- Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. Kajian menunjukkan pelajar akan lebih memahami dan mudah ingat apa yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas.
- Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. Segera bertanya kepada guru sekiranya tidak faham dan memerlukan penjelasan lanjut.
- Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. Lazimnya nota yang diberi oleh guru adalah sumber rujukan yang penting.
- Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan atau atau web-web pendidikan.
- Memahami apa yang dibaca. kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh pelajar.
- Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. Banyak teknik mencatat nota dan gunakan mana yang lebih mudah dan menarik.
- Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
- Belajar menggunakan pelbagai media seperti komputer untuk mendapat pengetahuan dan menambahkan kefahaman tambahan.
- Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
- Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
- Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
- Meneliti dan menganalisis trend soalan-solan peperiksaan yang lalu.
- Berfikir secara kreatif, kritis dan berani memberi idea.
- Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
- Mempunya kesediaan untuk belajar.
oklah.boleh adjust
ReplyDeleteyes.you are true
DeleteBgus buat bnda mcam nie dpt didik bdak2
Delete