Tuesday, June 23, 2009

Doa untuk ayah

Dalam keletihan selepas membersih kawasan sekitar rumah, anak sulung saya mendekati saya dengan manja sambil menguntum senyuman yang cukup manis. Sebagai seorang ayah, saya memahami ada sesuatu yang diingininya daripada saya. " Ayah, kita makan kat luar". Kak Long mula bersuara. Saya sengaja mendiamkan diri. sengaja tidak memberi apa-apa respon. "Kami belanja" tambahnya lagi. "Kenapa nak makan kat luar,"? Soal saya buat-buat tidak faham.". "Kami nak meraikan Hari bapa untuk ayah",. balas si kakak. "Ada duit ke nak belanja ayah makan ni",? Si kakak terus tersenyum dan ketawa kecil. "Kami ada kumpul duit dan rasanya lebih daripada cukup",.
Saya rasa amat terharu atas usaha dan inisiatif anak-anak untuk menggembirakan ayah mereka.

"Simpan saja duit tu, Insya Allah kita akan pergi tapi bukan malam ini". Yang penting anak-anak ayah memberi kegembiraan kepada ayah. Kegembiraan ayah ialah apabila anak-anak ayah berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Yang lebih penting doa untuk ayah dan ibu lebih-lebih lagi apabila ayah dan ibu sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini nanti. Malam ini kita teruskan solat berjemaah, lepas tu kita baca surah yasin dan berdoa mohon moga apa yang kita hajati akan tercapai dan kita sentiasa dalam peliharaanNya",
Janji saya belum lagi saya tunaikan. Insya Allah hujung minggu ini....

Sunday, June 21, 2009

Komunis

Banyak pihak menyuarakan pandangan tentang isu Chin Peng yang hendak kembali ke Malaysia. Chin Peng dan Komunis dua perkataan yang cukup sinonim. Komunis dengan frasa "pengganas Komunis" jelas menggambarkan tentang keganasan dan kezaliman komunis. Sejarah membuktikan bagaimana peritnya hidup masyarakat pada masa itu ekoran daripada kekejaman komunis. Apa yang telah dilakukan komunis dalam tempoh beberapa hari Jepun menyerah kalah kepada British meninggalkan banyak kesan dan cerita yang tragik ekoran kekejaman komunis. Banyak darah telah tumpah ke bumi. Nyawa begitu murah dan tanpa harga kepada pihak komunis pada masa itu. Jadi, tidak menghairankan sekiranya banyak pihak memprotes untuk menerima Chin Peng balik ke Malaysia. Saya terfikir juga apakah agenda yang tersembunyi apabila ada pihak yang menyokong dan meminta kerajaan Malaysia menerima kepulangan Chin Peng.
Dalam pada itu, kerajaan juga seharusnya meneliti semula sejarah tentang sesetengah pejuang tanah air yang sumbangan mereka seolah-olah diabai dan dilupakan. Saya tertarik dengan cerita seorang bekas PPH yang terlibat dalam operasi Sri Aman puluhan tahun yang lalu sehingga membawa kepada penyerahan Bong kee Chuk (Pemerintah Komunis Sarawak-kalimantan) di Sri Aman. Ekoran daripada peristiwa itu nama Simanggang, tempat berlangsungnya perjanjian dan penyerahan diri komunis ditukar kepada nama Sri Aman sehingga kini. Amat menyedihkan bekas perajurit (PPH) yang terlibat menggadaikan nyawa pada masa itu tidak mendapat penghargaan dan apa-apa sumbangan jasa daripada kerajaan. Hanya berempat dan tanpa senjata pejuang keamanan tersebut menjemput dan mengiringi Bong kee Chuk keluar dari hutan tempat persembunyiannya. Tersilap langkah, atau berubah fikiran ke, akan menyebabkan banyak perkara yang tidak dijangka pasti berlaku.
Bekas perajurit tersebut masih hidup dan meneruskan hidup di zaman tuanya kini seperti insan pesara yang lain walaupun sumbangannya begitu besar terhadap negara. Bagi saya, beliau dan rakan-rakan merupakan pejuang yang dilupakan.

