Sunday, January 25, 2009

GONG XI FA CHAI


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
Buat Semua Teman Berbangsa Tiong Hua

Saturday, January 24, 2009

Apabila tiba detiknya.........




Andai Ku Tahu


andai kutahu

kapan tiba ajalku

ku akan memohon

Tuhan tolong panjangkan umurku


andai kutahu

kapan tiba masaku

ku akan memohon

Tuhan jangan kau ambil nyawaku


reff:

Aku takut

akan semua dosa-dosaku

aku takut

dosa yang terus membayangiku


andai kutahu

MalaikatMu akan menjemputku

izinkan aku

mengucapkan kata tobat padaMu


ampuni aku

dari segala dosa dosaku

ampuni aku

menangisku bertobat padaMu


aku manusia

yang takut neraka

namun aku juga

tak pantas di surga

Saya tertarik dengan lagu Kiranya Ku Tahu dendangan kumpulan UNGU yang begitu popular sekarang. Mendengar lagu, melodi dan menghayati liriknya amat menyentuh perasaan. Terasa tak tertanggung beban dosa-dosa yang pernah dilakukan. Memang kita sering lalai dan alpa daripada mengingatiNya.

Catatan daripada Mimbar Jumaat

  • Umat Islam harus mengambil iktibar daripada kekejaman dan keganasan Israel terhadap saudara Islam di Palestin.
  • Pupukkan dan mantapkan budaya ukhwah sesama Islam.
  • Jadikan amal jariah sebagai amalan yang berpanjangan.
  • Sumbangan kita amat besar ertinya kerana melalui sumbangan tersebut akan tertegaknya Sekolah, Universiti, Hospital, Rumah, Pelbagai Kemudahan dan sebagainya.
  • Manfaat daripada sedekah jariah - amalan berpanjangan walaupun kita sudah meninggal dunia.
  • Hadis nabi: "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang memberi manfaat dan Doa anak yang soleh.
  • Kebaikan amalan jariah; Tanda keimanan, Merapatkan tali persaudaraan, Menghapuskan dosa, tidak memiskinkan seseorang malah menambah rezeki, Mewarisi amalan Rasul, Nabi dan orang-orang yang Soleh.
  • Perbandingannya ganjaran orang yang bersedekah seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan dari tujuh tangkai mengeluarkan seratus bijih benih daripada setiap tangkai.

Barack Obama - Presiden A.S. ke 44



Dari awal sejak kempen bagi Jawatan Presiden AS, naluri saya begitu yakin Barack Obama akan menang. Bukan kerana latar belakang kehidupannya yang digembar gembur oleh media tetapi melihat daripada penampilan dan ketrampilan beliau ketika berhadapan dengan pihak lawan ketika berhujah dalam siri kempen pemilihan Jawatan Presiden yang diadakan di seluruh AS. Saya mengikuti perkembangan pemilihan tersebut dan akan memastikan tidak mahu ketinggalan maklumat berkaitan dengannya. Secara jujurnya saya pun inginkan Obama memenangi jawatan Presiden. Tetapi kenapa ya?. Saya menarik nafas lega dan secara spontan terkeluar ucapan Alhamdulillah apabila Obama diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut. Paparan di kaca TV memperlihatkan betapa gembiranya sebilangan masyarakat di Indonesia apabila Obama diisytiharkan menang sebagai Presiden AS. Apatah lagi di Kenya tempat asal usul Obama. Mereka berarak di sepanjang jalan raya, menari seolah-olah meraikan kemenangan wakil mereka sebagai Presiden AS. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran, di antaranya;

  • Apakah yang kita harapkan sebenarnya daripada kemenangan Obama.

  • Akan berubahkan dasar dalam dan luar negara AS

  • Adakah beliau akan mengamal dasar luar yang agresif

  • Adakah beliau mempunyai sikap Michiavillian yang sentiasa bertindak atas prinsip survival of the fittest.

  • Menepati teori-teori realisme/neorealisme

  • Adakah Obama seperti Bush akan terkongkong oleh puak neoconservative

  • Tidak dapat lari atau mengelak daripada Jewish lobbyists

  • Mengekalkan AS sebagai kuasa Besar yang cuba mengawal semua negara di dunia

  • Mengekalkan AS yang dianggap sebagai Paksi kejahatan dunia

  • Dan ...... entahlah.....apa lagi ya.

Thursday, January 22, 2009

Mengelak Konflik - ( pesan seorang teman )

Di antara perkara-perkara yang perlu dibuat oleh setiap pengurus pendidikan bagi meningkatkan perhubungan manusia dan mengelakkan tercetusnya konflik ialah:

