Friday, July 23, 2010

SUBSIDI: Pelarasan... bukan naik.


Teringat dengan kata-kata YB Datuk Seri Idris Jala..... " Negara akan.....( Sik berani nak sebut) sekiranya subsidi diteruskan kepada rakyat."
Selepas ini rasanya akan berlaku lagi pelarasan demi kelangsungan ekonomi negara.

Tuesday, July 20, 2010

Cara Belajar Yang Berkesan



    1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. Kajian menunjukkan pelajar akan lebih memahami dan mudah ingat apa yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas.

    2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. Segera bertanya kepada guru sekiranya tidak faham dan memerlukan penjelasan lanjut.

    3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. Lazimnya nota yang diberi oleh guru adalah sumber rujukan yang penting.

    4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan atau atau web-web pendidikan.

    5. Memahami apa yang dibaca. kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh pelajar.

    6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. Banyak teknik mencatat nota dan gunakan mana yang lebih mudah dan menarik.

    7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

    8. Belajar menggunakan pelbagai media seperti komputer untuk mendapat pengetahuan dan menambahkan kefahaman tambahan.

    9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

    10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

    11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

    12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-solan peperiksaan yang lalu.

    13. Berfikir secara kreatif, kritis dan berani memberi idea.

    14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
    15. Mempunya kesediaan untuk belajar.


Bila harga barang naik.....

Fakta Kenaikan Harga Barang yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Baru-baru Ini.

Petrol RON95 & RON97 serta Diesel naik 5 sen

Gula naik 25 sen

Gas LPG naik 10 sen sekg

Harga petrol Ron95 sekarang RM1.85 seliter

Harga Petrol RON97 sekarang RM2.10 seliter

Diesel sekarang RM1.75 seliter

Gula sekarang RM1.70

Gas LPG sekarang RM1.85

Harga baru Gas

Tong 14kg naik daripada RM24.50 kepada RM25.90 ( + RM1.40 )

Tong 12kg naik daripada RM21.00 kepada RM22.20 (+RM1.20)

Tong 10kg naik daripada RM17.50 kepada RM18.50 (+RM1.00)

Rasional penyelarasan subsidi oleh kerajaan: Kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan serta mengurangkan defisit fiskal supaya kekuatan ekonomi negara lebih diyakini oleh pasaran dunia dan dalaman. Penyelarasan semula harga barang tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi 750 juta tahun ini.

Maka menyampuklah Pak Menteri: Rakyat menerima baik kenaikan tersebut. Kenaikan harga barangan akan menyebabkan tahap kesihatan rakyat akan bertambah baik dan mengelak penyakit. Kenaikan sedikit itu tidak akan membebankan pengguna.
Benarkah demikian? Apakah ada jaminan kenaikan makanan berasaskan gula tidak akan naik? Adakah kenaikan harga minyak tidak akan mempengaruhi harga barangan lain?
Walau bagaimanapun pengguna harus memikirkan pelbagai alternatif kesan kenaikan tersebut....

Thursday, July 15, 2010

Mengelak cepat lupa dan kurang daya ingatan - Petua orang-orang tua sebagai panduan.

Perkara yang harus diambil perhatian oleh pelajar.
    • Kurangkan makan bawang besar
    • Kurangkan makan makanan berempah
    • Kurangkan makan ketumbar kering
    • Kurangkan menonton hiburan
    • Kurangkan membaca majalah hiburan
    • Kurangkan ketawa yang panjang, kuat dan terbahak-bahak
    • Kurangkan minum minuman air batu, air bikarbonat ( air bergas)
    • Kurangkan makan organ dalaman ayam
    • Jangan makan kepala ikan
    • Jangan minum air yang ada semut
    • Jangan tidur selepas subuh
    • Jangan tidur selepas asar
    • Jangan tidur selepas makan
    • Jangan makan terlalu kenyang
    • Jangan makan makanan berat selepas jam 9.00 malam
    • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
    • Jangan makan makanan yang masam
    • Jangan dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan
    • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
    • Jangan melihat perkara-perkara yang maksiat.

Wednesday, July 14, 2010

Spain - Juara Piala Dunia



Hanya yang terbaik dengan sedikit tuah akan memenangi perlawanan. Tahniah kepada pemain-pemain pasukan Spain. Walaupun kedua-dua pasukan merupakan pasukan pilihan saya namun saya mengharapkan pasukan Belanda mampu membuat kejutan.
Sebenarnya saya tertarik dengan tumpuan peminat bolasepak terhadap Si Paul, Kurita yang dikatakan mempunyai kelebihan Psikik dan mampu membuat ramalan tentang pasukan manakah yang akan memenangi setiap perlawanan. Anehnya setiap ramalannya adalah tepat dan yang merasa kecewa pula mengugut akan membunuh Kurita tersebut. Benarkah ramalan Paul atau secara kebetulan? Apakah akan jadi kepada nasib Paul selepas ini dan adakah selepas ini ramai yang berminat untuk mendapat perkhidmatan Paul dalam bidang yang lain pula.
Tahniah kepada Ineasta, Mueller, Diego Forlan dan Casillas yang dianugerahi sebagai pemain terbaik.

Monday, July 5, 2010

Piala Dunia - alahai...


"Bola itu bulat". Hanya yang terbaik dan bernasib baik akan menang. Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan beberapa keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia. Sorang dua pemain bintang belum mencukupi untuk menjamin kemenangan sesuatu pasukan. Antara lain apa yang lebih penting ialah keserasian, komitmen, kesepasukan, kebijaksanaan, kekuatan mental & fizikal disamping nasib. Pasukan Malaysia bilalah agaknya?