Saturday, June 20, 2009

Budaya Satay

Memang tidak dinafikan dalam sesebuah organisasi ada jenis manusia yang mengamalkan "budaya satay" ini. Satay memang sedap dimakan dan saya masih teringat setiap kali berkunjung ke KL pasti tidak melepas peluang bersama-sama teman menikmati satay kajang. Dulu satay kajang cuba diperluaskan perniagaaannya di Semariang Food Court Kuching tetapi kurang mendapat sambutan. Agaknya namanya saja satay kajang tetapi "originalitinya" mungkin sedikit berbeza. Saya sebenarnya teringat dengan cerita teman dalam entri yang lepas tentang rakan sekerjanya yang mendapat APC. Tetapi sebelum pergi kepada cerita teman saya ini, saya suka bercerita tentang satay. Satay memang cukup enak tetapi perlu dicucuk dengan lidi, dibakar dan dikipas agar tidak hangus. Dicicah dengan kuah satay dengan nasi impit atau lemang dengan sedikit bawang memang cukup menyelerakan.
Ramuannya dan cara menyediakan satay cukup menggambarkan perlakuan manusia yang analoginya sama seperti satay dalam sesebuah organisasi. Manusia yang suka mencucuck, membakar, mengipas dan menenyehkan satay dalam kuahnya serta ditambah kuah sedikit pedas bersama nasi impit atau lemang dengan busuk bau bawang.
Teman tadi bercerita bagaimana rakan sekerjanya setiap hari akan melakukan perkara yang sama dan lebih memburukkan keadaan dia mendapat kepercayaan bosnya yang sedikit buta dalam menilai manusia seperti itu. Hikpokrit, pengadu domba, pemfitnah, meluat, menyampah, sakit hati dan pelbagai ungkapan yang tidak enak keluar dari mulut teman yang bercerita tadi.
Sampai sekarang saya pun masih berfikir tentang cerita tersebut. Dalam doa, memohon agar dijauhkan dan tidak menjadi mangsa manusia seperti itu.

Friday, June 19, 2009

Self Motivation

Many of us find ourselves in motivational slumps that we have to work to get out of. Sometimes it's like a continuous cycle where weare motivated for a period of time, fall out and then have to build things back up again.

A good way to be continuously self- motivated is to implement something like these 8 steps from Ian Mckenzie.

Keep a positive attitude: There's is nothing more powerful for self-motivation than the right attitude. You can't choose or control your circumstance, but can choose your attitude towards your circumstances.
How I see this working is while you're developing these mental steps, and utilizing them regularly, self motivation will come naturally when you need it.

The key, for me, is hitting the final step to share with others. it can be somewhat addictive and self-motivating when you help others who are having trouble.

8 mental steps to self-motivation

My 8 steps
I enjoyd Ian's article but thought it could use some definition when it comes to trying to build a continuous drive of motivation. Here is a new list that is a little more generic:
  • Start simple. Keep motivators around your work area - things that give you that initial spark to get going.
  • Keep good company. Make more regular encounters with positive and motivated people. This could be as simple as IM chats with peers or quick discussion with a friend who likes sharing ideas.
  • Keep learning. Read and try to take everything you can. The more you learn, the more confident you become in starting projects.
  • Stay Positive. See the good in bad. When encountering obstacles, you want to be in the habit of finding what works toget over them.
  • Stop thinking. Just do. If you find motivation for a particular project lacking, try getting started on something else. Something trivial even, then you'll develop the momentum to begin the more important stuff.
  • Know yourself. Keep notes on when your motivation sucks and when you feel like a superstar. There will be a pattern that, once you are aware of, you can work aroung and develop.
  • Track your progress. Keep a tally or a progress bar for ongoing projects. When you see something growing you will always want to nurture it.
  • Help others. Share your ideas and help friends get motivated. Seeing others do well will motivate you to do the same. Write about your success and get feedback from readers.

What I would hope happens here is you will gradually develop certain skills that become motivational habits.

Once you get to the stage where you are regularly helping others keep motivated - be it with a blog or talking with peers - you'll find the cycle continuing where each facet of staying motivated is refined and developed.
My 1 Step
If you could only take one step? just do it!
Once you get started on something, you'll almost always just get into it and keep going. There will be times when you have to do things you really don't want to: that's where the others steps and tips from other writers come in handy.
However, the most important thing, that I think is worth repeating, is to just get started. Get that momentum going and then when you need to, take Ian's Step 7 and Take A Break. No one wants to work all the time!

