Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air.
Saya rasa usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan lebih bersifat retorik. Masih di takuk lama dan tidak banyak perubahan yang dilakukan. Yang nampak berubah dan mengalami transformasi cuma sistem pendidikan dan usaha untuk menangani tuntutan semasa dalam konteks glocal.

Doa kepada semua guru yang pernah mendidik saya semoga mereka mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Bagi saya tidak ada istilah bekas guru. Guru adalah guru untuk selama-lamanya. Salam dan selamat hari guru khususnya kepada Cik gu Hj. Abu Samad, C. Rais, C. Aini, C. Saadiah, C. Wan setia, C.Kopon, C.William, C. Layang, C. Adenan, C. Ishak, C. Hassan Wa Gani, C. Wan Madehi, C. Raja Hussien, C. Mohd. Ibrahim, C. Ahmad Wahab, C. Nik, C. Wee, Ust. Mohd. Syarif, Ustaz Mat Ilham, Ustaz Sarkawi, Ustaz Abdullah, Ustaz Mokhtar dll. Jasa cik gu-cik gu tetap di hati ini sehingga akhir hayat.

Untuk renungan guru-guru.....
Bad teacher complains....
good teacher explains....
better teacher demonstrates....
best teacher motivates....
great teacher inspires....

Monday, May 11, 2009

Diari Perjalanan

Ada banyak cerita menarik dalam diari perjalanan saya. Ketika dalam perjalanan balik kembara mencari ilmu lapan tahun yang lalu, saya terserempak dengan seorang wanita ( agaknya dalam lingkungan 50-60 tahun) di lapangan terbang Heathrow. Kami bersembang dan bercerita tentang pengalaman perjalanan masing-masing. Wanita tersebut dah lebih 10 tahun menetap di Fulham dan menurutnya sekarang dia meneruskan kehidupan tuanya mengusahakan ladang tanaman anggur. Pertemuan dengannya begitu menarik bagi saya kerana daripada pemerhatian saya wanita tersebut masih lagi mengekalkan budaya dan ciri kehidupan masyarakat kita. Dia mengenakan topi anyaman daun pandan untuk menutup kepalanya daripada udara yang sejuk.

Saya tidak menolak berkongsi minuman kopi yang dibawanya dalam thermos berwarna merah seperti yang biasa dibawa oleh nenek saya ketika pergi berhuma suatu ketika dahulu. Suaminya,( omputih) lebih banyak tersenyum dan sekali sekala menyampuk dan bercakap dalam bahasa Sarawak. Saya dan wanita tersebut lebih banyak bercakap dalam bahasa iban. Saya mengusik dengan bertanya bagaimana pertemuan mereka sehingga beliau sanggup mengikut suaminya berhijrah ke negara asing tersebut. Panjang ceritanya, dan semuanya bermula apabila suaminya tertarik dengan kerja-kerja kraf tangan yang dibuatnya suatu ketika dahulu. Kalau tak silap saya, wanita tersebut berasal dari kawasan Sri Aman dan sebelum ini menetap di Batu Kawa.

Katanya, paling kurang pun dua kali setahun dia akan balik ke Sarawak untuk sambutan Hari Gawai dan Krismas. "Indahnya tempat orang, lebih indah negeri kita sendiri, saya sering merindui kampung halaman dan sanak saudara," bisiknya dengan perlahan antara kedengaran dan tidak apabila saya mengaju pertanyaan tentang perasaannya....... " Cari saya jika pergi ke Fulham," pelawaannya kepada saya dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu budaya omputih dan budaya kita jauh bezanya, mereka tidak suka tetamu bermalam di rumah mereka. Malah di Kota London pun ada hotel-hotel yang dikhaskan hanya untuk masyarakat tempatan sahaja.


Sunday, May 10, 2009

Teman Hidup


Saya suka dengan ungkapan ini......
Tak perlu mencari teman secantik Balqis
jika diri tak seindah Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim
jika tidak sekuat Sarah
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah.

Hari Ibu

Bagiku setiap hari adalah hari ibu....... Seperti doa yang diajar oleh Rasulullah agar sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita setiap hari.
Anak-anak kita akan melayan kita suatu masa nanti sepertimana kita melayan kedua ibu bapa kita masa kini.

Thursday, May 7, 2009

Atuk dan ceritanya

Semuanya berlaku lebih 60 tahun yang lalu. Saya pernah cuba menemukan atuk dengan anaknya. (emak saudara saya) Tetapi atuk enggan walaupun puas kami memujuk. "Atuk tak rasa bersalah kah"? Atuk terdiam dan wajahnya berubah. Dari tutur katanya, saya tahu atuk rasa bersalah meninggalkan mereka tanpa kasih sayang seorang suami dan seorang ayah. Atuk menolak dan katanya dia tidak mahu pertemuan itu akan menimbul kesan yang tidak baik. "Apa yang tidak baik",?

