"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Saturday, April 4, 2009
Bos yang Tegas
Seorang Pegawai kanan dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai ketua/Bos dalam salah sebuah anak syarikat, Syarikat yang terkenal ini. Daripada maklumat yang diperolehi, didapati pekerja di situ agak kurang bermotivasi, cuai serta pemalas. Bos baru ini telah mengambil keputusan akan melakukan beberapa tindakan yang drastik untuk mengatasi masalah yang berlarutan agak lama dalam syarikat tersebut. Dia nekad dan bercadang nak ajar mereka sikit first day dia kat syarikat tersebut. So sesiapa yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok menyandar kat tepi dinding.
"Yang berbaju merah itu", dia menjerit. Jeritannya yang kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"bape gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras.
"Dalam RM800," pekerja itu menjawab. Bos itu dengan nada keras, "Nah amik ni RM800, berambus dari sini. Kalu nak nalas-malas pegi tempat lain". Pekerja itu amik duit itu, lalu blah cam tu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka faham, sape malas, sure kena pecat!. Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa cukup puas. Sebelum Bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, "Mamat tadi tu keja department mane?"
Jawab si pekerja, " owh, dia tu anta pizza".
Petua Merancang Jantina Anak
Prolog: Seorang teman begitu gembira sekali ketika isterinya melahirkan seorang bayi lelaki setelah lama menunggu apatah lagi setelah mempunyai 4 orang anak perempuan. Berbakul-bakul ucapan terima kasih yang saya terima kerana katanya dengan mengamal petua yang saya beri (Kebetulan la tu), akhirnya dia mendapat cahaya mata lelaki yang begitu comel. Seingat saya, saya hanya mengesyorkan agar sebelum berjimak dengan isteri bacalah surah yasin bersama-sama, solat hajat dan berdoa memohon kepadaNYa. Mengingatkannya tentang ayat kedua terakhir dalam surah yasin (ayat 82) dengan cara tertentu... selain mencuba teori yang dicadangkan oleh pakar seperti yang saya turunkan dalam entri ini terutama cara pancutan.. Merancang Jantina Anak Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelak) dan XX (anak perempuan)
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali, sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk merancang, panduan berikut boleh dikuti: Yang inginkan anak lelaki:
- Makanan yang berasid seperti buah-buahan; limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
- Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
- Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. cecair bikarbonet (sodium bicarbonate) boleh dibeli di farmasi.
- Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses 'layering'. atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embrio yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika disahkan ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Yang inginkan anak Perempuan
- Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air bergas dan lain-lain. Elakkan makan makanan laut.
- Persetubuhan dilakukan sebelum penentasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian kesuburan.
# Doktor-doktor tidak menggalakkan 'douching', kerana khuatirkan tindakbalas kimia di dalam sistem reproduktif boleh menyebabkan kesan sampingan.
Selain daripada itu, petua-petua orang tua juga boleh dicuba walaupun belum dibuktikan dengan kajian yang sainstifik. (cuma berdasarkan pengalaman sahaja).
Yang inginkan anak lelaki:
- banyakkan makan sayur-sayuran ( kedua-dua pasangan)
- "deep penetration", maksudnya cuba pancutkan hampir ke pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, kemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki. ( ini diyakini lebih berkesan)
Yang inginkan anak perempuan:
- Banyakkan makan daging ayam/lembu. (kedua-dua pasangan)
- "subsurface penetration", maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Sperma gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan akan bercantum dengan ovum.
# Kita hanya berusaha... selebihnya memohonlah kepadaNya dengan berdoa dan bertawakkal.
Pengalaman orang-orang tua mengatakan; kalau perut wanita mengandung nampak bulat, menandakan kandungannya adalah anak perempuan, dan anak lelaki kalau perut berbentuk lonjong.
Datuk Seri Najib - Perdana Menteri Malaysia ke-6

- ....Dengan penuh tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.
- .... Dengan ini, saya mengajak seluruh warga negara untuk sama-sama melaksanakan satu Transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Pencapaian diuatamakan.
- ....13 tahanan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dibebaskan serta merta.
- ....Proses kajian semula terhadap ISA akan juga dimulakan.
- ....Kerajaan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi 2 buah akhbar (Suara Keadilan & Harakah)
# Tahniah juga atas penganugerahan darjah kebesaran negara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.
Friday, April 3, 2009
Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah
- Pendekatan Intimidation - Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
- Pendekatan Autoritarian - Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
- Pendekatan Cookbook Management - Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
- Pendekatan Sosioemosi - Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (Interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkah laku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
- Pendekatan Permisif (Kebebasan) - Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
- Pendekatan Pengubahan Tingkah laku. - Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
- Pendekatan Pengajaran. - Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
- Pendekatan Proses Kumpulan. - Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
# Sumber: Cgu bashid
Tazkirah - Teka -teki Imam Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya; "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah Mati. Sebab janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185) Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini? Murid 1: "Negeri China"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah Masa Lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan amalan yang sesuai dengan ajaran agama". Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling besar di dunia ini?" Murid 1: "Gunung"
Murid 2: Matahari"
Murid 3: Bumi"
Murid 4: "Laut"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah Hawa Nafsu (Surah Al-A'Raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling berat di dunia?" Murid 1: Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Murid 4: "Unta"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah Memegang Amanah (Surah Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." Imam Ghazali bertanya lagi: "Apakah yang paling ringan di dunia?" Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"
Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah Meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".
Imam Ghazali terus bertanya: "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".
Thursday, April 2, 2009
Malas..... sikap yang perlu dihindarkan.
Falsafah orang malas....
- Bangga dapat kerja senang dan ringan
- Biar lambat, jangan menyusahkan
- Biar orang lain melakukannya, jangan disusahkan diri
- Memilih kerja senang tapi ganjarannya lebih
- Tidak gemar menghadapi cabaran
- Mengelak kerja-kerja mendesak (urgent)
- Banyak kerja, banyak silap
- Sedikit untuk organisasi, selebihnya untuk diri!
Sifat orang malas....
- Ditugaskan melakukannya tetapi menolak
- Berpeluang melakukannya tetapi berdalih
- Sanggup melakukannya tetapi bertangguh
- Tahu melakukannya tetapi mendakwa tidak tahu
- Boleh melakukannya tetapi mendakwa tidak boleh
- Berupaya melakukannya tetapi mendakwa tidak mampu
- Sering melakukannya tetapi mendakwa tidak biasa
- Mahir melakukannya tetapi mendakwa tidak tahu
- Mudah melakukannya tetapi mendakwa sukar
- Sedikit melakukannya tetapi mendakwa banyak
- Berkelapangan melakukannya tetapi mendakwa suntuk!
Kerja orang malas...
- Kerja sedikit tetapi mengaku lebih
- Kerja sedikit tetapi merungut lebih
- Kerja sedikit tetapi menuntut labih
- Kerja sedikit tetapi mendakwa lebih
- Kerja sedikit tetapi belanja lebih
- Kerja sedikit tetapi ambil masa lebih
- Kerja sedikit tetapi guna tenaga lebih
- Kerja sedikit tetapi penat lebih
- Kerja sedikit tetapi mengungkit lebih
- Kerja sedikit tetapi mengumpat lebih
- Kerja sedikit tetapi berehat lebih!
Semoga kita bukan dalam kalangan orang yang malas... Di bawah adalah doa yang boleh diamalkan untuk menghindarkan diri daripada sikap malas.

Bila anak bertanyakan tentang seks...
Abah....bah... seks tu apa, bah?
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencar-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi sehingga kepada kelahiran seorang bayi comel yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
"Eh, kenapa ni"?
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
"Jawapan abah tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Abah ajalah yang tulis", waaaaaa!!!
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depannya tertulis......
SCROLL DOWN
Perancangan dalam Pengurusan
Untuk mengurus kita perlu merancang. Dalam merancang, kita juga perlu tahu cara mengurus perancangan. Mengapa perancangan penting dalam pengurusan?
- Segala aktiviti perancangan adalah khususnya untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi yang dimandatkan kepadanya.
- Kita merancang untuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang dijangka/diandaikan akan timbul. Perancangan juga menentukan setiap aktiviti pengurusan itu dibuat secara sistematik.
- Perancangan adalah proses dimana seseorang itu membuat keputusan mengenai objektif yang ingin dicapai dan memastikan bagaimanan objektif-objektif tersebut hendak dicapai secara berkesan.
- Perancangan juga merupakan proses yang intelektual, keazaman dan tindakan yang bijak berdasarkan keputusan ke atas tujuan, pengetahuan dan penganggaran (estimation) yang tinggi. Pentingnya perancangan ialah dapat menentukan:
- Idea manakah yang dapat diterima?
- Apa yang dapat ditambah kepada idea ini?
- Apa yang perlu ditolak?
- Apakah alternatif yang boleh dipilih?Apakah prioriti kita? Melalui perancangan kita juga akan dapat:
- Membuat keputusan dan mendapatkan kepastian mengenai strategi-strategi yang bakal digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
- Menentukan dan mengagih sumber-sumber (sumber manusia, kewangan, fizikal dan teknikal).
