Wednesday, October 6, 2010

Bahasa Isteri Yang Perlu difahami Suami

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.


a. Waktu merajuk

1 - Sikap: Tiba-tiba tak mahu bercakap
Maksudnya: Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu
Mengatasinya: Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

2 - Sikap: Tiba-tiba marahkan suami
Maksudnya: Dia cemburu dengan tindakan suami
Mengatasinya: Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3 - Sikap: Tiba-tiba menangis
Maksudnya: Dia sakit hati dengan tindakan suami
Mengatasinya: Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4 - Sikap: Tidak mahu memberi khidmat
Maksudnya: Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Mengatasinya: Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir


Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.


b. Waktu gembira

1 - Sikap: Dia sudah rajin masak
Maksudnya: Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Mengatasinya: Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

2 - Sikap: Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Maksudnya: Dia puas hati dengan tindakan suami
Mengatasinya: Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3 - Sikap: Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya: Dia sudah akur dengan kehendak suami
Mengatasinya: Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4 - Sikap: Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya: Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Mengatasinya: Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra


Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.


c. Waktu benci

1 - Sikap: Kehendak suami tidak dilayan
Maksudnya: Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Mengatasinya: Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2 - Sikap: Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Maksudnya: Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Mengatasinya: Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3 - Sikap: Makan tidak selera
Maksudnya: Dia mahu simpati daripada suaminya
Mengatasinya: Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4 - Sikap: Tidur seorang diri
Maksudnya: Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Mengatasinya: Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang


Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.



d. Waktu mengharap

1 - Sikap: Muka masam
Maksudnya: Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Mengatasinya: Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2 - Sikap: Meminta maaf sambil menangis
Maksudnya: Dia benar-benar insaf
Mengatasinya: Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3 - Sikap: Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya: Dia hendak meminta suami membelinya
Mengatasinya: Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak


Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Insya Allah yang negatif akan menjadi positif.

Yang Perlu diketahui Tentang Lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.
4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) . Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Saturday, September 25, 2010

Filem Melayu, Cina dan India


Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadiPengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.(Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengok la cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat rumah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau konco orang jahat mesti pakai baju takder lengan,pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apa sal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu pulak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.
Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar,abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut atau tanda kelahiran.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampung dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhecha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai pulak yang tunggu sampai abih.


Friday, September 24, 2010

Khutbah Jumaat - Tuntutan Memuliakan Saudara SeIslam.

Intipati daripada Mimbar Jumaat yang mengingatkan kita tentang perkara yang penting dalam hidup bermasyarakat khususnya sesama saudara seIslam.
Islam adalah agama kasih sayang dan sentiasa menganjurkan umatnya agar berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara amalan yang boleh menggambarkan rasa kasih sayang kita kepada saudara-saudara kita ialah kita sentiasa memuliakan mereka. Dan salah satu daripada cara kita memuliakan saudara-saudara kita ialah tidak mendedahkan keaiban dan kelemahan yang ada pada diri mereka tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
Demi menjaga maruah saudara-saudara kita, maka islam telah mengharamkan amalan berprasangka buruk, intip-mengintip, dan umpat-mengumpat antara satu sama lain. Dalam hal ini, Allah SWT telah mengingatkan kita melalui firmanNya dalam surah Al-Hujurat ayat 12, yang bermaksud: Wahai orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu (iaitu prasangka buruk) adalah dosa. janganlah kamu intip-mengintip (untuk mengetahui keaiban dan keburukan orang lain) dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentulah kamu merasa jijik. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya maruah seseorang Islam itu amat tinggi dan mulia di sisi Allah SWT. Oleh kerana itulah Baginda Rasulullah SAW telah menerangkan tentang balasan baik yang akan diperolehi oleh individu yang menjaga dirinya daripada mendedahkan keaiban saudara seIslamnya, kerana dengan berbuat demikian, sesungguhnya dia telah mempertahankan kemuliaan saudaranya itu. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya; Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah SWT akan menolong hambaNya selagi hambaNYa itu menolong saudaranya.
(Hadith Riwayat Muslim)
Bahkan Baginda Rasulullah SAW telah mengancam bahawa Allah SWT tidak akan menghiraukan hambaNya yang tidak menolong saudaranya ketika ia diaibkan sebagaimana maksud sabda Baginda Rasulullah SAW; Sesiapa yang tidak menolong saudara Islamnya ketika maruahnya dijatuhkan dan dihina, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghiraukannya ketika dia memerlukan pertolongan. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Begitulah hebatnya ajaran Islam dalam soal mempertahankan dan memuliakan maruah individu Muslim. Sebab itulah lahirnya kata-kata hikmat yan pernah kita dengar mengenai kekuatan dan kehebatan maruah ini: Apabila harta benda hilang, sebenarnya tidak ada apa-apa yang hilang dari diri kita, dan apabila kesihatan hilang, barulah kita akan merasakan sesuatu yang berharga hilang dari diri kita, sebaliknya apabila maruah dan harga diri hilang, maka hilanglah segala-galanya dari kita'
Sebagai kesimpulan, islam telah mensyariatkan agar umatnya sentiasa memuliakan saudara-saudaranya dengan tidak mendedahkan keaiban dan keburukan walaupun dalam keadaan saudaranya itu telah didapati bersalah, kecuali setakat mana yang dibenarkan oleh syarak dalam proses melaksanakan arahan Allah SWT untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNya. Tuntutan untuk memuliakan anak Adam ini juga hendaklah diraikan oleh para pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam walaupunkepada orang bukan Islam, demi maruah kemanusiaan yang telah dimartabatkan oleh Allah SWT dalam Al Quranul Karim.

Wednesday, September 8, 2010

Nostradamus



Michel de Nostredame dilahirkan pada 14 Disember 1503 di St. Remy, Provence,Perancis.Dia adalah seorang yang berbangsa Yahudi yang telah di’Kristian’kan oleh pemerintahPerancis pada masa itu. Sesetengah biografi menyatakan bahawa beliau adalah anak kepadaJaunce, seorang pemborong gandum manakala sesetengah biografi lain menyatakan bahawabapanya seorang bangsawan yang hidup mewah di bumi Perancis bernama Jacques.


