selepas diadakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga setelah program peningkatan akademik dijalankan, prestasi pelajar dijangkakan (diharapkan) akan meningkat. Prestasi pelajar yang disasarkan bagi setiap mata pelajaran pada hujung tahun dikenali sebagai Expected Targeted Result (ETR)

Nilai TOV ialah maklumat yang utama dalam HeadCount kerana nilai-nilai lain seperti ETR bergantung kepada TOV. Mata pelajaran yang dipelajari dalam suatu tingkatan diperoleh dari yang terdapat dalam data TOV.

2. Menentukan nilai ETR bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Untuk menetapkan ETR setiap mata pelajaran bagi setiap pelajar, guru perlu terlebih dahulu menentukan peratusan peningkatan daripada nilai TOV. Dua kaedah disediakan untuk menentukan peratusan peningkatan dan seterusnya ETR:

  • Merujuk kepada suatu penanda aras dalaman (internal benchmark) seperti keputusan peperiksaan awam yang terbaik bagi sekolah bagi lima tahun terakhir. ATAU
  • Menentapkan secara arbitrari peratusan peningkatan mengikut kehendak sekolah atau pihak atasan.

3. Menentukan OTI (Operational targeted increment) berdasarkan bilangan penilaian yang akan diadakan dalam setahun. OTI menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada beberapa kali penilaian sebelum mencapai ETR. Ia bergantung kepada nilai TOV dan ETR bagi setiap mata pelajaran.

Misalan, jika tiga kali penilaian akan diadakan, maka secara purata pelajar diharapkan akan menunjukkan peningkatan sebanyak satu pertiga jumlah peningkatan itu dalam setiap kali penilaian.

4. Memasukkan markah mata pelajaran selepas setiap kali penilaian.

Markah penilaian pelajar sebenar disebut sebagai Actual Targeted Result (ATR). Apabila berbanding dengan OTI, keputusan ATR mencerminkan setakat mana sasaran telah tercapai selepas penilaian yang dijalankan. Jika tiga kali penilaian digunakan, maka tiga nilai ATR akan dimasukkan pada hujung tahun.

Perbezaan antara ATR dan ETR yang positif menandakan sasaran sudah tercapai dan nilai negatif menunjukkan usaha guru dan pelajar perlu digandakan lagi sebelum sasaran dapat dicapai.

5. Mengadakan Post-mortem dan mengambil tindakan susulan.

Post-mortem hendaklah diadakan setiap kali selepas penilaian oleh guru mata pelajaran atau panitia mata pelajaran untuk menganalisis keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti soalan (dengan melakukan analisis item dalam Jadual Spesifikasi Ujian) dan keberkesananan program pemulihan dan pengayaan yang lepas.

Dapatan daripada analisis HeadCount dan Post-mortem kemudian digunakan untuk mengadakan tindakan susulan untuk mengenal pasti pelajar yang masih tidak menguasai suatu konsep atau kemahiran dan membuat penambahbaikan kepada program asal jika perlu. Pada masa yang sama, strategi pengukuhan, pengayaan dan pemulihan boleh dirancang dan diubahsuaikan untuk menuju kepada pencapaian sasaran yang dikehendaki.

Sekadar untuk melontar sedikit pertanyaan...

  • Adakah semua guru sudah benar-benar memahami proses pelaksanaan HeadCount tersebut?
  • Adakah semua maklumat berkaitan HeadCount dalam pengetahuan dan pemahaman guru atau berlaku kecairan atau ketirisan.
  • Adakah guru hanya melakukan proses Key-in markah yang diperlukan dalam perisian yang disediakan dengan berpandukan arahan dari semasa kesemasa oleh pihak pengurusan sekolah.
  • Adakah dapatan analisis dan Post-mortem telah dibuat dan tindakan susulan telah dilakukan? (Ada analisis selepas tindaksusul?)
  • Adakah pembentangan dapatan daripada analisis dilakukan atau direkodkan begitu sahaja.
  • Berapa ramai guru yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang HeadCount yang telah dijalankan di sekolah. (Mempunyai maklumat dan pengetahuan berbeza dengan maklumat ada dalam fail)
  • Berapa ramai guru yang boleh akses terhadap data atau maklumat yang berkaitan dengan dapatan HeadCount di sekolah.