
Teringat dengan kata-kata YB Datuk Seri Idris Jala..... " Negara akan.....( Sik berani nak sebut) sekiranya subsidi diteruskan kepada rakyat." Selepas ini rasanya akan berlaku lagi pelarasan demi kelangsungan ekonomi negara.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Fakta Kenaikan Harga Barang yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Baru-baru Ini.
Petrol RON95 & RON97 serta Diesel naik 5 sen
Gula naik 25 sen
Gas LPG naik 10 sen sekg
Harga petrol Ron95 sekarang RM1.85 seliter
Harga Petrol RON97 sekarang RM2.10 seliter
Diesel sekarang RM1.75 seliter
Gula sekarang RM1.70
Gas LPG sekarang RM1.85
Harga baru Gas
Tong 14kg naik daripada RM24.50 kepada RM25.90 ( + RM1.40 )
Tong 12kg naik daripada RM21.00 kepada RM22.20 (+RM1.20)
Tong 10kg naik daripada RM17.50 kepada RM18.50 (+RM1.00)
Rasional penyelarasan subsidi oleh kerajaan: Kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan serta mengurangkan defisit fiskal supaya kekuatan ekonomi negara lebih diyakini oleh pasaran dunia dan dalaman. Penyelarasan semula harga barang tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi 750 juta tahun ini.
Maka menyampuklah Pak Menteri: Rakyat menerima baik kenaikan tersebut. Kenaikan harga barangan akan menyebabkan tahap kesihatan rakyat akan bertambah baik dan mengelak penyakit. Kenaikan sedikit itu tidak akan membebankan pengguna.
Benarkah demikian? Apakah ada jaminan kenaikan makanan berasaskan gula tidak akan naik? Adakah kenaikan harga minyak tidak akan mempengaruhi harga barangan lain?
Walau bagaimanapun pengguna harus memikirkan pelbagai alternatif kesan kenaikan tersebut....
.jpg)
"Bola itu bulat". Hanya yang terbaik dan bernasib baik akan menang. Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan beberapa keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia. Sorang dua pemain bintang belum mencukupi untuk menjamin kemenangan sesuatu pasukan. Antara lain apa yang lebih penting ialah keserasian, komitmen, kesepasukan, kebijaksanaan, kekuatan mental & fizikal disamping nasib. Pasukan Malaysia bilalah agaknya?
Cerita hendak memansuhkan UPSR dan PMR sudah kedengaran sejak setahun dua yang lalu cuma ia menjadi topik perbincangan hangat apabila Menteri Pelajaran menyentuh isu tersebut beberapa hari yang lepas. Sepintas lalu, ada kewajarannya, namun pada pandangan saya UPSR masih relevan dan perlu diteruskan. Dalam tempoh 6 tahun di sekolah rendah penilaian terhadap prestasi murid adalah perlu ke arah penarafan murid dan sebagai persediaan ke alam persekolahan sekolah menengah. Melalui penilaian yang dibuat murid-murid dapat ditempatkan berdasarkan pencapaian seperti di sekolah berasrama penuh, sekolah aliran agama dan juga sekolah- sekolah khas yang lain. Berbalik pada PMR, memang tidak dinafikan sijil PMR bukanlah sijil yang digunakan untuk memohon pekerjaan namun untuk masa kini ia adalah salah satu mekanisme yang digunakan untuk menilai pencapaian murid secara menyeluruh dalam tempoh 3 tahun proses P & P dilaksanakan. Sekiranya PMR hendak dimansuhkan satu mekanisme penilaian yang relevan dan sistematik serta tidak membebankan guru harus difikirkan. Saranan agar pentaksiran berasaskan sekolah adalah jawapan untuk mengatasi isu yang timbul namun perancangan yang rapi adalah perlu dengan mengambilkira dari segi keperluan dalam penilaian dan menepati piawai yang dikehendaki. Sistem sijil SPM terbuka bukan alasan untuk memansuh PMR semata-mata kerana dalam kita menyediakan murid untuk menduduki SPM, sekolah harus menyediakan keperluan awal murid untuk memilih aliran sama ada aliran sains, sastera, teknologi, teknik dan vokasional. ( mungkin bidang agama islam juga). Kita harus menilai setakat mana sistem pendidikan kita khususnya di sekolah pada masa kini dapat menyediakan ruang untuk murid memilih aliran atau jurusan yang sesuai dengan pencapaian mereka. Disamping itu, diharapkan juga tenaga pengajar dan kemudahan yang ada mencukupi di setiap sekolah agar tidak ada yang tertinggal atau lompang di mana-mana.
Menguasai pelbagai bahasa adalah bonus bagi seseorang. Apa tidaknya, dengan menguasai pelbagai bahasa akan memudah proses berkomunikasi. Tetapi apabila ada cadangan untuk mengajar bahasa tersebut di sekolah kebangsaan terbit pelbagai reaksi yang nampak ada banyak pro dan kontranya.
Teringat dengan kuih cina, kuih chap, kuih jala dan pelbagai kuih tradisional yang lain semasa menyambut perayaan Hari Gawai. Semuanya tetap indah terpahat dalam memori ingatan sejak zaman kecilku. Kepada teman-teman yang menyambut perayaan Hari Gawai diucapkan; Selamat Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang".