Friday, June 19, 2009

Kecewa

Beberapa minggu lepas saya terserempak dengan beberapa orang bekas teman sekerja. Kami sempat membasah tekak di sebuah restoran mamak. Pekenakan teh tarik bersama roti canai dan kari kambing. "Cane keja,"? tanya saya kepada seorang teman. Saya dapat rasakan ada yang tak kena apabila mukanya mula masam, mengerutkan dahi dan menyandar ke belakang kerusi sambil mengangkat sedikit mukanya. "Aku sekarang kalau pegi keja pun, kerana nak dapat gaji dan kalau dapat nak mohon pindah keja ke tempat lain". jawabnya sambil mengeleng-geleng kepalanya perlahan-lahan.
" Kau bayangkan sampai sekarang aku tak dapat APC lagi. Dah lebih sepuluh tahun aku keja kat situ, tapi apa yang aku dapat," tambahnya lagi. "Saya bukanya nak sangat duit seribu ringgit tu, tapi yang penting aku nak juga perakuan tentang perkhidmatan aku selama ini" katanya dalam nada sedih dan kesal. Saya tahu teman saya ini seorang yang dedikasi dengan tugasnya dan begitu komited dengan tanggunjawab yang diamanahkan. Saya pun heran dan terfikir juga di mana silapnya sehingga teman tadi "dilupakan". Dari ceritanya teman tadi memberitahu bahawa ada lagi rakan sekerjanya yang lebih senior pun masih belum menerima APC.
"Sabar ......, agaknya belum rezki.Tak apa kalau U tak dapat, mungkin ada rezki lain yang lebih baik daripada itu,", pujuk saya walaupun saya tahu itu bukanlah jawapan yang mampu mengubat kekecewaan hatinya. Daripada perbualan memang ketara teman tadi begitu kecewa dan banyak yang tak puas hatinya terhadap perkembangan yang berlaku di tempat kejanya.
"Bagus... katanya apabila dia bercerita bagaimana bosnya mengelabah dan melatah apabila menerima surat layang daripada orang yang tak puas hati tentang pemberian APC . Saya mencadangkan supaya dia berjumpa dengan bosnya untuk berbincang manalah tahu ada ruang untuk membetulkan keadaan dan bosnya mendapat maklumat yang betul dan lebih tepat tentang dirinya.

APC: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

1 comment:

  1. Keputusan terletak ditangan pihak pentadbir atau pengurus untuk memilih siapa yang akan diberi APC. Oleh itu, pihak pentadbir perlu lebih peka dan jujur serta akauntabiliti.

    ReplyDelete