Monday, August 2, 2010

Industrial Building System ( IBS ) - Pengalaman Baru .....







Minggu lepas saya mengikuti kursus latihan kemahiran Installer IBS ( IBS Light weight Block System) di bawah program pembangunan usahawan IBS & Hardware anjuran pihak MARA negeri di Merdeka Palace dan ABB Trading bermula 27 hb sehingga semalam (1 ogos 2010). Meskipun kursus ini jauh bezanya daripada profesion saya yang terdahulu, namun ia amat menarik dan saya dapati banyak bidang lain yang saling berkaitan yang boleh diceburi.


Semasa kursus dijalankan kami sempat juga didedahkan dengan industri burung walit yang nampaknya mempunyai potensi yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Walaupun terasa agak penat dan sedikit meletihkan kursus ini mendedahkan banyak pengetahuan dan pengalaman baru kepada saya.
Sekarang saya menunggu "kad Hijau" yang mesti dimiliki oleh setiap yang terlibat dalam industri binaan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Tuan sudah tukar profesion kah?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Insya Allah jika rezki saya ada di situ.

    ReplyDelete