Bakat misterinya mengenai ramalan pertama kali mendapat galakan dan didikan awal dari datuk-datuknya yang hidup dan menyanjungi Zaman Renaissance atau Zaman Pembaharuan di Eropah ketika itu. Sejak kecil, Michel menunjukkan minat semulajadinya terhadap matematikdan sains cekerawala atau dikenal sebagai sains astrologi. Datuk di sebelah bapanya menghantar Michel untuk belajar seni liberal di kawasan paderidi Provence pada usia 14 tahun. Michel telah menyebabkan pendeta dan guru-gurunya marah pada beliau kerana menyokong dan membela para ahli astrologi dan tokoh sains yang kontroversi ketika itu iaitu Copernicus.

Pada usia 19 tahun, beliau dihantar ke Universiti Montpellier untuk mempelajari ilmu perubatan. Michel lulus dengan mudah dan cemerlang serta mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1525. Selepas itu pengajian lanjutan beliau terhenti buat seketika kerana wabak bobunik telah menyerang Perancis. Wabak ini menyerang Perancis pada abad ke-16 dan dikenal sebagai le charbon atau Black Death. Oleh yang demikian, Universiti Montpellier ditutup dan pelajar-pelajar universiti tersebut bertebar keluar ke selatan Perancis untuk menangani wabak yang menyerang negara mereka. Dengan lesen dan kebenaran untuk mempraktikkan ilmu perubatan yang dipelajarinya, Michel berangkat dengan segala keperluan perubatannya menuju ke bandar-bandar yang diserang wabak tersebut. Michel menuju ke arah barat Perancis melalui bandar Montpellier, Narbonne, Toulousedan Bordeaux, sama sekali tidak meninggalkan bandar yang disinggahinya tanpa mengubati penduduk bandar-bandar terbabit. Di samping itu beliau turut berguru dengan penyokong-penyokong Renaissance yang bergiat secara rahsia tanpa pengetahuan kerajaan iaitu ahli-ahli kimia, ahli-ahli perubatan Moorish, Jewish Cabalists(Komplot Yahudi) dan orang-orang Pagan. Sesetengah idea beliau mengenai penghentian pendarahan dan amalam kebersihan yang agak progresif telah menimbulkan kontroversi pada ketika itu.

Pada tahun 1529, Michel pulang ke Montpellier dan menerima IjazahKedoktoran (Phd) di Universiti Montpellier. Sejak saat itu, beliau mula menggunakan nama yang diambil dari bahasa Latin iaitu Nostradamus. Beliau menjadi profesor perubatan di Universiti Montpellier selama tiga tahun sehingga perselisihan serta kontroversi di atas ketegasan dan kurikulum yang konservatif dari pihak universiti menjadi tidak tertanggung untuk dirinya, dan beliau meninggalkan universiti tersebutdan mempraktikkan ilmunya di Toulouse. Pada tahun 1534, beliau berpindah ke Agen dan bersahabat rapat dengan Julius Cesar Scaliger, iaitu seorang yang cepat berubah perangai dan juga pemikir terkenal Renaissance. Di Agen, Nostradamus jatuh cinta kepada seorang gadis dan berkahwin dengan gadis tersebut. Tidak dapat dipastikan dengan tepat nama gadis yang mempunyai kedudukan yang tinggi, rupawan dan disenangi oleh Nostradamus sendiri. Biografi berselisih mengenai nama isteri Nostradamus ini, ada yang mengatakan nama isteri beliau ialah Adriete de Loubejac. Tetapi ada teori lain mengatakan itu bukan nama isteri Nostradamus tetapi nama isteri Scaliger iaitu Andriete de Roques-Lobejac. Kebarangkalian ketiga ialah kemungkinan isteri-isteri mereka adalah sepupu atau adik-beradik di antara satu sama lain. Yang penting ialah isteri Nostradamus telah melahirkan anak lelaki dan perempuan yang comel untuk suaminya. Mereka hidup aman bahagia secara sederhana.

Pada tahun 1537, wabak le charbon menyerang kembali di Agen. Tangan yang menyembuhkan beribu-ribu pesakit rupanya tidak berupaya untuk menyembuhkan isteri dan anak-anaknya sendiri. Kawan-kawan dan keluarga beliau mula berpaling darinya dan mereka menyatakan bahawa Nostradamus bertanggungjawab di atas kematian isteri dan anak-anaknya. Scaliger mencemuh beliau danmemutuskan persahabatan dengannya. Keluarga isterinya mendakwa Nostradamuske mahkamah dan mereka menang dalam dakwaan itu. Pesakit-pesakit beliau mulamenjauhkan diri dari beliau kerana mengikut kepercayaan karut mereka, barangsiapa yang tidak dapat menyembuhkan keluarganya sendiri, itu bermakna orang tersebut mempunyai komplot dan hubungan dengan syaitan. Beliau telah disoal oleh pihak berkuasa gereja di atas sebab ini. Kemudian beliau bekerja sebagai pengukir patung. Beliau tidak cekap mengukir patung Virgin Mary tetapi mencemuh patung itu sebagai ‘acuan bersyaitan’. Beliau didakwa di atas dakwaannya oleh penyiasat dari Toulouse. Akibat dari tekanan ini, beliau membungkus barang-barangnya dan keluar dari kota itu dengan menunggang keldainya pada malam hari.