- Mengenal pasti bentuk kawalan dan pengawasan bagi memastikan objektif yang ditentukan tercapai. Melalui perancangan kita akan dapat:
- Menentukan apa, bila, siapa, bagaimana, mengapa dan di mana sesuatu aktiviti atau tindakan itu harus dilaksanakan.
- Mengenal pasti objektif serta menentapkan kaedah untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam pengurusan.
- Mengumpul serta menganalisis maklumat supaya dapat membuat keputusan pengurusan yang bijak.
- Mencari alternatif atau pilihan semasa membuat keputusan untuk sesuatu tindakan atau aktiviti.
- Menyedia dan menghubungkan perancangan dengan keputusan yang telah dibuat.
Wednesday, April 1, 2009
Gaya Kepemimpinan yang sesuai?
Adalah amat sukar bagi menentukan gaya atau corak kepemimpinan mana yang paling sesuai untuk sesebuah organisasi. Sepertimana dalam Teori Contigency yang dianjurkan oleh Fieldler, ia tidak dapat mengenal pasti gaya kepemimpinan yang paling baik untuk memimpin. Apa yang lebih dipentingkan, saya rasa adalah untuk memilih satu gaya atau corak kepemimpinan yang dianggap sesuai dengan situasi tertentu. Dalam "path-goal theory", House(1971) menyarankan empat gaya kepemimpinan yang boleh digunakan mengikut dua keadaan atau situasi.
- Kepemimpinan Pengarahan (Directive Leadership) - Ini adalah pemimpin yang memberitahu orang bawahannya apa yang diharapkan mereka lakukan dan hendak capai. Ia memberi panduan.
- Kepemimpinan Penyokong (Supportive Leadership) - Pemimpin yang mudah berbincang dan memberi tumpuan kepada tahap prestasi, kebajikan dan keperluan individu orang-orang bawahannya.
- Kepemimpinan Orientasi Pencapaian ( Achivement-Oriented Leadership) - Pemimpin yang menetapkan matlamat yang mencabar dan mengharapkan orang bawahan melaksanakan kerja secara efisien serta memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
- Kepemimpinan Penyertaan (Participative Leadership) - Pemimpin yang berunding/berbincang dengan orang bawahannya dan meminta mereka memberi cadangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Situsi/Keadaan:
i. Ciri-ciri orang bawahan:
- Pengetahuan
- Kemahiran
- Keupayaan
- Keperluan
ii. Ciri-ciri Persekitaan:
- Struktur tugas atau kerja
- Perhubungan kumpulan kerja
- Sistem autoriti formal
- Sistem ganjaran
Adalah diandaikan bahawa gaya-gaya kepemimpinan dengan mengambil kira faktor-faktor situasi (Ciri-ciri orang bawahan dan persekitaran) akan mempengaruhi hasil kerja orang-orang pimpinan kita seperti prestasi kerja, kepuasan bekerja, rungutan dan iklim dan suasana berkerja.
HeadCount - Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar
HeadCount - Saya lebih suka bertanggapaan begini, tidak mungkin ada guru yang masih tidak tahu (mungkin masih ada yang kurang jelas) apakah makna HeadCount. Kalau diterjemahkan secara terus dalam bahasa Melayu ia bermaksud (Ngitung palak atau Bilang kepala). Kali ini saya bercadang untuk menulis sedikit perkara yang berkaitan dengan HeadCount supaya kita lebih jelas apakah HeadCount, apakah rasionalnya, kepentingan dan significantnya dalam proses guru menilai prestasi pelajar di sekolah.
HeadCount bermaksud membilang individu dalam satu kumpulan mengikut syarat yang ditetapkan. Inventori HeadCount ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan merancang aktiviti untuk penambahbaikan individu dan organisasi. Di sekolah, HeadCount boleh digunakan untuk memantau pencapaian pelajar secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu.
HeadCount prestasi pelajar dalam penilaian atau peperiksaan dapat membantu guru mengenalpasti potensi akademik setiap pelajar. Dapatan analisis HeadCount boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti "post-mortem" dengan lebih berfokus selepas sesuatu peperiksaan utama dan merancang strategi yang lebih sesuai dan ampuh untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa hadapan.
Bagi guru dalam bilik darjah, maklumat HeadCount prestasi pelajar boleh membantu guru membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan pembelajaran pelajarnya. Berdasarkan maklumat HeadCount, guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi setiap pelajar di dalam kelas. Guru dapat mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar. Pendekatan guru mengajar juga akan menjadi lebih terancang dan mudah dengan melihat daerah kelemahan pelajar mereka.
