Tuesday, March 31, 2009

Guru Berpolitik


Semasa sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, Datuk Seri Hishamuddin Hussien telah mencadangkan agar guru daripada kumpulan A dibenarkan terlibat dalam politik. Cadangan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi. Ada Pro dan Kontranya, dan setakat ini masyarakat Guru sendiri nampaknya belum membuat apa-apa respons terbuka terhadap cadangan tersebut. Dalam membuat apa-apa keputusan yang berhubungkait dengan kepentingan negara banyak perkara yang perlu diambilkira dan dipertimbangkan;
  1. Sejarah perjuangan negara ke arah kemerdekaan dahulu adalah didokongi oleh warga guru.
  2. UMNO sendiri pun tertubuh dengan kesedaran yang dipelopori dan didokongi oleh golongan guru. Begitu juga dengan Parti -Parti lain atau pertubuhan-pertubuhan yang aktif pada masa pra kemerdekaan kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum guru.
  3. Perjuangan ke arah menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan ilmu dan perlunya perubahan dalam negara ini adalah dimulakan oleh guru.
  4. Guru pada masa itu adalah agen perubahan yang tidak dapat dinafikan peri pentingnya peranan mereka.
  5. Pendididikan pemimpin-pemimpin yang lahir selepas itupun adalah daripada inspirasi guru-guru.
  6. Pejuang-pejuang dalam kalangan guru adalah ikhlas tanpa mementingkan kepentingan peribadi. Mereka adalah penyokong dan pejuang yang setia tanpa memikir imbuhan.
  7. Kepemimpinan politik dalam kalangan guru bergerak secara serentak di setiap negeri atas kesedaran untuk berjuang bersama-sama pemimpin yang ada demi kedaulatan negara.
  8. Guru juga merupakan golongan profesional yang mampu menyumbang idea, pendapat dan kepakaran secara bersama demi negara.
  9. Guna tenaga dan fikiran guru dalam membangunkan negara tidak seharus dikesampingkan dengan menafikan mereka dalam arus politik tanah air.
  10. Isu guru dan kependidikan hanya mampu dan lebih sesuai dan mudah ditangani oleh warga guru.
  11. Profesionalisme guru bukan setakat "mengajar" malah ia adalah luas dan melebar. Guru mampu menentu corakkan masyarakat melalui sistem pendidikan dan politik adalah platform yang sesuai untuk mereka memberi sumbangan (extra) selain di sekolah.
  12. Peranan guru bukan sahaja di sekolah, malah guru juga memain peranan yang penting dalam masyarakat. Sebagai sebahagian daripada komuniti yang besar dalam masyarakat guru mampu memberi sumbangan yang berguna dan bermanfaat demi kebaikan bersama untuk masyarakat dan negara.
  13. Yang harus kita akui, tidak semua guru akan terlibat dalam politik. Terpulang kepada minat dan kecenderungan dalam kalangan guru itu sendiri.

Walaupun demikian, tidak dinafikan ada nada yang tidak sekata dengan usul daripada Datuk Seri Hishamuddin atas andaian seperti berikut:

  1. Menganggu tugas guru di sekolah. Murid akan terjejas.
  2. Pegawai daripada bidang selain daripada guru juga akan menuntut untuk dibenarkan terlibat dalam politik.
  3. Guru akan mempengaruhi pelajarnya tentang ideologi politik mereka.
  4. Mungkin taksub dengan parti yang disokong dan mewujudkan puak.
  5. Guru memang dah banyak tugas di sekolah dan dengan berpolitik akan menjejaskan dan menganggu core business guru.

# Bagi saya antara profesionalisme dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dapat disatukan atas kesedaran kita menyumbang ke arah kepentingan negara. Sama seperti kita terlibat dalam pelbagai pertubuhan sama ada oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Cadangan ini pasti akan mengundang pelbagai pendapat dan reaksi, namun saya berpendapat tidak salah jika guru terlibat dalam politik asalkan tanggungjawab terhadap amanah kita di sekolah dapat dilunaskan dengan sebaiknya. Kerisauan yang timbul disebabkan kita hanya melihat dalam perspektif yang sempit dan tertutup. Anda bagaimana?

Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil

Semalam bermulanya penanamaan calon bagi pilihanraya di 3 tempat iaitu di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik. Mengikuti dan bersembang dengan teman-teman tentang piliharaya dan bercakap tentang senario politik di tanah air memang menarik. Pelbagai pandangan dan pendapat yang diberikan. Ada yang menyokong parti yang memerintah dan tak kurangnya berhujah menyokong parti pembangkang. Apa yang dapat disimpulkan di sini, untuk menang, masing-masing akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Seorang teman mencelah setelah lama membisu dengan nada kesal dan sinis berkata semasa kempen pilihanraya kita akan terbiasa dengan ....
  1. Fitnah-memfitnah menjadi modal berkempen.
  2. Hilangnya adap dan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita.
  3. Persoalkan ketelusan SPR
  4. Pengundi hantu?
  5. Perang risalah dan poster
  6. Perhimpunan haram
  7. Tindakan Polis dan FRU
  8. Ceramah politik yang bersemangat (menakutkan??)
  9. Ugutan
  10. Politik wang
  11. Rasuah
  12. Isu tanah NCR ( di Sarawak)
  13. SK dan SI ( istilah DS Najib) - Lebih banyak SI (sampul ada isi)
  14. Mungkin jugak betul - Beri salah dan Kalau tak beri kalah
  15. dan banyak lagi.

# Rakyat marhaen seperti saya sentiasa mendoakan agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan harmoni. Tak terfikir oleh akal, bagaimanana keadaannya nanti, kalaulah suatu masa nanti kita akan berasakan yang kita seolah-olah bukan lagi sebagai rakyat di tanah air sendiri atau berada di negara yang kita cintai ini.

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour


Don't forget Earth Hour tonight 8.30 pm - 9.30 p.m

Friday, March 27, 2009

Tazkirah - Surah Al Kauthar


Bismillahirrahmanirrahim
Inna a' taina kal kauthar
Fa shalli li Rabbika wan har
In na sha ni a -ka hu wal abtar


In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Lo! We have given thee Abundance; So pray unto thy Lord,
and sacrifice.Lo! It is thy insulter ( and not thou)
who is without posterity.


Penerangan Tentang Surah Al -Kauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu. warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita diamalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT memberi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

  5. Jika membaca 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.

  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberi bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahu Alam.

Saf yang Padu?


Penganalisis politik tanah air berkata calon yang menang Jawatan Naib Presiden memang ada kelebihan untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan. Walau bagaimana pun seperti adanya kompromi apabila satu jawatan Naib Presiden diberikan kepada wakil negeri di bawah bayu.

Tetapi yang menariknya apabila:

4 Menteri Besar, 2 Menteri Kabinet, dan 3 Timbalan Menteri Kabinet yang bertanding MT gagal dalam perebutan jawatan tersebut.
# Apakah keputusan pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik nanti boleh dijadikan sebagai satu kayu ukur penerimaan rakyat terhadap barisan kepemimipinan UMNO tersebut.

Thursday, March 26, 2009

Pemilihan UMNO ( Wanita, Pemuda & Puteri)


Pemilihan UMNO:
  • Banyak analisis pemerhati politik yang tidak tepat?

  • Adakah ia kehendak akar umbi?

  • Senario dan isu-isu yang digembar -gemburkan tidak mempengaruhi keputusan?

  • Akan ada kah perubahan atau kesinambungan?

  • Barisan Exco yang terpilih? ( Wujud kem-kem tertentu dalam UMNO?)

  • Akan wujud kah pepecahan/retak dalam UMNO?

  • Semakin kuatkah UMNO selepas ini?

Tuesday, March 24, 2009

Fikir2 dan Renung2kan....


Bagaimana perasaan anda setiap pagi pergi ke tempat kerja: Ceria atau biasa sahaja??? Sekiranya anda ke tempat kerja dengan perasaan biasa sahaja, maka hasilnya adalah biasa sahaja. Berbeza, jika kita datang ke tempat kerja dengan penuh semangat dan ceria hasilnya akan lebih daripada biasa atau luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil pekerjaan kita itu akan mendapat keberkatan. Insya Allah...
Pelbagai sikap dan sifat manusia yang dapat dilihat di tempat kerja:
  1. Ada yang datang ke tempat kerja hanya memenuhi tanggungjawab (Rutin) "Datang Bekerja" tetapi hampeh, hasilnya macam "Tak datang" kerja.
  2. Adakala kita rasa kita "Busy" giler, rupanya kita hanya "Kelam Kabut".
  3. Adakala kita rasa kita "Prihatin" tapi rupanya kita "Busy Body".
  4. Adakala kita rasa kita "Open Minded" atau "Outspoken" tapi rupanya kita kurang "Peng'ajar'an".
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran "Kritis", rupanya kita hanya lebih kepada "Kritik" yang mencipta "Krisis".
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih "Mesra", tapi rupanya kita dilihat "mengada-ngada".
  7. Adakala kita suka bertanya "Kenapa dia macam takde kerja", adalah lebih baik kita tanya "Apa lagi keje yang aku boleh buat".