Selepas enam tahun, hanya sedikit rekod mengenai dirinya dapat diketahui. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa beliau mengembara ke utara sejauh mengembara ke Lorraine, mengembara ke timur sejauh mengembara ke Venice dan mengembara keselatan sejauh mengembara ke Sicily. Semua orang dapat mengagak bahawa pengembaraannya merentasi barat dan selatan Eropah hanya lah untuk mengelak daripada disiasat oleh pihak penyiasatan gereja. Oleh sebab itu lah beliau berhijrah dan membuat pemerhatian terhadap alam sekelilingnya. Pada suatu malam yang gelap gelita, bermula lah suatu yang mengejutkan dengan kuasa ramalannya. Sekumpulan paderi-paderi bermazhab St. Francis berjalan di jalan yang berlumpurdi bandar Ancona, Itali tiba-tiba melihat seorang doktor berjalan seorang diri menuju ke arah mereka. Apabila kumpulan paderi itu menghampiri Nostradamus, Nostradamus membiarkan mereka berjalan di tepinya tetapi apabila beliau melihat Brother Felice Peretti, Nostradamus terus melutut hormat pada Peretti. Paderi-paderi yang lain hairan dengan tindakan Nostradamus kerana mereka tahu bahawa Peretti sewaktu kecil hanya lah seorang pengembala khinzir dan datang dari keluarga yang kurang berada. Jadi, mengapa Peretti perlu dihormati dengan melutut di hadapannya. Paderi-paderi lain menyuruh Nostradamus menerangkan akan tindakannya itu. Dia menjawab, " Saya mesti memberi hormat dan melutut di hadapan Yang Teramat Mulia. " Paderi-paderi itu ketawa mendengar keterangan yang diberikan oleh Nostradamus tetapi empat puluh tahun selepas pertemuan itu, Brother Peretti telah diangkat menjadi Paus Besar dengan gelaran Pope Sixtus V, sembilan belas tahun selepas kematian Nostradamus.

Kisah lain pula, Nostradamus pernah tinggal bersama Chateau de Florinville. Pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar, perbualan mereka bertukar kepadaramalan pula. Florinville ingin menguji kuasa ramalan yang dipunyai oleh Nostradamus. Mereka berhenti di kandang khinzir dan melihat dua ekor anak khinzir, seekor putih dan seekor hitam. Florinville bertanya pada Nostradamus mengenai khinzir yang mana satu kah yang akan dihidangkan untuk makan malam nanti. Tanpa teragak-agakbeliau menjawab, " Kita akan memakan khinzir hitam manakala khinzir putih akan dimakan oleh serigala. "Florinville secara sulit menyuruh tukang masaknya supaya menyembelih khinzir putih. Tukang masak itu menyediakan resepi yang lazat untuk memanggang khinzir itu di dapur dan meninggalkan dapur itu buat seketika dan lupa menutup pintu dapur. Sepulangan tukang masak itu ke dapur dilihatnya serigala jinak kepunyaan Florinville menjamah daging khinzir panggang itu dengan lahapnya. Tukang masak itu menghalau serigala itu dan dengan segera pergi ke kandang khinzir untuk menyembelih khinzir yang berwarna hitam. Pada makan malam itu, mereka yang berada di meja makan itu begitu terliur dengan hidangan khinzir panggang." Kita tidak memakan khinzir hitam sepertimana yang telah engkau ramalkan, dan tak ada serigala yang akan menjamah hidangan ini. ", kata Florinville. Nostradamus berkeras menyatakan bahawa hidangan itu adalah daging khinzir hitam lalu Florinville pun bertanya pada tukang masaknya. Tukang masaknya pun mengiyakan kenyataanNostradamus. Apa lagi, naik pitam Florinville dibuatnya.

Nostradamus muncul di dalam sejarah pada tahun 1544 di mana beliau mengamalkan ilmu perubatannya di persimpangan purba Sungai Riviera. Sekitar tahun 1544-45, Provence dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir yang besar pernah direkodkan. Sungai yang dalam itu dipenuhi mayat-mayat manusia dan haiwan yang telah kembung terapung-apung di atas permukaan sungai. Air bah mulai surut pada musim luruh meninggalkan kembali wabak yang hebat yang pernah melanda daerah itu beberapatahun dulu. Histeria dan kematian mulai kedengaran di kebanyakan kawasan di selatan Perancis untuk beberapa tahun. Pada tahun 1546, Nostradamus dipanggil ke Aix, ibukota Provence untuk menangani wabak le charbon. Beliau bekerja setiap masa selama dua ratus tujuh puluh hari untuk merawati penduduk-penduduk yang sakit. Dengan bantuan seorang pembantu yang bernama Joseph Turel Mercurin, Nostradamus telahmenghasilkan herba-herba wangi dan lozeng (gula-gula ubat) yang dibuat dari kelopak bunga ros. Beliau akan memperingatkan pesakit-pesakitnya untuk membiarkan lozeng itu berada di bawah lidah mereka setiap masa tanpa ditelan.

