"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Tuesday, July 7, 2009
Kematian
Kematian Michael Jackson yang mendapat liputan meluas media massa menarik perhatian saya untuk dijadikan renungan. Michael Jackson bukan sahaja sebagai penyanyi dan penghibur malahan lebih daripada itu beliau sebagai ikon walaupun semasa hayatnya penuh dengan misteri, tindakan gila-gila dan pelbagai cerita yang disensasikan. Semasa hidupnya beliau pernah menghadapi saat paling getir dan sukar dalam hidup. Alih-alih kita mendengar berita Michael Jackson kembali kepada Islam. Kematiannya mengundang pelbagai persolan yang masih belum terjawab. Benarkah kematiannya akibat jantung yang gagal berfungsi atau ada elemen lain yang masih menjadi tanda tanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)