Friday, December 4, 2009

Kunjungan seorang sahabat

Minggu lepas seorang sahabat dari Kedah berkunjung ke sini. "Jalan-jalan, bawa famili. Anak-anak dan isteri teringin benar nak melihat tempat saya mula bertugas sejak 19 tahun yang lalu", ceritanya apabila kami mula bersembang bertanyakan khabar berita masing-masing. Banyak cerita yang dikongsikan bersama. Tidak banyak yang berubah. Teringat ketika bersama-sama menimba ilmu 22 tahun yang lalu kami tetap sama seperti dulu cuma usia sahaja yang semakin bertambah. ( Usia berkurangan kerana semakin dekat kepada kematian).
Sahabatku, terima kasih atas segala-galanya.

Keciciran

Cerita yang tidak pernah ada noktahnya. Teringat dengan ungkapan" Dulu, kini dan selamanya". Angka keciciran pelajar yang dipaparkan di media massa begitu mengejutkan. Siapa nak dipersalahkan? Negara sudah lama mencapai kemerdekaan tetapi masih ada lagi rakyatnya yang tercicir dan tertinggal dalam arus perdana pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua rasanya belum tercapai sepenuhnya. Bagi saya masalah "Keciciran" ini cerita lama, dan entah di mana silapnya apabila ia terus berlaku. Kesian dengan anak-anak bangsaku di kawasan kampung, pedalaman dan yang jauh di ulu tigis.