Nostradamus menasihati pesakit-pesakitnya meminum minuman yang bersih begitu juga kebersihan pada tempat tidur dengan membuka tingkap untuk mendapat pengudaraan yang baik. Beliau juga mencadangkan supaya mereka memakan makanan yang rendah lemak haiwan dan mengamalkan senaman untuk kesihatan badan. Dengan ini lebih ramai pesakitnya yang sembuh dengan mengamalkan nasihat-nasihat beliau, lebih elok daripada menghisap lozeng bunga ros tersebut. Apabila bala bencana itu telah tiada, wakil parlimen kota Aix telah memberikan Nostradamus pencen dan penduduk-penduduk Aix telah menghujani beliau dengan ucapan terima kasih danpenghargaan yang tidak terhingga. Setelah itu, hero kota Aix tersebut menerima jemputan dari Datuk Bandar Salon untuk kes yang sama.
Selepas itu juga beliau ke Lyon untuk kerja yang sama kerana menerima panggilan dari penduduk Lyon. Tidak banyak catatan sejarah yang dibuat ketika beliau berada di Lyon tetapi yang diketahui bahawa beliau dapat membenteras wabak batuk kokol dengan menggunakan ubat yang dicipta oleh seorang ahli farmasi bernama Rene Hepiliervard. Beliau kembali ke Salon untuk menetap di sana sepanjang hayatnya. Beliau terpesona dengan kecantikan bandar itu. Beliau tinggal di rumah abangnya yang bernama Bertrand. Bertrand telah memperkenalkan seorang wanita kepada Nostradamus, cantik, menarik dan pandai, berasal dari keluarga yang terhormat dan terkenal di Salon. Anne Ponsarde Gemelle, seorang janda yang kematian suaminya yang bernama Jean Baulne, telah menjadiisteri kedua Nostradamus.
Untuk lapan tahun seterusnya, beliau mulai meninggalkan bidang perubatan dan mula berjinak-jinak dengan industri kecil minyak wanginya. Pada waktu inilah, beliau mengambil keputusan sepenuh hati untuk mengamalkan ilmu ramalannya. Nostradamus menjadikan bilik teratas di rumahnya sebagai bilik untuk meramalkan masa depan dunia. Beliau mulai menulis almanak tahunan dan membuat sedikit amaran dan peringatan mengenai ramalannya. Beliau menulis ramalan kejadian dunia dalam1110 rangkap ramalan yang membingungkan, menggunakan bahasa Perancis dan sedikit-sedikitbahasa Latin, Yahudi, Itali, Arab dan Greek. Karya agung ini menyebabkan ramai pentafsir menggaru kepala kerana gaya ayat-ayat yang membingungkan itu. Beliau memulakan penulisan Les Propheties pada malam Good Friday 1554 dalam usia 51 tahun. Les Propheties berjumlah sepuluh jilid di mana setiap jilid dipanggil Century dan setiap Century mengandungi lebih kurang seratus rangkap ramalan. Tiga jilid yang awal diterbitkan pada Mei 1555. Ianya dibuka dengan Preface atau prakata yang ditujukan khas buat anak lelakinya, Cesar. Warkah ini mengandungi pengakuan dan kenyataan mengenai teknik ramalannya dan gaya bahasa atau prosa ramalannya yang ditulis sehingga tahun 3797 TM. Century IV sehingga Century VII ditulis pada tahun 1557. Tiga jilid yang terakhir dikarang olehnya pada tahun 1557 dan 1558 diselitkan dengan prosa istimewa ramalannya yang dikenal sebagai Epistle to Henry I I (Warkah buat Raja Henry ke-2), ditulis dalam gaya ayat yang mengerikan dan prosa psikedelik yang mampu menyaingi Book of Revelation.
Pada tahun 1556, Les Propheties menimbulkan kemarahan pihak mahkamah. Ini berlaku selepas Permaisuri Catherine de Medici menunjukkan rangkap ramalan mengenai kemangkatan suaminya, Raja Henry II dalam perlawanan tombak berkuda. Nostradamus didakwa dan dipanggil ke Paris. Tetapi perlu diketahui bahawa Permaisuri Catherine bersahabat baik dengan Nostradamus malahan baginda telah menyelamatkan Nostradamus daripada hukuman. Beliau kembali ke Salon dan kembali membuat kerja rutinnya setelah ramalan mengenai kemangkatan Raja Henry II telah berlaku pada tahun 1559. Dalam rangkap ke-35 Century I, beliau meramalkan bahawaRaja Henry II akan mengalami kemalangan akibat daripada tusukan tombak pihak lawan baginda di mana tusukan itu menerusi matanya dan menembusi hingga ke otak baginda. Penyiasat (Inquisitors) meminta supaya Nostradamus dibakar hidup-hidup. Hanya persahabatan Nostradamus dengan Permaisuri Catherine sahaja yang menyelamatkan beliau dari bencana ini.
Pada awal 1560-an, Perancis mengalami sembilan peperangan yang berkaitan dengan mazhab-mazhab agama Kristian dan Nostradamus telah diseksa oleh samseng-samseng jalanan di Salon. Walaupun secara zahirnya beliau mengamalkan mazhab Katolik tetapi kebanyakan pengikut mazhab Katolik percaya bahawa Yahudi yang di’Kristian’kan mempunyai fahaman mazhab Calvinist. Manakala penganut mazhab Prostestant dan Calvinist memaki Nostradamus sebagai Paus (Paderi Besar). Nostradamus kali ini diselamatkan oleh Duke dan Duchess of Savoy, di mana mereka menjadi penaung dan pelindung kepada Nostradamus. Ini berikutan ramalan Nostradamus mengenai kelahiran anak lelaki kedua-dua bangsawan ini yang bakal menjadi pemimpin Savoy yang hebat iaitu Charles Emmauel yang Agong.
Terdapat ramalan yang ditulis dalam bentuk buku almanak yang dinamakan Presages mengandungi 141 rangkap ramalan diterbitkanpada tahun 1555 sehingga 1567. Pada tahun 1564, ketika tour of pacification (Perjalanan Keamanan) merentasi Perancis, Permaisuri Catherine de Medici dan putera remajanya Raja Charles IX singgah untuk melawat Nostradamus. Sebelum menyambung perjalanan, Raja Charles IX menganugerahkan Nostradamus gelaran Counselor and Physcian in Ordinary, dengan penuh penghormatan dan secara tidak langsung Nostradamus turut mendapat gaji. Nostradamus telah mencapai tahap karier yang tinggi dalam bidang ramalan. Hanya tinggal setahun lapan bulan sahaja lagi untuk beliau hidup di muka bumi Perancis. Pada bulan Jun1566, sekembalinya dari menjadi wakil Raja dari Embassy of Arles, beliau telah diserang oleh penyakit gout. Nostradamus meminta ahli keluarga dan anak-anak muridnya supaya memindahkan dirinya di atas bilik kesayangannya di mana di bilik inilah segala ramalan mengenai sejarah dunia dapat dilihatnya dengan jelas dalam semangkuk air. Ramalan terakhir mengenai kematiannya yang diramalkannya sendiri ialah: On his return from Embassy, the king’s gift put in place. He will do nothing more, He will be gone to God. Close relatives, friends, brothers by blood [will find him] completely dead near the bed and the bench. Pada siang hari, 2 Julai 1566, ahli keluarga dan kawan-kawannya mendapati beliau meninggal di atas katilnya dengan menggalang kakinya pada bangku kerusi sama sepertimana gaya kakinya ketika beliau sedang membuat ramalan. Anne menerima wasiat oleh mendiang suaminya supaya mayat suaminya diletakkan di dalam keranda dan keranda itu ditegakkan di dalam Church of the Cordeliers of Salon.Pada makamnya tertulis epitaf ini dalam bahasa Latin: Here rest the bones of the illustrious Michel Nostradamus, alone of allmortals judged worthy to record with his near divine pen, under the influence of the stars, the future events of the entire world. He lived sixty-two years, six months and seventeen days. He died at Salon in the year 1566. Let not posterity disturb his rest. Anne Ponsarde Gemelle wishes her husband true happiness.