  1. Jangan sekali-kali merendahkan imej orang lain - Manusia mempunyai perasaan dan harga diri. Tiada seorang pun yang suka dirinya dipanggil "bodoh" atau "tidak "berkelayakan" atau apa-apa perkataan yang mempunyai maksud menghina dan merendah-rendahkan seseorang. Anda mungkin boleh menegur perbuatan atau perlakuan seseorang tetapi pastikan tidak menggunakan perkataan yang boleh menguris perasaan dan menjatuh maruah mereka di mata rakan sekerja lebih-lebih lagi di hadapan pelajar. Gunakan cara dan frasa-frasa yang sesuai. Sebagai contoh: "Ketidakupayaan cik gu menyiapkan kerja ini amat mendukacitakan".
  2. Jangan mengkritik orang lain di hadapan khalayak ramai - Perbuatan ini amat memalukan seseorang dan sering berlaku dalam mesyuarat oleh pihak pengurus yang autokratik dan amat rendah tahap hubungan manusianya. Kadangkala ia dilakukan oleh seorang pengurus yang mengalami tekanan emosi dan kekecewaan yang tinggi. Perasaan geram yang memuncak-muncak dilepaskan kepada orang lain.
  3. Jangan lupa menunjukkan perhatian anda sebagai pengurus kepada orang bawahan walaupun sekali-sekala - Sebagai seorang pengurus di sekolah atau di mana-mana Institusi pendidikan, anda tidak seharusnya menghabiskan masa di dalam pejabat sahaja. Tugas anda yang lebih besar ialah di luar pejabat, iaitu mengelola, merancang, menyelia, memberi kepimpinan kepada guru, staf sokongan dan murid khususnya. Oleh yang sedemikain, anda seharusnya memberi perhatian kepada mereka dari semasa ke semasa untuk meninjau masalah, memberi tunjuk ajar, khidmat nasihat dan panduan. Bertanya khabar kepada mereka dapat menjalinkan perhubungan manusia yang erat walaupun dilakukan sekali-sekala.
  4. Jangan biarkan orang menganggap pengurus pendidikan sebagai orang yang tidak mempedulikan hal kebajikan orang bawahan.- Hal kebajikan orang bawahan perlu diambil tahu oleh seseorang pengurus yang baik dan prihatin. Bertanya khabar, berkongsi perasaan (Suka dan duka) akan memberi impak yang kukuh dalam perhubungan manusia antara pengurus dan orang bawahan. Contoh membina perhubungan yang baik ini ialah seperti menziarahi kematian, menghadiri kenduri atau menghadiri keramaian, mengucapkan selamat hari jadi serta bertanyakan hal keluarga menunjukkan bahawa anda mengambil berat kebajikan ahli-ahli di dalam organisasi anda.
  5. Jangan amalkan sikap pilih kasih. - Pilih kasih akan jelas kelihatan di dalam usaha anda melakukan penyeliaan, pengagihan tugas, pemilihan calon untuk perkembangan staf/kursus, pemberian jadual waktu harian dan jadual gantian dan sebagainya. Yang paling dirasai oleh guru-guru ialah pemilihan calon penerima Anugerah cemerlang. Ia akan menampakkan kelemahan pihak pengurus dan menjadi kesalahan yang tidak boleh dimaafkan oleh segolongan besar ahli organisasi yang menjadi mangsa. Sebarang tindakan haruslah adil dan setiap orang harus dinilai atau diberi ganjaran atas kebolehan, keupayaan, kejayaan yang benar-benar dicapai dan usaha yang disumbangkan kepada organisasi.
  6. Membantu orang bawahan memajukan diri dan meningkatkan diri dalam kerjaya mereka. - Pada ketika ini pelbagai program perkembangan dan peningkatan diri dalam pendidikan atau kerjaya disediakan oleh Kementerian Pelajaran melalui Institusi Pendidikan Guru, IPTA dan IPTS. Jangan menghalang guru untuk meningkatkan kerjaya mereka kerana ini akan menjejaskan masa depan dan kenaikan pangkat seseorang itu pada masa akan datang. Sepatutnya seorang pengurus yang baik akan menggalakkan dan memberi sokongan kepada orang bawahan mereka untuk memajukan diri. Galakan tersebut pasti memberi impak dan rasa hormat terhadap pengurus sekolah kerana ia dilihat sebagai orang yang tidak mementingkan diri sendiri.
  7. Jangan mendengar khabar angin dan fitnah. - Khabar angin dan fitnah amat merbahaya dan meruntuhkan segala hubungan manusia dalam kalangan ahli-ahli organisasi. Sekiranya berlaku sesuatu masalah, sebagai pengurus pendidikan, anda seharusnya peka dan menyiasat sendiri punca masalah sebelum sesuatu keputusan dan tindakan diambil. Mempercayai apa yang orang lain cakap tidak mencukupi. Kemungkinan besar disebabkan sumber maklumat itu tidak sahih, maka keputusan dan tindakan yang anda buat juga tidak akan betul. Oleh yang demikian anda harus berhati-hati dengan khabar angin dan jauhi diri daripada fitnah.
  8. Jangan marah atau mengutuk seseorang itu di belakang atau pada orang lain. - Perkara ini sering berlaku kerana si pengurus mungkin tidak berani berdepan atau bersemuka dengan orang yang dimarahinya. Bagi mengelak konfrantasi yang terbuka, maka seseorang yang dianggap bersalah itu dikutuk dan dihina di belakangnya. Mangsa situasi tersebut sebenarnya tidak dapat membela dirinya kalau terus dikutuk tanpa kehadirannya. Hal ini harus dielak kerana tidak ada apa-apa yang dapat diselesaikan. Sekiranya berlaku masalah, orang yang dianggap bersalah harus ditemui dan dibawa berbincang dengan cara baik serta hati yang terbuka. Bagi menjamin perhubungan manusia yang baik, perbincangan harus dilaksanakan dengan tenang dan tidak mengikut emosi dan nafsu marah. Berterus terang dan mendapat maklumat yang betul serta lengkap amat penting bagi mengatasi sebarang masalah.


5 Dont's while sleeping!!


A man can go two weeks without eating. But if he doesn't rest at all, he can only survive for one week. Sleeping provides us the time to rest our internal organs, eyes and brains.
Poor sleep quality can cause internal damage to our internal organs, and brains. Therefore, sleeping is very important to us.
If you wish to have a long life and stay healthy, please take note of the advice below.

5 DON'TS when you are sleeping.

Don't Sleep With Watch.
Watchs can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

Don't Sleep With Bra
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

Don't Sleep with Phone
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.
Don't Sleep with Make Up

People who sleep with make up might have skin problems in the longrun. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Don't Sleep With Others' Wife
You may never wake up again. He he he....

Wednesday, January 21, 2009

Outside The Box



Thinking outside the box requires different attributes that include:
  • Willingness to take new perspectives to day-to-day work.
  • Openness to do different things and to do things differently.
  • Focusing on the value of finding new ideas and acting on them.
  • Striving to create value in new ways.
  • Listening to others.
  • Supporting and respecting others when they come up with new ideas.

Out of the box thinking requires an openness to new ways of seeing the world and a willingness to explore.

Out -of -the box thinkers know that new ideas need nurturing and support. They also know that having an idea is good but acting on it is more important. Result are what count.


The nine key values of Thinking Outside the Box are:

  • Accepting others as they are rather than as we would like them to be
  • Caring about others
  • Challenging preconceived ideas, assumptions, and stereotypes
  • Equality in our value and the importance of our participation
  • Laughing with others, rather than at them
  • Learning from each other and working together
  • Listening to others, as well as speaking
  • Respecting others, no matter how much we dislike the ideas they suggest
  • Sharing ideas and tips that you find effective in generating creative approaches.




Sumber: http://www.ecademy.com/

http://www.canadaone.com

Tuesday, January 20, 2009

Berfikir di luar kotak, Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz




scroll down











it's just a lamp. What did you think it was?

KLIA-East - Labu Airport

Sekali-sekala hati terusik jua untuk menulis tentang isu-isu yang bukan berkaitan dengan dunia pendidikan. Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, isu yang begitu hangat dibincangkan masa kini ialah cadangan pembinaan lapangan terbang yang baru oleh Air Asia dan Sime Darby di Labu, Negeri Sembilan.