Atuk sebenarnya malu kepada dirinya yang mengabaikan tanggungjawabnya. Kami tahu atuk sedih apabila mendengar berita kematian anaknya melalui kaca TV. Atuk cuba menyembunyikan kesedihannya. Atuk tidak kuat sebenarnya. Air matanya tumpah juga. Beberapa hari atuk tidak banyak bercakap seperti biasa. Kami biarkan atuk dengan perasaannya. "Itulah, orang rancang nak mempertemukan mereka tak nak". Dulu sebelum anaknya kawin di Pahang, ada keluarga yang datang dari Malaya mintak atuk jadi wali, tapi atuk degil tak nak pergi. Saya tahu atuk ada sebab tersendiri tak nak pergi. Atuk nak jaga hati nenek dan semua keluarga sebelah nenek.
Sarawak dengan Pahang tu jauh dan perlu perbelanjaan yang besar. Atuk pada masa tu tidak ada pekerjaan tetap. Tetapi itu bukan alasan kan. Semuanya akan dibiayai. Tapi kalau saya ada pada masa itu pun, saya tetap menghormati keputusan atuk. Saya tahu jauh di sudut hati atuk terkumpul cerita-cerita yang penuh dengan kerinduan dan kekesalan yang akan ditanggungnya sehingga akhir hayat.
Tanjung Pagar,Singapura menyimpan cerita atuk dan banyak kenangan manisnya di sana.Cucunya??

Wednesday, May 6, 2009

Transit

Saya sengaja memilih tempat duduk di bahagian tingkap. Mudah untuk saya melelapkan mata sekiranya mata mula letih dan bahan bacaan semakin mengecil dan semakin kabur. Transit di satu destinasi, seorang anak gadis masuk dan duduk di sebelah saya. Keselesaan saya sebelum ini sedikit terganggu dan hati saya terubat apabila gadis tersebut melemparkan senyuman manisnya.

Sepanjang perjalanan, kami melayani fikiran masing-masing. Mencuri pandang melalui ekor mata, saya dapat rasakan gadis tersebut seolah-olah berhadapan dengan suatu masalah. Wajahnya nampak keletihan. Jarinya asyik menari di pad hpnya. "Sms lah tu", bisik hati saya. Teringat dengan ungkapan "golongan anti-sosial". Sepanjang perjalanan kami tidak bercakap sepatah pun sehinggalah tiba di satu lagi destinasi transit.

Saya menghulur guava yang saya beli tadi kepadanya. Dia menolak dengan baik tetapi saya memujuknya untuk menerimanya. "Masih belajar"? saya memulakan bicara. "Ya, di IPG, dan baru selesai Praktikum". sahutnya dengan suara yang lembut. "Semester akhir dan lepas ni exam", sambungnya lagi dengan nada semakin ramah. ....
"Terima kasih dan Insya Allah", ucapnya, setelah saya nasihatkan dia agar study sungguh-sungguh dan kekalkan CGPA yang diperolehinya. Selepas itu kami rancak berbual dan dia mula bercerita tentang keluarganya.


Menurut gadis tersebut setiap hujung minggu dia terpaksa balik ke kampung untuk menjaga ayahnya yang sakit. "Kesian ngan emak, dan kalau saya ada, dapatlah kami bergilir-gilir menjaga ayah. emakpun bukannya sihat dan selalu jugak sakit", , tambah gadis tersebut dengan nada sedih. Menurut gadis tersebut, ayahnya hanya mampu terbaring sahaja dan tidak mampu berdiri dan berjalan seperti biasa selepas menjalani rawatan di hospital. Keadaannya semakin teruk selepas mendapat rawatan di hospital berbanding sebelum ini. "Mungkin kesan ubat", saya menyatakan pandangan. "Ada berubat cara kampung?" tanya saya kepada gadis tersebut.
"Yang terbaru kami panggil seorang ustaz. Kata ustaz, ayah saya menderita akibat 'buatan orang'. Bomoh-bomoh sebelum ini pun, mengatakan perkara yang sama. Ayah pernah bengkak di bahagian lengan suatu masa dahulu selepas bersalam dengan seseorang, dan apabila di X-ray didapati ada kayu dalam lengan ayah", cerita gadis tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Saya hanya mampu menasihat gadis tersebut agar bersabar dan menjaga ayahnya sebaik mungkin tika hayatnya masih ada. Jangan lupa solat malam dan solat hajat mohon ayahnya segera sembuh.
"Ada pendinding ke"? tanya saya menutup perbualan. "Tak ada" jawab gadis tersebut. Jawapan yang saya rasa cukup jujur. "Saya hanya membaca surah yasin setiap malam" katanya lagi. "Tak cukup dik, belajar dan bertanyalah kepada orang alim dan orang tua kerana ilmu-ilmu ghaib ini tidak ada diajar di sekolah dan di universiti. Selebihnya berdoa dan bertawakal kepada Allah".
Kami sampai di destinasi yang sama. kami terus dengan haluan masing-masing. Sebelum beredar gadis tersebut sempat mengukir senyuman manis dan mengucap terima kasih sebelum meminta diri. Doa saya moga dia berjaya dan ayahnya cepat sembuh daripada penyakit yang dideritainya.
Cerita gadis tersebut amat menarik bagi saya dan sedikit sebanyak ia memberi pengajaran kepada saya dalam menempuh hidup ini. Saya banyak mendengar cerita-cerita misteri dan mistik dalam kalangan masyarakat kita. Realitinya dan harus kita akui di dunia ini banyak jenis manusia yang masing-masing dengan seribu satu ceritanya.

