Thursday, January 21, 2010

Hendak Seribu Daya.....

Dulu saya perokok berantai. 2-3 kotak sehari adalah rutin dan menjadi kebiasaan. Membeli dalam satu-satu masa pun bukan sekotak dua malah se kartun. Sejak di bangku sekolah menengah lagi dah mula menghisap rokok bermula dengan rokok murah yang bermenthol. Kalau tak silap harganya 25 sen untuk 10 batang. Pelbagai jenis rokok di cuba pada peringkat permulaan dan rasanya tidak ada lagi jenis rokok jenama Rough Rider, White Horse, Merdeka, Rothman dan beberapa lagi yang sudah hilang dalam memori ingatan.
Apabila terimbas kembali kenangan zaman lalu, hati rasa tercuit dan semuanya menjadi kenangan yang banyak mendidik diri kita.Saya tak makan ubat dan tidak ada petua untuk menghilang ketagihan merokok. Dengan keazaman dan semangat yang kuat saya berhenti merokok sejak belasan tahun yang lalu. Anehnya saya boleh menghisap rokok sekiranya ada kawan yang menghulur rokok atau sebagai santapan sampingan ketika lepak atau minum bersama rteman-teman di kedai kopi atau di mana sahaja. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri kita sama ada kita nak berhenti merokok atau tidak.
Kepada perokok di luar sana. Hormatilah orang lain yang tidak merokok. Jangan merokok di tempat awam yang telah diwartakan sebagai zon larangan merokok. Adakah kempen "Jadilah perokok yang berhemah". Saya berpendapat mengurangakan jumlah perokok mungkin dapat tetapi nak menjadikan ia sifar adalah mustahil selagi rokok masih dijual di negara kita. Rokok yang diseludup pun mudah diperoleh dan harganya pun jauh lebih murah.

Wednesday, January 20, 2010

Program Transisi - Menilai Relevensinya.

Minggu ini merupakan minggu ketiga sesi persekolahan tahun 2010. Minggu terakhir murid-murid tahun satu dikehendaki menyertai program transisi. Memang tidak dinafikan sesuatu yang dirancang adalah untuk kebaikan murid-murid tetapi menilai dari segi relevennya sesuatu program, saya berpendapat ia harus dinilai dan kajian secara tuntas perlu dibuat untuk menilai keperluan dan keberkesanannya. Program transisi adalah perancangan aktiviti suai kenal murid disamping pendekatan tematik untuk mendedahkan murid dengan alam persekolahan yang sebenar.
Persolannya adakah semua sekolah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman sesuai dengan program tersebut. Boleh dikatakan semua murid telah melalui alam pra sekolah malahan di setiap sekolah kini pun, telah ada kelas pra sekolah. Di sesetengah sekolah, murid tahun satu adalah terdiri daripada murid yang sama iaitu murid lepasan pra sekolah di sekolah yang sama. Pihak sekolah bukan setakat perlu memaklumkan tentang program tersebut malah pengisiannya juga perlu dimaklumkan kepada para ibu bapa agar tidak timbul rasa tidak senang dengan program tersebut. Tidak semua ibu bapa faham kan.

Tuesday, January 19, 2010

Salam Tahun Baru. - Ujian Hidup yang meresahkan.

Muhasabah diri. Melihat ke dalam diri terasa begitu kerdilnya diri di sisi Tuhan. Hanya doa penguat semangat dan azam untuk meneruskan perjalanan hidup yang sementara ini. Meminjam kata-kata Dr. Maza, ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara dan sapaan Allah kepada kita agar ingat apa yang kita lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Dugaan dan ujian adalah kepada hamba-hambaNya yang mampu menghadapinya. Allah mengajar kita berdoa seperti doa Nabi Musa a.s.
"Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir"
Mudah-mudahan kehadiran tahun baru membawa sinar kebahagiaan dalam hidup kita.