Menariknya, isu pembinaan lapangan terbang baru ini dikaitkan dengan Sime Darby yang pernah gagal untuk mengambil alih IJN setelah mendapat tentangan daripada rakyat pelbagai lapisan. Lebih menarik lagi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sekali lagi menyuarakan pendapat yang sama, tidak bersetuju dan membantah pembinaan Lapangan terbang baru tersebut. Sama seperti bantahan terbukanya berkaitan pengambilalihan IJN untuk diswastakan oleh Sime Darby. Semalam, tampil pula Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, juga membantah pembinaan lapangan terbang tersebut. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menyatakan bahawa cadangan pembinaan lapangan terbang yang baru tersebut tidak termasuk dalam Pelan Induk Lapangan Terbang (PILT) dan isu pembinaan lapangan terbang yang baru merupakan isu nasional kerana ia melibatkan pembangunan negara. Memang ada Pro dan Kontra pembinaan lapangan terbang yang baru tersebut yang boleh direnungfikirkan bersama:

(PRO)Lapangan Terbang diperlukan dengan mengambilkira:

  • "LCCT yang ada sekarang tidak mampu menampung pendaratan kapal terbang dan jumlah penumpang Air Asia. Menurut Tony, tahun 2014 , anggaran jumlah penumpang ialah 26 juta orang dengan penambahan jumlah 77 buah kapal terbang".
  • "Lapangan terbang di Labu adalah Lapangan terbang untuk rakyat/Terminal rakyat".
  • "Pembinaan Lapangan terbang tidak menggunakan wang kerajaan/Private Funding Initiative(PFI)".
  • "LCCT yang sedia ada pun seperti Perhentian Bas Pudu Raya. Sesak dan tidak selesa".
  • "Secara tidak langsung ia membangunkan kawasan sekitar Labu. Sebuah Hub pengangkutan dan airport city yang serba lengkap dan canggih".
  • "Pembinaan lapangan terbang yang baru mampu bertindak sebagai pintu masuk ke negara kita".
  • "We need good infrastructures, conducive political climate and firm vision from entepreneur to embark in a no nonsence project of this scale".
  • "Labu would be a good choice for the location of the new airport due to its close vicinity with KLIA which could be readily connected by rail and roads".

(KONT) Nada tidak bersetuju:

  • "LCCT yang sedia ada boleh diperbesarkan. Kos pembesaran dan penambaikan LCCT yang sedia ada adalah lebih murah".
  • "Memang tidak menggunakan duit kerajaan tetapi semua pembangunan yang dibuat termasuk jaringan jalan raya , pembangunan kawasan, Penyeliaan, agensi kerajaan yang terlibat, dsbnya, akan melibatkan duit kerajaan juga".
  • "We still got spaces to upgrade our LCCT".
  • "Even KLIA seems to be underutilized".
  • "Basic problem: Air Asia and MAHB can't agree on the cost and facilities".
  • "The issue is whether we should have a new airport or not".
  • "I smell a rat".
  • "Labu airport- does not make geographic, economic and common SENSE! It can invite air disaster".
  • "Takut kapal terbang berlangggar sebab pilot confuse nak landing kat mana".
  • "Pembaziran".
  • "Menguntungkan mereka yang berkepentingan".
  • "Yang Kaya akan bertambah kaya, dan yang kayap pula akan terus kayap".
  • "We don't need another airport. I feel MAHB should be fair to Air Asia".
  • "To have a another airport is just wastage of resources and time".
  • "Say no to Labu airport".
  • "Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya".

Catatan: Dolok ada nengar ura-ura molah padang belon/epot baru Kuching di Fajar Bakti dekat Kampung Selang. Alu sik ada berita ya agik ko.

Monday, January 19, 2009

Keperluan Latihan

Di antara tanda-tanda yang menunjukkan keperluan latihan dalam sesebuah organisasi:
  • Pencapaian rendah - tidak mencapai piawai

  • Tidak boleh diharap

  • Kualiti rendah - tidak mencapai tahap piawai

  • Pembaziran tinggi

  • Prestasi yang semakin menurun

  • Mengambil masa yang lama melaksanakan sesuatu tugas

  • Mengambil masa yang lama mempelajari bagaimana melaksanakan tugas

  • Kadar penggunaan peralatan yang rendah

  • Kadar kesilapan kerja tinggi

  • Kadar pertukaran keluar yang tinggi

  • Kadar tidak hadir yang tinggi

  • Hubungan staf dan pihak atasan renggang - jurang luas

  • Kerap melambatkan kerja

  • Percanggahan kerap berlaku - konflik dalaman

  • Rungutan pelanggan tentang ketidakberkesanan staf

  • Kurang kerjasama

Di sekolah, sesi perkembangan staf merupakan salah satu program pendidikan yang penting dalam perancangan akademik tahunan. Walaupun demikian, secara ringkasnya empat perkara perlu diambilkira dalam proses melaksanakan latihan iaitu:

  1. Analisis keperluan ( Analisis organisasi, analisis tugas dan analisis individu )
  2. Menentukan objektif ( mestilah jelas dan khusus yang boleh diukur dan dinilai )
  3. Rekabentuk latihan ( dengan mengambilkira pemilihan isi kandungan dan kaedah serta pengelolaan )
  4. Penilaian ( mengukur gerak balas/reaction pelatih, Pembelajaran yang diperolehi , perubahan tingkahlaku dan penilaian hasil kerja)

Rungutan-rungutan yang sering kita dengar:

  • Tak ada masa lah...
  • Malas betul nak hadir, asyik benda yang sama je...
  • Hari sabtu dan ahad masa kita nak berehat kat rumah bersama keluarga....
  • Siapa penceramah?
  • Saya pernah mengikuti kursus yang sama.
  • Lama sangat lah. Kalau boleh singkatkan masa. Dah berumur macam ni.....
  • Asyik kat sekolah je...
  • Bagi nota pun dah memadai.
  • Penceramah yang dijemput tu lebih kurang seperti kita juga.
  • Dia orang ni buat main tangkap muat je..
  • Buat pun untuk melengkapkan syarat sebab diarah buat.
  • Tak hadir risau kena black list dan kena serahkan surat tunjuk sebab.
  • kenapa tak buat kursus ....
  • dll

Catatan: Bagi saya, anjaklah sikit paradigma tu, sebab tak rugi berada dalam majlis ilmu ke arah peningkatan profesionalime. Kita seharusnya sedar perubahan atau perkembangan yang berlaku di sekeliling kita menuntut kita agar sentiasa meng-update-kan ilmu pengetahuan. Tanggungjawab kita sebagai pekerja pasti akan berubah dan semakin kompleks selari dengan aliran zaman. Tidak dinafikan pengenalan kepada proses-proses dan kaedah baru dan juga perubahan teknologi adalah perlu dalam kita melaksanakan tugas seharian kita. Perubahan positif ASK setiap individu (Attitude, skills dan knowledge) amat diharapkan selepas satu-satu sesi latihan/perkembangan staf.