Lelaki di Mata Perempuan?


Kalau lelaki handsome pendiam, Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…kalau lelaki tak handsome pendiam, Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


kalau lelaki handsome berbuat jahat, Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu, perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


kalau lelaki handsome tak mau bergambar, perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


kalau lelaki handsome bersedih hati, perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati, perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Sifat Wanita Yang Di Benci Lelaki

Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.


1. Tidak Puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.


2. Mata Duitan

Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.


3. Suka Mengatur

Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan. Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.


4. Cemburu Buta

Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai. Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh. Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.


5. Emosional

Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik. Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu. Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Yang Perlu diketahui oleh Para Wanita....

12 Titik Ghairah Bagi Lelaki

BELAKANG TELINGA.

Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian. Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak.Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat.Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

TELINGA.

Cuba teka kenapa pasangan anda sering mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.

BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK.

Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.

BAHAGIAN BAWAH LENGAN.

Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap- luap.


PANGKAL LEHER.

Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besar yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki . Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia akan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera.


ATAS BIBIR.

Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai. Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.


KULIT KEPALA.

Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.


PUTING.

Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkanproses orgasme. Ia disyorkan supaya pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut puting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak diperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.


TAPAK TANGAN.

Tapak tangan antara daerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.


JEJAK CINTA.

Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerambut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )


TULANG TONGKENG.

Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.


TULANG PINGGUL.

Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

Tuesday, September 7, 2010

Islam is cruel and violent? Backward and irrelevant to the modern times?

Bismillahirrahmanirrahim
~ You might want to review that thought. To those who are looking for the truth about Islam and perhaps Creation in particular, I would like to share with you some excerpts from the Quran, which is simple yet all encompassing, a religion perfected 1400 years ago.Not only for Muslims, not only for the Arabs, not only for the Malaysians.

But for every soul which is born into the world, from the wombs of their mothers,regardless of the religion that you are brought up with. Do arm urself with a Quran translation at hand, but I do wish to remind perhaps myself as well, it is never enough to read the translation of Quran on its own, it is always to be supplemented with the Sunnah ( the way and the manners of the prophet) and also its commentary because The Quran is a contextual text.

The following excerpts is by no means an attempt to debunk all the bad air about Islam in the world out there.

As someone once said, if you need to test whether a calculator is working correctly, is there a need to test for every single possible numerical evaluation out there?

All good comes from Allah and may He guide me through by numerous faults.

1. Respect and honour all human beings irrespective of theirreligion, colour, race, sex, language, status, property, birth,profession/job and so on [Quran:17/70]

2. Talk straight, to the point, without any ambiguity or deception[Quran:33/70]

3. Choose best words to speak and say them in the best possible way[Quran:17/53, 2/83]

4. Do not shout. Speak politely keeping your voice low. [Quran:31/19]

5. Always speak the truth. Shun words that are deceitful andostentatious [Quran:22/30]

6. Do not confound truth with falsehood [Quran:2/42]

7. Say with your mouth what is in your heart [Quran:3/167]

8. Speak in a civilised manner in a language that is recognised bythe society and is commonly used [Quran:/5]

9. When you voice an opinion, be just, even if it is against arelative [Quran:6/152]

10. Do not be a bragging boaster [Quran:31/18]

11. Do not talk, listen or do anything vain [Quran:23/3, 28/55]

12. Do not participate in any paltry. If you pass near a futile play,then pass by with dignity [Quran:25/72]

13. Do not verge upon any immodesty or lewdness whether surreptitiousor overt [Quran:6/151] .

14. If, unintentionally, any misconduct occurs by you, then correctyourself expeditiously [Quran:3/134] .

15. Do not be contemptuous or arrogant with people [Quran:31/18]

16. Do not walk haughtily or with conceit [Quran:17/37, 31/18]

17. Be moderate in thy pace [Quran:31/19]

18. Walk with humility and sedateness [Quran:25/63]

19. Keep your gazes lowered devoid of any lecherous leers andsalacious stares [Quran:24/30- 31, 40/19].

20. If you do not have complete knowledge about anything, better keepyour mouth shut. You might think that speaking about somethingwithout full knowledge is a trivial matter. But it might have graveconsequences [Quran:24/15- 16]

21. When you hear something malicious about someone, keep afavourable view about him/her until you attain full knowledge aboutthe matter. Consider others innocent until they are proven guiltywith solid and truthful evidence [Quran:24/12- 13]

22. Ascertain the truth of any news, lest you smite someone inignorance and afterwards repent of what you did [Quran:49/6]

23. Do not follow blindly any information of which you have no directknowledge. (Using your faculties of perception and conception) youmust verify it for yourself. In the Court of your Lord, you will beheld accountable for your hearing, sight, and the faculty ofreasoning [Quran:17/36] .

24. Never think that you have reached the final stage of knowledgeand nobody knows more than yourself. Remember! Above everyone endowedwith knowledge is another endowed with more knowledge [12/76]. Eventhe Prophet [p.b.u.h] was asked to keep praying, “O My sustainer!Advance me in knowledge.” [Quran:20:114]

25. The believers are but a single Brotherhood. Live like members ofone family, brothers and sisters unto one another [Quran:49/10] .