Kecewa

Beberapa minggu lepas saya terserempak dengan beberapa orang bekas teman sekerja. Kami sempat membasah tekak di sebuah restoran mamak. Pekenakan teh tarik bersama roti canai dan kari kambing. "Cane keja,"? tanya saya kepada seorang teman. Saya dapat rasakan ada yang tak kena apabila mukanya mula masam, mengerutkan dahi dan menyandar ke belakang kerusi sambil mengangkat sedikit mukanya. "Aku sekarang kalau pegi keja pun, kerana nak dapat gaji dan kalau dapat nak mohon pindah keja ke tempat lain". jawabnya sambil mengeleng-geleng kepalanya perlahan-lahan.
" Kau bayangkan sampai sekarang aku tak dapat APC lagi. Dah lebih sepuluh tahun aku keja kat situ, tapi apa yang aku dapat," tambahnya lagi. "Saya bukanya nak sangat duit seribu ringgit tu, tapi yang penting aku nak juga perakuan tentang perkhidmatan aku selama ini" katanya dalam nada sedih dan kesal. Saya tahu teman saya ini seorang yang dedikasi dengan tugasnya dan begitu komited dengan tanggunjawab yang diamanahkan. Saya pun heran dan terfikir juga di mana silapnya sehingga teman tadi "dilupakan". Dari ceritanya teman tadi memberitahu bahawa ada lagi rakan sekerjanya yang lebih senior pun masih belum menerima APC.
"Sabar ......, agaknya belum rezki.Tak apa kalau U tak dapat, mungkin ada rezki lain yang lebih baik daripada itu,", pujuk saya walaupun saya tahu itu bukanlah jawapan yang mampu mengubat kekecewaan hatinya. Daripada perbualan memang ketara teman tadi begitu kecewa dan banyak yang tak puas hatinya terhadap perkembangan yang berlaku di tempat kejanya.
"Bagus... katanya apabila dia bercerita bagaimana bosnya mengelabah dan melatah apabila menerima surat layang daripada orang yang tak puas hati tentang pemberian APC . Saya mencadangkan supaya dia berjumpa dengan bosnya untuk berbincang manalah tahu ada ruang untuk membetulkan keadaan dan bosnya mendapat maklumat yang betul dan lebih tepat tentang dirinya.

APC: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Thursday, June 18, 2009

Satu Malaysia

Slogan atau Gagasan? Saya masih keliru dengan konsep satu Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri. Mungkin kerana saya ketinggalan mengikuti perkembangan konsep yang diutarakan oleh Perdana Menteri atau kedangkalan ilmu dan pengetahuan saya memahami konsep tersebut. Dalam konteks negara berbilang kaum dan mempunyai pelbagai pola kaum (polarisasi) langkah kerajaan dalam merealisasikan hasrat murni tersebut dilihat sebagai suatu yang optimistik dan futuristik. Namun untuk mencapai hasrat murni tersebut setiap rakyat seharusnya mampu dan berusaha menghapuskan sentimen perkauman yang tebal tanpa adanya prasangka sesama sendiri. Tetapi, realitinya mampukah kita? Saya masih merindui kehidupan suatu ketika dulu di mana perasaan kejiranan dan kasih sayang dalam kelompok masyarakat berbilang kaum terus terjalin.
Di Sarawak, semangat hidup secara bersama tanpa prasangka begitu ketara dalam kalangan rakyat pribuminya. Persoalannya sekarang mengapa hubungan yang baik tersebut seolah-olah nampak semakin jauh dan semakin melebar jurangnya. Saya sendiri membesar dalam masyakat melayu dan iban dan kemampuan saya bertutur dalam bahasa iban diperolehi sejak saya kecil lagi. Bermain di rumah panjang dan terbiasa dengan tengkorak manusia yang terdapat di rumah panjang kini menjadi kenangan manis dalam kehidupan masa kecil saya.
Orang melayu di Sarawak, biasa minum kopi di kedai orang cina malah ada teman -teman dari luar Sarawak mengalami kejutan budaya melihat keadaan betapa harmoninya kehidupan masyarakat berbilang kaum di sini. Sehingga kini masih kedapatan stall makanan orang melayu dalam kedai orang cina. Saya teringat dengan pengalaman bersama atuk mencari ikan ulu di hulu sungai suatu masa dulu. Dalam perjalanan balik kami singgah bermalam di rumah sahabat atuk sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Apa yang saya ingat sampai kini ialah bagaimana layanan sahabat atuk (orang iban) yang menyediakan santapan malam kami dengan mengambil periuk belanga dan pinggan mangkuk dari atas padung (Ruang atas dalam rumah) semata-mata menjaga dan menghormati kami sebagai keluarga beragama islam.
Sekarang saya masih tercari-cari dan merindui keadaan seperti suatu masa dahulu di mana dalam apa jua majlis keramaian sama ada perayaan seperti Hari Raya, Gawai, melah pinang, perkahwinan dsb semua kaum tetap bersama meraikannya. Tidak dinafikan ia masih ada tetapi nilai "keindahan dan cantiknya" seperti yang pernah dirasai suatu ketika dulu semakin pudar dan hampir hilang.

Ada tikanya.... terhenti

Minggu ini, masuk minggu kelima blog tidak diupdate. Sebenarnya tidak ada alasan yang konkrit mampu saya berikan kepada teman-teman apabila mereka mengaju pertanyaan "kenapa dan mengapa" tersebut. Insya Allah saya akan terus menulis dan niat saya biarlah tulisan saya dapat memberi sedikit sumbangan ilmu yang boleh dikongsikan dengan teman-teman di luar sana.