Ceko - Tinggal kenangan


  1. Sekarang riuh rendah di Ceko sudah tidak kedengaran lagi.
  2. Hiruk pikuk yang seiring dengan kehidupan harian penduduk Kuching suatu masa dahulu kini hanya tinggal kenangan.
  3. Kepada generasi akan datang, kita hanya mampu bercerita.
  4. Sejarah ke, kenangan ke, apabila keperluan pembangunan semasa, menuntut sesuatu tempat itu perlu diroboh dan ditukar wajahnya, kita hanya mampu menyimpan kenangan dalam memori dan mengimbaskannya kembali. Kita akur semuanya bukan dalam kawalan kita.
  5. Perasaan bercampur baur ketika lalu di Ceko pada suatu petang yang damai. Tinggalan bangunan kosong yang nampak usang seolah-olah mencerita hati perasaan mereka yang pernah "hidup" di situ.
  6. Teringat kisah seorang tua menangis sedih dan pilu ketika mendapat tahu ceko perlu dikosongkan dan semua aktiviti perniagaan di situ berpindah ke tempat yang baru.
  7. Saya mengerti dan cukup faham apabila keadaan tersebut menyentuh hati, perasaan dan emosinya.
  8. Semasa belajar di Sekolah Menengah dulu, selalu beli telur "penyuk masin" untuk nenek di kampung. Telur "penyuk masin" memang kegemaran arwah nenek.

  9. Teringat dengan keenakan Kopi kaw dan sate ceko. ( jauh bezanya dengan kopi di Starbuck dan di Coffee Bean )
  10. Banyak cerita dan kenangan di situ. Saya ingat di luar sana ramai lagi yang beremosi seperti saya... agaknya.

Sunday, January 18, 2009

PPSMI - Isu hangat yang belum ada kesudahannya.

Persidangan Meja Bulat telah merumuskan 7 pilihan bagi PPSMI:


  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.
  • Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di peringkat Sekolah Rendah tetapi meneruskan PPSMI di Sekolah Menengah.
  • Memulakan PPSMI dari Tahun 4 hingga Sekolah Menengah.
  • Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di Sekolah Rendah dan digunakan sepenuhnya di Sekolah Menengah.
  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan sekolah.
  • Penggunaan Bahasa melayu atau Bahasa Ibunda di Tahun 1 hingga 3, diikuti dwibahasa pada tahun 4 hingga 6 dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di Sekolah Menengah.
  • Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun 1 hingga 3, tetapi mengajar Ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Apa pendapat kita apabila timbul isu-isu seperti berikut?

  • Betulkah kita belum bersedia? Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris (Guru dan pelajar).
  • Layanan tidak setimpal kepada bahasa ibunda?
  • Tergugatkah Bahasa Melayu?
  • Benarkah kekuatan Bahasa Melayu masih diragui. (Rujukan masih memerlukan Bahasa Inggeris seperti dalam bidang undang-undang, Sains, teknologi. Perakaunan dll)
  • Cadangan memfokus kepada subjek Bahasa Inggeris. ( Aspek pemerolehan ilmu - penguasaan bahasa itu penting)
  • Adakah ia secara langsung menutup peluang BM menjadi bahasa ilmu yang berdaya saing duduk setaraf dengan bahasa lain?
  • Benarkah jurang di antara murid di bandar dan luar bandar semakin besar jurangnya
  • Wajarkah tindakan GAPENA bertindak membawa perkara tersebut ke Mahkamah?
  • Bahasa Inggeris penting lebih-lebih lagi di Universiti pun kelak mereka perlu belajar dalam Bahasa Inggeris.
  • Benarkah murid terbeban akibat pelaksanaan PPSMI? Ada tak pelajar-pelajar yang bencikan PPSMI tampil memberitahu masalah mereka.
  • Ada pendapat yang mengatakan, mereka yang mempersoalkan PPSMI terdiri daripada kalangan guru-guru yang bukan berlatar belakangkan Bahasa Inggeris, Ibu bapa dan golongan bijak pandai seperti Profesor Pendidikan Melayu.
  • Benarkah PPSMI tidak sesuai untuk peringkat sekolah rendah. Di Sekolah Rendah murid akan memamah apa saja yang kita suap. Mereka tidak tahu sistem pun.
  • Adakah suara guru-guru yang mengajar dan tahu hal sebenarnya telah diabaikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?
  • Penggunaan Bahasa Melayu untuk menidakkan perbezaan pemikiran, komunikasi dan perhubungan setiakawan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
  • Sekolah-sekolah cina membuat tuntutan mahu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda.
  • Benarkah PPSMI melanggar peruntukan perlembagaan negara (perkara 152)?

Catatan: Bahasa Ibunda? Di Sarawak terdapat 24 etnik yang mempunyai dialek tempatan yang berbeza-beza. Itu pun belum lagi mengambilkira pecahan etnik-etnik yang lebih kecil.

Saturday, January 17, 2009

Teknik Sumbangsaran - memupuk idea kreatif dalam kalangan pelajar.

Terdapat banyak kaedah dan teknik P&P yang boleh digunakan guru untuk menyampaikan pelajaran kepada anak didik mereka. Salah satu kaedah yang menarik tetapi jarang digunakan oleh guru ialah kaedah sumbangsaran atau percambahan fikiran. Kaedah ini sesuai terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa yang singkat.
Faedah dan kekuatan kaedah sumbangsaran:
  • Sumbangsaran atau percambahan fikiran adalah suatu kaedah untuk mendapatkan seberapa banyak idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang singkat.
  • Kaedah ini juga sering digunakan oleh beberapa organisasi pengurusan yang terkenal sebagai usaha untuk mencapai matlamat organisasi dalam meningkatkan kualiti dan produk mereka.
  • Semasa sesi sumbangsaran ini dijalankan, semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah.
  • Semua pelajar bebas mengeluarkan idea.
  • Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.
  • Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran.
  • Manakala pelajar akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses P& P dijalankan.
  • Bagi menjayakan proses sumbangsaran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar.
  • Tujuannya untuk mencetuskan pemikiran dan idea yang kreatif. Sekiranya ditegur, nescaya mereka enggan lagi memberikan sumbangan. Walaupun kebiasaannya, kebanyakan dalam kalangan kita suka mengkritik pandangan orang lain, tetapi dalam proses sumbangsaran ini semua peserta adalah dilarang menegur dan mengkritik idea orang lain.
  • Satu lagi keistimewaan kaedah ini, pelajar boleh menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea itu untuk melahirkan satu idea yang baru.
  • Secara tidak langsung kaedah ini dapat melahirkan pemikiran kreatif dan suatu penghasilan yang inovatif.