Pejam mata dan renunglah dalam diri kita, kalau kita perlu melakukan "Anjakan Paradigma", maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, marilah kita mulakan kerja kita dengan wajah yang ceria, senyum, mesra sesama rakan sekerja. Tingkatkan kerjasama. Semaikan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Elakkan perasaan hasad dengki (Phd). Ada yang cemburu dengan rakan sepejabat atau ditempat kerja yang mendapat kepercayaan majikannya. Walaupun kita disarankan bersangka baik dan tidak bersikap prejudis terhadap rakan sekerja, hati-hatilah dalam pergaulan dan percakapan kerana kita harus sentiasa berwaspada bak pepatah " Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".

Sebagai renungan bersama:

  • mengkritik tidak bererti menentang.
  • menyetujui tidak semestinya menyokong
  • menegur tidak bermakna membenci
  • dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Sunday, March 22, 2009

Parti PBB Ranting Matang Tengah N.6 Tupong.



Cr. Tn Hj Ahmad Kamaruddin (Tengah)dan barisan exconya.

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat (Agung) pemilihan Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Ranting Matang Tengah. Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Ranting Matang Tengah berjalan dengan lancar dan semua jawatan dimenangi tanpa ada pertandingan.

Tahniah kepada semua yang memenangi jawatan dalam pemilihan tersebut.

Ketua Ranting: Cr. Tuan Hj. Ahmad Kamaruddin b. Tan Sri Datuk Su'aud
Ketua Wanita: Puan Zaharah bt. Jeraiee
Ketua Pemuda: En. Noel Joshua.




# Sik sabar juak ngantik pemilihan agung UMNO.

Kesian......Ramai Guru Sakit Jiwa.


Kajian oleh Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70% daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggar 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10% daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
Kebanyakannya menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karekter yang berlawanan dengan guru terbabit sebelumnya ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan. Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada setiap tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.
3 faktor utama yang menyebankan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Yang membimbangkan juga, seperti dijelaskan oleh Nur Zuraida, guru yang tertekan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.
Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.
Tidak dinafikan guru masa kini terbeban dengan pelbagai tugas yang tidak pernah selesai dan habis-habis. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan apa yang guru perolehi/ ganjaran yang guru dapat, tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru. Ia terlalu sedikit berbanding dengan apa guru lakukan atau yang terpaksa seorang guru korbankan.

Saturday, March 21, 2009

Awet Muda


Sentiasa kelihatan muda dan cantik merupakan idaman setiap wanita. Kelihatan cantik berbeza dengan kelihatan muda. Oleh sebab itulah banyak perkara yang dilakukan terutamanya dalam kalangan wanita agar sentiasa kelihatan muda dan cantik. Malah ada di antaranya yang sanggup melakukan apa sahaja agar sentiasa kelihatan muda dan cantik seperti menggunakan susuk, botox, suntikan, impalan dan sebagainya. Di antara petua yang mudah dan murah yang boleh kita amalkan agar kelihatan muda (awet muda), antaranya (Insya Allah) ialah:
  1. Semasa berdandan pada waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  2. Makan banyak ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada diet kita.
  3. Air wuduk sebelum solat subuh yang kena muka dapat memberi kesan yang amat baik.
  4. Bersenam 30 minit 3 kali seminggu dengan konsisten.
  5. Jaga diet kita. Makan apabila berasa lapar dan makan tidak pula terlalu kenyang.
  6. Melambatkan minum air setelah makan. Minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
  7. Rajin-rajin membaca Al Quran - Niat ikhlas kerana Allah.
  8. Menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  9. Rajin-rajin solat tahajjud di tengah malam.
  10. Sentiasa tenang dan tidak marah-marah.
  11. Mulakan sesuatu urusan dengan "nawaitu" yang baik dan niat kerana Allah.
  12. Yang paling penting SENYUM SELALU.

# Mun ado nok lain padah juak.....