26. Do not make mockery of others or ridicule others [Quran:49/11]

27. Do not defame others [Quran:49/11]

28. Do not insult others by nicknames [Quran:49/11]

29. Avoid suspicion and guesswork. Suspicion and guesswork mightdeplete your communal energy [Quran:49/12]

30. Spy not upon one another [Quran:49/12]

31. Do not backbite one another [Quran:49/12]

32. When you meet each other, offer good wishes and blessings forsafety. One who conveys to you a message of safety and security andalso when a courteous greeting is offered to you, meet it with agreeting still more courteous or (at least) of equal courtesy[Quran:4/86]

33. When you enter your own home or the home of somebody else,compliment the inmates [Quran:24/61]

34. Do not enter houses other than your own until you have soughtpermission; and then greet the inmates and wish them a life ofblessing, purity and pleasure [Quran:24/27]

35. Treat kindly” Your parents” Relatives” The orphans” And those who have been left alone in the society [Quran:4/36]

36. Take care of” The needy,” The disabled” Those whose hard earned income is insufficient to meet their needs” And those whose businesses have stalled” And those who have lost their jobs. [Quran:4/36]

37. Treat kindly” Your related neighbours, and unrelated neighbours” Companions by your side in public gatherings, or publictransportation. [Quran:4/36]

38. Be generous to the needy wayfarer, the homeless son of thestreet, and the one who reaches you in a destitute condition[Quran:4/36]

39. Be nice to people who work under your care. [Quran:4/36]

40. Do not follow up what you have given to others to afflict themwith reminders of your generosity [Quran:2/262] .

41. Do not expect a return for your good behaviour, not even thanks[Quran:76/9]

42. Cooperate with one another in good deeds and do not cooperatewith others in evil and bad matters [Quran:5/2]

43. Do no try to impress people on account of self-proclaimed virtues[Quran:53/32]

44. You should enjoin right conduct on others but mend your own waysfirst. Actions speak louder than words. You must first practice gooddeeds yourself, then preach [Quran:2/44]

45. Correct yourself and your families first [before trying tocorrect others] [Quran:66/6]

46. Pardon gracefully if anyone among you who commits a bad deed outof ignorance, and then repents and amends [Quran:6/54, 3/134]

47. Divert and sublimate your anger and potentially virulent emotionsto creative energy, and become a source of tranquillity and comfortto people [Quran:3/134]

48. Call people to the Way of your Lord with wisdom and beautifulexhortation. Reason with them most decently [Quran:16/125]

49. Leave to themselves those who do not give any importance to theDivine code and have adopted and consider it as mere play andamusement [Quran:6/70]

50. Sit not in the company of those who ridicule Divine Law unlessthey engage in some other conversation [Quran:4/140]

51. Do not be jealous of those who are blessed [Quran:4/54]

52. In your collective life, make rooms for others [Quran:58/11]

53. When invited to dine, Go at the appointed time. Do not arrive tooearly to wait for the preparation of meal or linger after eating toengage in bootless babble. Such things may cause inconvenience to thehost [Quran:33/53]

54. Eat and drink [what is lawful] in moderation [Quran:7/31] .

55. Do not squander your wealth senselessly [Quran:17/26]

56. Fulfil your promises and commitments [Quran:17/34]

57. Keep yourself clean, pure [Quran:9/108, 4/43, 5/6].

58. Dress-up in agreeable attire and adorn yourself with exquisitecharacter from inside out [Quran: 7/26]

59. Seek your provision only by fair endeavor [Quran:29/17, 2/188]

60. Do not devour the wealth and property of others unjustly, norbribe the officials or the judges to deprive others of theirpossessions [Quran: 2/188]

Have you ever met a religion so particular , so meticulous about how life should be, how we interact with one another ? How relevant its values are to the times 1400 years back, now and future? If the world practised half the traits up there, the world will be a much better place for all of us to live in. Dont you think so?
It is just sad that the world meets Muslims before they meet Islam, Cat Stevens would agree.

Allah is He Who raised the heavens without any pillars that you can see. Then, He Istawa (rose above) the Throne (really in a manner that suits His Majesty). He has subjected the sun and the moon (to continue going round)! Each running (its course) for a term appointed. He regulates all affairs, explaining the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) in detail, that you may believe with certainty in the meeting with your Lord. ( 13: 2)
And it is He Who spread out the earth, and placed therein firm mountains and rivers and of every kind of fruits He made Zawjain Ithnaeen (two in pairs – may mean two kinds or it may mean: of two sorts, e.g. black and white, sweet and sour, small and big, etc.) He brings the night as a cover over the day. Verily, in these things, there are Ayat (proofs, evidences, lessons, signs, etc.) for people who reflect. (13:3)
And in the earth are neighbouring tracts, and gardens of vines, and green crops (fields etc.), and date-palms, growing out two or three from a single stem root, or otherwise (one stem root for every palm ), watered with the same water, yet some of them We make more excellent than others to eat. Verily, in these things, there are Ayat (proofs, evidences, lessons, signs) for the people who understand. (13:4)

Mata Lelaki VS Anggota Tubuh Wanita

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu berertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat
.Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT."

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….

Sunday, August 29, 2010

Apa yang menghairankan.....

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu berbulan bulan.