Lihatlah kekejaman Israel

Wilayah Gaza yang dimusnahkan oleh Israel

Mangsa kekejaman

Berapa banyak lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa?


Catatan daripada mimbar Jumaat (16 Jan 2009)
  • Jihad penuhi tanggungjawab kepada Allah.
  • Ramalan Perang Dunia ketiga bermula di Timur Tengah.
  • Gaza - Kawasan yang paling tegang dengan pencerobohan tentera Israel.
  • Perbuatan terkutuk - membunuh yang tidak berdosa dan agenda menguasai wilayah dan merampas hak.
  • Maruah Islam perlu dibela.
  • Perbandingan: umat Islam melebihi 3 bilion orang manakala Israel hanya 6 juta orang.
  • Israel mempunyai senjata yang canggih dan berdiri teguh di belakangnya ialah Paksi Keganasan Amerika Syarikat.
  • Pertempuran diantara kumpulan jihad yang bersedia syahid dan tentera Israel yang takut mati.
  • Dunia Arab seharusnya bangkit dan bersatu.
  • Doa kita agar ada pertolongan daripada Allah SWT.

Friday, January 16, 2009

Eleven Factors For Effective Schools


1. Professional leadership

  • Firm and purposeful

  • A participative approach

  • The leading professional

2. Shared visions and goals

  • Unity of purpose

  • Consistency of practice

  • Collegiality and collaboration

3. A learning environment

  • An orderly atmosphere

  • An attractive working environment

4. Concentration on teaching and learning

  • Maximization of learning time

  • Academic emphasis

  • Focus on achievement

5. Purposeful teaching

  • Efficient organization

  • Clarity of purpose

  • Structured lessons

  • Adaptive practice

6. High expectations

  • High expectations all round

  • Communicating expectations

  • Providing intellectual challenge

7. Positive reinforcement

  • Clear and fair discipline

  • Feedback

8. Monitoring progress

  • Monitoring pupil performance
  • Evaluating school performance


9. Pupil rights and responsibilities

  • Raising pupil self-esteem
  • Positions of responsibility
  • Control of work


10. Home-school partnership

  • Parental involvement in their children’s learning


11. A learning organization

  • School-based staff development



Wednesday, January 14, 2009

Kaedah Instruksional dalam P&P: Pengajaran secara lisan.



Guru yang berkesan ialah guru yang mampu membuat sesi P&P yang berkesan. Sebagai langkah bagi memastikan pengajaran mereka berkesan, guru tersebut akan mempelbagaikan pendekatan dan teknik pengajaran yang disesuaikan dengan kebolehan pelajar dan suasana persekitaran. Guru memang digalakkan mencuba pelbagai stail pengajaran yang baru, yang boleh menarik minat pelajar walaupun mereka tidak biasa dan ada kurang senang serta selesa. Dalam hal ini, terdapat beberapa kaedah instruksional yang boleh dan sering digunakan guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kaedah syarahan atau pengajaran secara lisan.
Syarahan atau pengajaran secara lisan adalah kaedah umum yang selalu digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajarannya. Kaedah ini boleh dilakukan dalam keadaan formal, dalam jangkamasa yang lama, berstruktur tinggi atau tidak formal, berbentuk ringkas, menggunakan peralatan multimedia atau menggunakan sedikit penglibatan pelajar. Guru memainkan peranan utama dalam bilik darjah dan pembekal ilmu pengetahuan serta sumber penyampai maklumat.
Kaedah pengajaran melalui syarahan atau secara lisan boleh mendatangkan kesan baik kerana:
  • Maklumat boleh disampaikan dengan cara yang cepat dan terus kepada pelajar. Sesuai digunakan terutama dalam memperkenalkan tajuk yang baru.

  • Berkesan sekiranya tujuan utama ialah untuk menyampaikan maklumat tetapi bukan untuk mengembangkan kemahiran atau nilai.

  • Keadaan ini sesuai jika pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan atau alat bantu yang digunakan tidak boleh didapati di tempat lain.

  • Sesuai digunakan walaupun tanpa persediaan yang rapi atau kemudahan yang lengkap.

Ada pendapat menyatakan kaedah syarahan dan pengajaran melalui lisan, jika terlalu kerap digunakan akan menimbulkan rasa bosan, pasif dan tidak berkesan. Bagaimanapun, kaedah ini sesuai digunakan dengan syarat guru menyampaikannya dengan cara yang menarik, dapat mencabar imaginasi pelajar dan pelajar pula dibenar berinteraksi atau bersoal jawab dengan guru.


Ada beberapa panduan dan cadangan untuk menjadikan pengajaran berbentuk syarahan dan lisan ini menjadi lebih menarik, iaitu:
  • Nada suara yang menarik, gunakan ekspresi wajah/mimik muka, bahasa badan dan pastikan percakapan guru boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar di dalam bilik darjah.
  • Galakkan pelajar mengemukakan soalan atau pendapat mereka sendiri ketika pengajaran dibuat.
  • Gunakan alat multimedia, model, kertas hand-out atau papan putih dan bahan yang bersesuaian sebagai alat bantu mengajar bagi merangsang pembelajaran pelajar.

  • Permulaan pengajaran yang menarik ialah dengan menggunakan kaedah induksi dan gaya penyampaian yang menyegarkan.

  • Mengukuhkan pengajaran dengan melakukan demonstrasi di hadapan bilik darjah, memanggil pelajar dengan nama mereka dan menyediakan nota ketika atau selepas pengajaran.

  • Hadkan masa tidak melebihi 20 minit bercakap secara berterusan dan sentiasa menyesuaikan pengajaran dengan tahap kebolehan dan minat pelajar.
  • Bergerak di seluruh kawasan bilik darjah sambil memerhatikan tingkah laku pelajar bagi memastikan bahawa mereka sedang mengikuti pengajaran guru.