Sunday, May 3, 2009

Hidayah

Saya teruja setelah menerima panggilan daripada Setiausaha YB Menteri Hal Ehwal Agama untuk bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna dan menginsafkan itu. Bukannya kerana saya tidak biasa dengan perkara seumpama itu malah seingat saya, ini merupakan kali ke empat saya terlibat. Alhamdulillah pada malam jumaat lepas, semuanya telah berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam masa yang agak singkat dan nampak tergesa-gesa.

Wakil daripada Agensi yang berkaitan seperti JAIS, PERKIM, YADIM dan JAKIM turut hadir dan sambutan masyarakat sekitar juga amat memberangsangkan. Saya bukannya hendak bercerita tentang majlis tersebut cuma agak tertarik dengan cerita bagaimana seorang yang kuat pegangan agamanya yang terdahulu telah diberi Allah hidayah untuk kembali kepada Islam. (Saya lebih suka menggunakan istilah kembali kepada Islam bukannya "masuk islam").

Tugas saya dengan notis yang singkat agak mudah dengan kerjasama semua pihak yang terlibat kerana dalam masa yang sama saya sebagai pengacara/perantara dan pemudah cara. Saya terharu dan terasa mata mula berkaca apabila selesai sahaja majlis teman-teman yang hadir bersalam-salaman dan memeluk/mendakap saudara kita tersebut sambil mengucap tahniah dan syukur. Saya sendiri pun entah berapa kali mengucap tahniah kepada beliau dan semua ahli keluarganya.

Teringat saya kata-kata guru saya dulu, "Orang yang baru memeluk islam ini, dosa mereka terhapus dan kembali seperti kain yang putih bersih",. So, bagaimana dengan amalan kita yang sudah berpuluh tahun hidup di muka bumi Allah ini. Terasa banyak kekurangan dan terlalu sedikit berbanding dengan rahmat Allah kepada diri ini. Terasa betapa kerdil diri ini. Teringat jugak ungkapan sinikal "Islam warisan" daripada penceramah-penceramah yang sememangnya menyentuh hati.

Saturday, May 2, 2009

Murah dan Menjimatkan

Seminggu cun-cun sik surf internet nang boring rasanya. Tapi bila difikir-fikirkan memang ada juak hikmahnya. Seorang teman blogger mengingatkan nyuruh sabar dan madah ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. Terima kasih banyak-banyak.

Nang benar dalam seminggu ya, dapat juak kamek ngurus perniagaan kecil-kecilan membekal keperluan rumah seperti cecair pencuci pinggan mangkuk, Floor Cleaner, Toilet wash, colorox, Laundry liquid, Softener, powder detegents, Car wash shampoo, wax, Leather clean, Glass and table cleaner, Decreaser, Body shampoo dan hand soap.
Semua barangan ya kamek dapat dari pembekal(kilang) dan dipack semula. Yang paling banyak permintaan ialah laundry liquid dan dish wash. Kinek tuk kamek dapat mberik rega laundry liquid ya (warna biru) ya serendah RM4.00 sekg, RM17.50 (5kg) dan RM30.00 untuk 10 kg. Semua rega yang ditawarkan jauh lebih murah daripada rega pasaran.
Sapa-sapa yang berminat bolehlah menghubungi kamek untuk mendapat senarai barangan dan reganya sekali. Mulai ari tuk kamek nang bercadang nak nurun rega agar semua kita dapat berkongsi terutama dalam keadaan ekonomi yang sik menentu tuk. Kepada teman-teman yang berminat bolehlah menghubungi melalui emel: iskander_65@yahoo.com

Reformat dan Streamyx

Seminggu - Suatu jangka masa yang sangat membosankan. Timbul pelbagai perasaan yang negatif. Bercambur baur. Apa tak nya bila komputer hang... terpaksa di format semula. Dah ya, sik dapat nak melayari internet. Blog "tersadai" cun-cun selamak seminggu.

Menghubungi sidak TM. Berpuluh-puluh kali dalam sehari, dapat juak sekali duak tetapi selalu terputus. Sungguh menyakitkan hati.
"Panggilan anda adalah amat penting kepada kami, Pegawai perkhidmatan pelanggan kami masih sibuk, sila hubungi sebentar lagi". Dialog mesin yang dicipta manusia yang sungguh menyakitkan hati. Ari tuk janji sidak TM nak nukar modem baru setelah sidak yang masang dolok madah modem ya ada masalah tapi ari marek dan pagi tuk dapat juak dipakei.
Sidak TM madah area kamek sia ada masalah liputan streamyx. Anehnya kawan-kawan kita di sia dapat juak melayari internet makei streamyx. Pelik kan. Tindakan diambik bila kamek menghubungi pegawai atasan sidaknya makei channel lain. Ari marek beberapa kali sidak TM menghubungi kamek walaupun cuti. Bait na juak o.

# Tubuh badan kita juak pun sebenarnya perlu juak di format semula....