Pada umumnya, modus operandi HeadCount merangkumi lima proses utama:
1. Menentukan nilai letak kerja atau Take-Off Value (TOV) bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Nilai TOV lazimnya berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. Bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tingkatan 6 Rendah, keputusan ujian bulanan atau Peperiksaan Pertengahan Tahun boleh digunakan.
Nilai TOV merupakan prestasi pelajar sedia ada. Selepas diadakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga setelah program peningkatan akademik dijalankan, prestasi pelajar dijangkakan (diharapkan) akan meningkat. Prestasi pelajar yang disasarkan bagi setiap mata pelajaran pada hujung tahun dikenali sebagai Expected Targeted Result (ETR)
Nilai TOV ialah maklumat yang utama dalam HeadCount kerana nilai-nilai lain seperti ETR bergantung kepada TOV. Mata pelajaran yang dipelajari dalam suatu tingkatan diperoleh dari yang terdapat dalam data TOV.
2. Menentukan nilai ETR bagi setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
Untuk menetapkan ETR setiap mata pelajaran bagi setiap pelajar, guru perlu terlebih dahulu menentukan peratusan peningkatan daripada nilai TOV. Dua kaedah disediakan untuk menentukan peratusan peningkatan dan seterusnya ETR:
- Merujuk kepada suatu penanda aras dalaman (internal benchmark) seperti keputusan peperiksaan awam yang terbaik bagi sekolah bagi lima tahun terakhir. ATAU
- Menentapkan secara arbitrari peratusan peningkatan mengikut kehendak sekolah atau pihak atasan.
3. Menentukan OTI (Operational targeted increment) berdasarkan bilangan penilaian yang akan diadakan dalam setahun. OTI menunjukkan peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk kepada beberapa kali penilaian sebelum mencapai ETR. Ia bergantung kepada nilai TOV dan ETR bagi setiap mata pelajaran.
Misalan, jika tiga kali penilaian akan diadakan, maka secara purata pelajar diharapkan akan menunjukkan peningkatan sebanyak satu pertiga jumlah peningkatan itu dalam setiap kali penilaian.
4. Memasukkan markah mata pelajaran selepas setiap kali penilaian.
Markah penilaian pelajar sebenar disebut sebagai Actual Targeted Result (ATR). Apabila berbanding dengan OTI, keputusan ATR mencerminkan setakat mana sasaran telah tercapai selepas penilaian yang dijalankan. Jika tiga kali penilaian digunakan, maka tiga nilai ATR akan dimasukkan pada hujung tahun.
Perbezaan antara ATR dan ETR yang positif menandakan sasaran sudah tercapai dan nilai negatif menunjukkan usaha guru dan pelajar perlu digandakan lagi sebelum sasaran dapat dicapai.
5. Mengadakan Post-mortem dan mengambil tindakan susulan.
Post-mortem hendaklah diadakan setiap kali selepas penilaian oleh guru mata pelajaran atau panitia mata pelajaran untuk menganalisis keupayaan guru mengajar, keupayaan murid belajar, kualiti soalan (dengan melakukan analisis item dalam Jadual Spesifikasi Ujian) dan keberkesananan program pemulihan dan pengayaan yang lepas.
Dapatan daripada analisis HeadCount dan Post-mortem kemudian digunakan untuk mengadakan tindakan susulan untuk mengenal pasti pelajar yang masih tidak menguasai suatu konsep atau kemahiran dan membuat penambahbaikan kepada program asal jika perlu. Pada masa yang sama, strategi pengukuhan, pengayaan dan pemulihan boleh dirancang dan diubahsuaikan untuk menuju kepada pencapaian sasaran yang dikehendaki.
Sekadar untuk melontar sedikit pertanyaan...
- Adakah semua guru sudah benar-benar memahami proses pelaksanaan HeadCount tersebut?
- Adakah semua maklumat berkaitan HeadCount dalam pengetahuan dan pemahaman guru atau berlaku kecairan atau ketirisan.
- Adakah guru hanya melakukan proses Key-in markah yang diperlukan dalam perisian yang disediakan dengan berpandukan arahan dari semasa kesemasa oleh pihak pengurusan sekolah.
- Adakah dapatan analisis dan Post-mortem telah dibuat dan tindakan susulan telah dilakukan? (Ada analisis selepas tindaksusul?)
- Adakah pembentangan dapatan daripada analisis dilakukan atau direkodkan begitu sahaja.
- Berapa ramai guru yang mempunyai maklumat yang lengkap tentang HeadCount yang telah dijalankan di sekolah. (Mempunyai maklumat dan pengetahuan berbeza dengan maklumat ada dalam fail)
- Berapa ramai guru yang boleh akses terhadap data atau maklumat yang berkaitan dengan dapatan HeadCount di sekolah.