Tuesday, January 13, 2009

Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan


Test-wiseness atau pandai ambil periksa merupakan salah satu faktor mengapa sesetengah pelajar itu berjaya lulus dalam peperiksaan. Seseorang itu dikatakan mahir menjawab soalan peperiksaan apabila dia tahu menggunakan ciri-ciri kertas soalan peperiksaan untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi. Kajian oleh Prof N.S.Fagley dan Prof. R.E. Sanarki mendapati kemahiran tinggi menjawab soalan peperiksaan akan mempengaruhi pencapaian markah seseorang pelajar meskipun terdapat beberapa orang pelajar mempunyai pengetahuan yang sama.

Prof J. Mulman merupakan seorang pakar psikologi yang pertama mengenalpasti prinsip-prinsip dalam kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
    1. Menggunakan masa dengan bijak atau menjaga masa yang digunakan. Katakan kertas peperiksaan tersebut diperuntukkan masa satu jam tiga puluh minit. Cuba kaji, selepas tiga puluh minit pertama, berapa banyak soalan yang telah dijawab. Sepatutnya pelajar sudah siap menjawab satu pertiga daripada jumlah semua soalan. Begitu juga, selepas satu jam, berapa banyak soalan yang sudah dijawab. Sepatutnya, pelajar sudah siap menjawab dua pertiga daripada jumlah semua soalan.
    2. Jangan buang masa cuba menjawab soalan yang tidak tahu jawapannya. Kalau tidak tahu, tandakan sahaja soalan itu. Teruskan dengan menjawab soalan-solan lain terlebih dahulu. Selepas itu, bolehlah cuba menjawab soalan-soalan yang tidak tahu jawapannya yang ditinggalkan tadi. Sekiranya memang betul-betul tidak tahu jawapannya, teka sahaja jawapannya. Jangan pula dibiarkan dan tidak dijawab.
    3. Sekiranya masih terdapat baki masa selepas semua soalan siap dijawab, baca semula semua soalan dan jawapan. Pastikan cara membuat jawapan itu betul dan menepati kehendak soalan. kalau tadi ada soalan-soalan yang pelajar tidak yakin jawapan itu betul atau sebaliknya, baca semula dan fikir semula.
    4. Jangan suka melebih-lebihkan tafsiran ke atas soalan-soalan peperiksaan. Ada pelajar yang suka menyusah-nyusahkan soalan yang mudah. Soalan itu memang mudah tetapi mereka tidak percaya. Oleh itu ,mereka tafsirkan soalan itu sebagai soalan yang susah. Jadi, mereka jawab dengan cara yang susah. Pada hal banyak soalan dalam peperiksaan memang soalan mudah.
    5. Kalau tidak faham jangan takut bertanya. jangan main agak-agak. ramai pemeriksa dengan sukacita akan memberi penerangan yang berguna apabila mereka ditanya.
* teringat istilah spot questions pada zaman persekolahan dahulu.(agaknya ini pun test-wiseness?)

Parenting - Ten Things children need most from parents


The art of parenting according to the eyes of the children was an interesting subject highlighted by Dr. Orestes Monzon, Human Life International Asia Executive Director.

It is not often that children have a say in what they expect from their parents.

Dr. Monzon said a survey conducted by Human Life International among children aged between 12 to 16 revealed some very important needs.

Children need:


  1. Parents who hug and touch them with affection.

  2. Parents who are patient.

  3. Parents who keep their promises.

  4. Parents who encourage, support and are ensuring.

  5. Parents who listen.

  6. Parents who trust them.

  7. Parents who spend time and play with them.

  8. Parents who are always around and allocate times for their kids.

  9. Parents who understand and care.

  10. Parent who love.
    Dr. Monzon said No. 10 is the most important. "Give love to your children today. Live the present moment. Don't wait. Today is the most important. You can never change the past, nor control the future. Do the best today. Give flowers when a person is still alive. Don't wait until he is dead! But don't substitute presence for presents" he said.
    Dr. Monzon has very important point for parents to ponder over. " A child is not likely to find a parent in God unless he finds God in his parents."

Monday, January 12, 2009

Believe it or not you can read the following


I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist adn lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be taotl mses and you cna sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcusese the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas tohguht slpenilg was ipmorantt.

Kenapa PPSMI? - Relevansi (Santai)


Never translate IT terms to the Malay Language
Why Dr. Mahathir insists on using English for Math and Science. Because globally people use the language as information and/or technology language at this moment. How dangerous it is if we were to use these words in Bahasa, especially in schools. See example below.
hardware = barang keras

software = barang lembut

joystick = batang gembira

plug and play = cucuk dan main

port = lubang

server = pelayan

client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH:

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client"


BAHASA:

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan"

Now you know..... How teribble is it!!!!!

A Teaching Testament

  • I am here to turn teenagers into professionals. Not just to teach and conduct coursework.
  • I am here to influence lives, not just to transmit fact and figures just to pass UPSR, PMR, SPM and STPM.
  • I am here to ask and encourage questions, not just to give answers for the homework and exams.
  • I am here to motivate student's interest in the subject, not just to cover the syllabus.
  • I am here to understand the student's learning problems, not just to evaluate their performance.
  • I am here to encourage students to take personal responsibility for their own learning not just to call for active class participation and doing of homework.
  • I am here to facilitate group discussions and synergy not just to share my knowledge, skills and experiences.
  • I am here to provided opportunities for personal reflections, deep learning and applications not just to give out handouts notes and projects assignments.
  • I am here to invite students to discover new learning experiences not just to call out names and take their attendances.
  • I am here to be a mentor, friend and guide, a role model, a coach and their cheerleader.
  • I am here because I want to touch young lives, expand their horizons, their spirits and deepen their values.
  • I do this so as to build a better society, a better world for all of us.
  • I am here because the opportunity is NOW.

Sunday, January 11, 2009

Tandas Awam - Puas hati kah kita?

Agaknya...... apa ya?