2. Bila kerajaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda. Logik ka.. dimana mereka nak bawak kereta dengan kapasiti enjin yang besar.
3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai. Orang ramai bukan rakyat ka?
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri. Takan nak bagitau aku orang Malaysia ni kaya2 semua kut..
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon2 yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya dan sanggup duduk 2 jam di depan tv.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES! Standard la tuh..
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu.. mungkin takut kena rompak.. tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran2 makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. Berapa banyak email yang tak berbalas..
14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan. (Sekarang dah tak ada caj)
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pengusti tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com"
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1700.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.(dulu)
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California , USA .
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah.. saya mau tanya tauke".
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif2 masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar2 dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan.. pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje..
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
45. Bilamana orang2 muda sekarang cepat beruban.
46. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
47. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
48. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
49. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
50. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
51. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).
52. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
53. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.
54. Di stesen minyak dilarang keras merokok, tapi kenapa mereka sendiri yang menjual rokok di situ.
55. kedai makan orang kita, menunggu makanan yang dipesan sampai setengah jam, bila ditanya balik "sekejap" jawapnya, padahal lupa, time nak bayar tiada wang kecik pula.....
56. Bilamana berlaku kesesakan jalan raya disebabkan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan semata-mata hendak melihat kemalangan yang berlaku. Yang menolong sorang dua sahaja.
57. Bilamana ada attendent di hospital/klinik dan pusat kesihatan lebih berlagak daripada jururawat atau doktor.
58. Bilamana setiap kali "mega sale" atau apa juga "sale" kita terpaksa membayar untuk mendapat barangan free. Sebenarnya tidak ada yang free...
* Mungkin ada lagi sesuatu yang menghairankan anda untuk dikongsikan bersama....

Monday, August 23, 2010

Melihat dari sudut yang berbeza.

Saya suka berkongsi dua situasi yang berbeza untuk renungan kita bersama.


Peristiwa 1:

Suatu petang si ayah membawa anak-anaknya pusing-pusing berjalan di tengah kota. Hujan turun dengan lebat walaupun pada awalnya cuaca nampak baik. Teringat dengan joke seorang kawan (ada benarnya) "hujan membawa rahmat, tetapi kalau dah hujan turun tanpa henti akan ada yang 'ke rahmatullah'. Sedang mereka menyusuri jalan yang kadangkala air melimpah ke atas jalan raya, si ayah ternampak seorang lelaki dengan anaknya menaiki motosikal. Anak itu nampak kesejukan apatah lagi hujan turun disertai angin yang bertiup deras. " kasihan, kata si ayah. "kamu nampak tak orang yang naik motosikal itu?."tanya si ayah kepada anak-anaknya. Anaknya yang sedang leka dengan permainan PS nya melihat ke arah motosikal. "Kamu beruntung, kita ada kereta dan kita dapat berlindung daripada hujan.Kita boleh bergerak ke manan saja kita suka dalam bandar ni." ujar si ayah. Belum sempat si ayah menyambung kata-katanya..., si anak mula bersuara; Ayah, best kan kalau kita naik motosikal seperti mereka. dapat bermain hujan. Ayah, saya pun teringin nak naik moto seperti mereka dan bermain dalam hujan....

Peristiwa 2

Si suami dan si isteri dalam perjalanan balik selepas shoping. Panjang senyum si isteri (sampai ketelinga) kerana banyak yang diidamkan dapat ditunaikan oleh si suami. Si suami mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sesekali dia menekan pedal brek secara mengejut disebabkan oleh lalu lintas yang sesak dan kedapatan motosikal yang masuk mencelah di antara kenderaan sepanjang jalan. Tiba-tiba pandangan si suami dan si isteri tertumpu kepada dua pasangan yang mengangkat tangan meminta untuk menyeberangi ke seberang jalan raya. Pasangan yang melintas jalan raya tadi menarik perhatian si isteri. Seorang lelaki tua dan seorang wanita yang muda dan cantik menawan. Maka berkatalah si isteri; "Syukurlah, dalam zaman kinek tok (zaman sekarang) ada anak yang baik hati, sanggup berjalan bersama ayah mereka". baik hati sungguh anaknya terhadap orang tua". Hai, sejuk mata memandang, sejuk perut mengandung,". melangit puji si isteri. Si suami hanya mendiamkan diri. Sesekali meleret senyumnya memandang wajah isterinya yang asyik memuji si anak dan si ayah itu tadi.

Selepas memberi laluan kepada pasangan tersebut, si suami mula bersuara; "Emaknya, rasa-rasanya abang kenal dengan orang tua tu. Wanita yang muda, cantik dan menawan itu pun abang kenal". Muka si isteri tiba-tiba berubah. "emaknya tahu tak, sebenarnya wanita cantik bergaya itu bukan anaknya. Dia adalah isteri baru kepada orang tua tu." tambah si suami. Si isteri mula menunjukkan rasa tidak senangnya...Tiba-tiba terpacul dari mulut yang manis memuji tadi; "Orang tua tak sedar diri. Dah tua pun nakkan perempuan muda. Itulah orang lelaki". Sakit mata saya bang". "Si perempuan tu pun tak tahu malu, banyak lagi anak-anak muda, orang tua cam tu yang dia pilih. Jangan-jangan permpuan tu nak kan harta dia saja tu". Nada geram suara si isteri semakin kuat.


* Saya membawa cerita ini untuk kita berfikir bagaimana dalam pelbagai situasi manusia melihat sesuatu perkara itu dalam perspektif yang berbeza. Cerita yang kedua yang diolah secara ringkas menunjukkan bagaimana sikap dan pandangan seseorang boleh berubah sebegitu cepat... (Wanita/lelaki tidak semuanya begitu)
Apa komen anda?

Saturday, August 21, 2010

Sedikit coretan buat Wanita...


Jika ingin bentuk bibir yang menawan, bukan dengan mencalit lipstik dengan warna idaman.. tetapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata kebaikan.
Inginkan mata yang cantik menawan dan indah; bukan hanya mencalit pewarna mata... tetapi sebenarnya adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda temui.
Nak dapatkan potongan badan yang langsing dan mengkagumkan; bukan dengan berdiet semata-mata, tetapi berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita, bukan syampoo, bukan pewarna yang diperlukan tetapi urutan/belaian penuh kasih ke atasnya. Bagi si ibu mintalah seorang anak kecilmu untuk menyisirnya dengan jari jemarinya setiap hari, kerana anak kecil itu sememangnya penuh kasih sayang dihati.
Bagi mendapat perwatakan atau sikap tubuh yang indah; berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaanNya yang lain; perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa; Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Insya Allah akan sentiasa ada tangan terhulur buatmu.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tanganmu; satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Tetapi, sebenarnya, Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada matanya; cara dia memandang dunia kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dan kasih sayang dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih sayang memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Sesungguhnya kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu buatnya.

Thursday, August 19, 2010

Ibadah Puasa...

Salam Ramadan al mubarak. Ramadan kareem...
Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 9 kita menjalani ibadah puasa. Allah peruntukkan bulan ramadan sebagai bonus besar yang harus direbut oleh setiap umat islam. Namun dalam masa yang sama masih ada lagi perbezaan pendapat tentang solat tarawih sama ada dikerjakan sebanyak 8 atau 20 rakaat. Seharusnya isu ini tidak timbul kerana terpulang kepada individu masing-masing dengan kekuatan imannya untuk beribadah kepada Allah. Kebanyakan masjid dan surau melakukan solat tarawih 20 rakaat, namun selepas 8 rakaat bilangan jemaah akan berkurangan.
Bersembang dengan teman-teman,banyak rungutan didengar apabila berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada bulan yang mulia ini. Ada jemaah yang kehilangan sandal atau selipar semasa beribadah di masjid dan surau-surau. Ada pula kereta dipecah masuk oleh pencuri semasa jemaah sedang bersolat. Dalam kebanyakan umat islam beribadah, ada yang mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara yang yang mengundang rasa resah dalam kalangan jemaah.
Dalam pada itu, ada juga sekelompok manusia yang pergi ke masjid tetapi lebih suka berkumpul di satu sudut atau di luar masjid dan surau bersembang sambil minum dan makan juadah yang disedekah untuk para jemaah di masjid.Kebiasaannya juadah tersebut disediakan untuk para jemaah solat tarawih dan mereka yang bertadarus Al Quran. Rugilah jenis manusia yang ada kesempatan untuk beribadah tetapi mensia-siakannya walaupun sudah berada di masjid.

Wednesday, August 11, 2010

Tip Kesihatan Sepanjang Bulan Ramadan Kareem.


  1. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berminyak dan banyak lemak.

  2. Kurangkan juga makan maknan yang pedas-pedas, masin, bergoreng atau berminyak.

  3. Kunyahkan makanan yang dimakan perlahan-lahan.

  4. Makanlah sekadar yang perlu. Tidak terlalu kenyang dann seelok-eloknya berhenti makan sebelum kenyang.

  5. Elakkan makan berulamkan air.

  6. Jangan tidak sahur/ (banyak fadhilat bersahur). Elakkan tidur selepas sahur.

  7. Ambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Contohnya makanan yang mengandungi serat dan karbohidrat kompleks seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

  8. Anda juga perlu mengambil makanan yang mengandungisedikit gula. Ini penting untuk mengembalikan tahap glukosa dalam badan.

  9. Semasa berbuka, mulakan makan degan makanan yang manis seperti buah kurma, tamar dan air.

Agar sentiasa sihat sepanjang bulan ramadan pastikan anda memilih makanan yang seimbang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan seperti di bawah:

  1. Roti dan bijirin
  2. Susu dan produk tenusu
  3. Daging dan kekacang
  4. Sayur dan buah-buahan
  5. Lemak & gula ( ambil dalam jumlah yang sedikit sahaja)

Wednesday, August 4, 2010

Belajar secara bijak - Menjelang peperiksaan

  • Bertenang dan melapangkan fikiran.
  • Lakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
  • Pastikan masa tidur mencukupi.
  • Jaga kesihatan.
  • Menjaga pemakanan- makan makanan yang berkhasiat dan berzat.
  • Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
  • Bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Beriadah dan berekreasi - badan yang cergas merangsang otak yang cerdas.
  • Belajar pada waktu yang sesuai.
  • Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  • Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
  • Datang ke dewan peperiksaan dengan lebih awal.
  • Menyediakan semua kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
  • Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan - penting untuk tenaga fizikal dan minda.
  • Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
  • Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
  • Membaca debgan teliti arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
  • Menjawab soalan berpandukan solan yang telah dipilih.
  • Pastikan menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
  • Bagi pelajar Islam, perbanyakkan soalan hajat.
  • Bagi penganut agama lain, memohonlah kepada Tuhan dengan cara masing-masing.
  • Mohon doa dan restu daripada ibu bapa dan guru-guru.

Monday, August 2, 2010

Industrial Building System ( IBS ) - Pengalaman Baru .....







Minggu lepas saya mengikuti kursus latihan kemahiran Installer IBS ( IBS Light weight Block System) di bawah program pembangunan usahawan IBS & Hardware anjuran pihak MARA negeri di Merdeka Palace dan ABB Trading bermula 27 hb sehingga semalam (1 ogos 2010). Meskipun kursus ini jauh bezanya daripada profesion saya yang terdahulu, namun ia amat menarik dan saya dapati banyak bidang lain yang saling berkaitan yang boleh diceburi.


Semasa kursus dijalankan kami sempat juga didedahkan dengan industri burung walit yang nampaknya mempunyai potensi yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Walaupun terasa agak penat dan sedikit meletihkan kursus ini mendedahkan banyak pengetahuan dan pengalaman baru kepada saya.
Sekarang saya menunggu "kad Hijau" yang mesti dimiliki oleh setiap yang terlibat dalam industri binaan.

Friday, July 23, 2010

SUBSIDI: Pelarasan... bukan naik.


Teringat dengan kata-kata YB Datuk Seri Idris Jala..... " Negara akan.....( Sik berani nak sebut) sekiranya subsidi diteruskan kepada rakyat."
Selepas ini rasanya akan berlaku lagi pelarasan demi kelangsungan ekonomi negara.