Cerita tentang tandas awam yang kotor dan penggunaan tandas tanpa etika oleh masyarakat kita bukanlah perkara baru. Malah boleh dianggap sebagai cerita yang sampai sekarang tiada penghujungnya. Perkembangan dan pembangunan negara nampaknya tidak mencerminkan budaya maju dan penuh peradaban sekiranya isu-isu tandas awam pun kita gagal menanganinya. Apakah masalah kita sebenarnya? Susah sangatkah menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya. Meskipun kita membuang bahan buangan(najis) yang kotor tetapi kita masih memerlukan tempat yang bersih untuk melepaskannya. Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mencerminkan sikap dan mentaliti segelintir masyarakat kita.
Saya percaya budaya cintakan kebersihan telah disemai sejak kecil lagi namun yang anehnya masyarakat kita masih perlu diperingatkan lagi dari semasa ke semasa. Malah jangan hairan ketika menggunakan tandas awam kita akan nampak tertampal notis mengingatkan kita agar tidak lupa mengepam air (flush) selepas menggunakan tandas tersebut. Teringat saya dalam perbualan dengan seorang teman, pernah di sebuah sekolah, pengetua dan warden asramanya membawa mangkuk tandas semasa perhimpunan untuk menunjukkan cara yang betul menggunakan tandas. Nampaknya perlu difikirkan cara yang baru untuk mendidik masyarakat kita agar menggunakan tandas dengan betul kerana adab ke tandas tidak harus dipandang ringan dan dianggap remeh.


Opp... dah genap 44 (1001)



Kad ucapan ulangtahun kelahiran daripada anak-anak.



Meskipun ada yang mengatakan 44 hanya sekadar angka, tetapi ia mengingatkan saya dengan kata-kata seorang ustaz dalam satu ceramah bahawa setiapkali kita melewati tarikh kelahiran setiap tahun bererti usia kita semakin singkat dan terhad. Seharusnya kita muhasabah diri. Terlalu kerdilnya diri ini disisiMU. Terima kasih atas ingatan dan doa kalian.

(Hari lebaran setiap tahun juga merupakan hari ulangtahun kelahiran saya)


Saturday, January 10, 2009

Cara mak kita mendidik...

Cara our mother mengajar kita .... dalam menghadapi kehidupan....

  1. My mother taught me about WISDOM....
    "Bila awak tu dah seperti emak (umur)....awak akan faham..."

  2. My mother taught me about JUSTICE....
    "Suatu hari nanti awak akan ada anak sendiri....harap-harap jangan jadi macam awak..."
  3. My mother taught me about GENETIC....
    "Awak ni sebijik macam abah awak..."
  4. My mother taught me about BEAUTY....
    "Kalau nak jadi kacak...makan sayur banyak-banyak..."
  5. My mother taught me HOW TO BECOME AN ADULT....
    "Kalau awak tak makan...macam mana nak membesar..."
  6. My mother taught me ANTICIPATION...."
    ..Buat la...awak akan rasa dan tahu...bila sampai rumah nanti..."
  7. My mother taught me about RECEIVING....
    "Tunggu sampai rumah..."
  8. My mother taught me about MEDICAL SCIENCE....
    "Kalau awak duduk atas bantal...nanti tumbuh bisul di punggung..."
  9. My mother taught me about ENVY....
    "Banyak kanak-kanak di dunia yang bernasib malang...kerana tak dapat ibu bapa macam.... Awak ada..."
  10. My mother taught me about BEHAVIOUR MODIFICATION....
    "Jangan behave like your father..."
  11. My mother taught me about the WEATHER....
    "Kenapa bilik dan katil awak ni macam kena puting beliong..."
  12. My mother taught me about LOGIC....
    "Sebab mak cakap... dan mak suruh awak..."
  13. My mother taught me about to APPRECIATE A JOB WELL DONE....
    "Kalau awak berdua nak bergaduh ke...gaduh kat luar...mak dah kemas bilik ni..."
  14. My mother taught me about IRONY....
    "Nangis lah...nangis kuat-kuat...nanti mak buat awak nangis betul-betul..."
  15. My mother taught me about CLEANLINESSS....
    "Daki di belakang tengkuk dan telinga awak tu...cucikan..."
  16. My mother taught me about HYPOCRISY....
    "Jangan nak mengada-ngada...jangan nak menokoktambah cerita..."
  17. My mother taught me about RESPONSIBILITY....
    "Lepas makan angkat pinggan sendiri...dan cuci pinggan..."
    *Sayu rasa hati apabila terkenangkan arwah emak. Sehingga kini saya masih lagi merinduinya walaupun dah masuk tahun kesepuluh arwah meninggalkan kami . Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Al Fatihah.

Friday, January 9, 2009

Untuk Kesihatan??


So....... what??

Tangisan Gaza






Catatan daripada mimbar Jumaat....
Tindakan yang boleh dilakukan oleh semua umat Islam dan mereka yang prihatin ( tak kira bangsa dan agama) terhadap nasib bangsa Palestin di Gaza.
  1. Menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin melalui tabung-tabung yang diwujudkan.
  2. Sama-sama memboikot produk, & perkhidmatan, Perbankan, Insurans, Syarikat Minyak Israel dan Amerika Syarikat.
  3. Mengesyorkan negara-negara OIC dan negara-negara Islam untuk tidak mengguna dan berurus niaga Mata wang Dollar Amerika.
  4. Memastikan kesepakatan dan kesepaduan membina perpaduan dan kerjasama serta mengelakkan perpecahan umat Islam.
  5. Bersemangat juang menentang kekejaman dan tanpa gerun mendesak agar Israel diadili sebagi penjenayah perang.

Catatan: Di antara jenama barangan yang yang dikeluarkan oleh Syarikat Yahudi.

  • Coca Cola
  • Huggies
  • River Island
  • Mc Donalds
  • Clinique
  • Disney
  • Donna Karan
  • Starbucks
  • GAP
  • Garnier
  • Perrier
  • Kotex
  • Sanex
  • Jo Malone
  • Lancome
  • Libbys
  • Tchibo
  • Loreal
  • Mark & Spenser
  • Kleenex
  • Maybelline
  • Nestle
  • Vittel
  • Revlon
  • Wonderbra

Kekejaman dan kezaliman adalah sesuatu yang amat dibenci oleh semua yang cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian, dan kita tidak seharusnya berkompromi terhadapnya. Jadi, apakah peranan kita ......

Your handphone number......

  1. Key-in the first 3 digits of your handphone number ( not the 01X number ) into the calculator.
  2. Multiply by 80
  3. Add 1
  4. Multiply by 250
  5. Plus last 4 digits of your handphone number.
  6. Plus last 4 digits ofne number
  7. Plus last 4 digits of phone number again
  8. Minus 250
  9. Finally, divide by 2.

Betul tak itu adalah nombor henfon anda...

Thursday, January 8, 2009

Pemimpin dan Kepimpinan/kepemimpinan

Seringkali kedengaran suara-suara nakal dan sumbang seperti "susahlah bos selalu tidak ada", "Bos tu bukan mahu datang walaupun dijemput". " U ingat dia faham ke apa masalah kita", "Aku buat semua ni pun kerana terpaksa"."Kalau nak jumpa pun tengok cuaca dia."
Melihat senario begini yang sering berlaku disekeliling kita, saya tertarik untuk membuat sedikit catatan ringkas berkaitan dengan kepimpinan.
Kepimpinan ialah sejenis tingkahlaku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin. Para pemimpin adalah individu-individu yang mempunyai keupayaan mendorong individu-individu lain supaya patuh dengan secara rela hati, iaitu tanpa tekanan ataupun paksaan. Bagaimana pun apabila timbulnya suara-suara seperti di atas, keadaan tersebut seolah-olah menunjukkan berlakunya ketidakserasian dan seterusnya akan merencatkan hubungan individu yang memimpin dan yang dipimpin. Menurut McGregor, terdapat empat faktor yang mempengaruhi perhubungan antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpinnya.
  1. Ciri-ciri peribadi si pemimpin.
  2. Sikap, keperluan dan ciri-ciri peribadi mereka yang dipimpin.
  3. Sifat-sifat organisasi yang dipimpinnya seperti matlamat, strukturnya, dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
  4. Persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang ada.

Menurut Mc Gregor lagi, Kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu, melainkan ia suatu perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor di atas. Ini bermakna, bukan pemimpin sahaja yang mempengaruhi sikap dan tingkahlaku orang-orang yang dipimpin, tetapi sikap dan tingkahlaku orang-orang yang dipimpin juga mempengaruhi sikap dan tingkahlaku si pemimpin. Ini kerana pemimpin wujud kerana adanya pengikut, lagipun tanpa pengikut siapakah pula yang hendak dipimpin? Harus diakui, cara seseorang itu berfikir, sikap dan tingkahlakunya mudah dipengaruhi oleh kehadiran individu-individu lain. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinannya masing-masing dan perbezaan gaya kepimpinan inilah yang memberi kesan penting kepada mereka yang dipimpin.

Salah satu soalan yang sering ditanyakan ialah; Adakah kebolehan memimpin merupakan bakat semula jadi atau kemahiran-kemahiran memimpin itu boleh dipelajari? Salah satu teori kepimpinan yang popular ialah "teori orang besar". Teori ini mengatakan para pemimpin memang dilahirkan dengan mempunyai ciri-ciri atau aura yang membezakan mereka daripada individu-individu biasa. Ertinya, para pemimpin memang sejak mereka dilahirkan sudah memiliki ciri-ciri seorang pemimpin. Dapatan kajian menjelaskan terdapat dua faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan iaitu (a) ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin dan (b) tingkahlaku dan perbuatan pemimpin.

Antara sikap dan tingkahlaku pemimpin yang sangat penting dan mampu memberi impaks positif dalam organisasi yang dipimpin oleh mereka ialah:

  1. Memberikan tanggungjawab, kuasa dan kebebasan secukupnya kepada mereka yang dipimpin supaya dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan lancar dan betul.
  2. Bersikap penuh timbang rasa kepada mereka yang dipimpin.
  3. Menetapkan arah dan hala tuju yang betul supaya semua pihak jelas ke mana matlamat yang mereka mesti tuju.
  4. Menetapkan standard mutu kerja yang tinggi. ( sekarang popular dengan istilah KPI)
  5. Selalu memberikan maklum balas akan hasil dan mutu kerja mereka yang dipimpin.
  6. Mendorong mereka yang dipimpin supaya selalu bersepakat dan bekerjasama.
  7. Memberi perangsang, ilham dan inspirasi kepada mereka yang dipimpin.
  8. Memberi dukungan emosi kepada mereka yang dalam keadaan sedih ataupun bimbang.
  9. Bersikap sebagai jurulatih (Pembimbing) yang sentiasa memberi bantuan dan dorongan.
  10. Selalu menggalakkan mereka yang dipimpin supaya yakin kepada diri sendiri.

Wednesday, January 7, 2009

Perut Boroi - Sihat ke?

"Sihat nampak", atau kedengaran sapaan, "Alhamdulillah.... kawan kita ni dah maju ke depan". Walaupun dalam nada bergurau sekiranya individu yang dalam kategori "sihat" ini tidak menghirau aspek kesihatan ia akan mengundang pelbagai penyakit dan menjejas taraf kesihatan. Hakikatnya, imej berperut buncit atau boroi amat tidak disenangi kaum lelaki, malah ia menjejaskan penampilan serta mengurangkan keyakinan diri. Untuk mengetahui anda dalam kategori berperut buncit atau dalam istilah perubatan yang dipanggil 'central obesity', anda harus melakukan ujian BMI (Indeks jisim tubuh). Bagi masyarakat di Asia, saiz ukur lilit yang ideal bagi lelaki ialah kurang daripada 90 sentimeter. Jika lebih dari itu anda tergolong mereka yang boroi.
Kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut berisiko tinggi menghidapi penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung. Selain daripada itu, mereka juga mudah mengalami penyakit seperti bengkak usus besar dan kecil, bengkak hati dan pankreas, penyakit buah pinggang, sembelit, batu karang, barah dan pelbagai lagi.
Sekiranya teman-teman di luar sana (Peringatan untuk saya juga) ada ciri-ciri ke arah geng boroi, ubahlah gaya hidup dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kurangkan makanan bergoreng dan berkalestrol tinggi. Kurangkan pemakanan yang berunsurkan kabohidrat seperti nasi putih, roti, kentang, kuih muih dan makanan berlemak.
Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah seperti:
  • Berjalan kaki
  • Berlari
  • Mendaki bukit
  • Permainan Raket
  • Berenang
  • Angkat beban

Walau bagaimanapun jangan terlalu ghairah bersenam dan aktiviti yang hendak dilakukan perlulah disesuaikan dengan kemampuan kita. Mulailah dengan aktiviti-aktiviti yang mudah dan ringan tetapi biar berterusan.

Seorang teman berbisik perlahan tetapi penuh semangat kepada saya, katanya, "satu lagi cara pok . ...... senaman atas katil." Saya tanya balik kepadanya. " Dapat u 30 minit sehari dan tiga kali seminggu senaman ya pok"?

Mutiara Kata Ibnu Qayyum - sejenak

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak/mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta Qada dan QadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu...