Sunday, January 11, 2009

Tandas Awam - Puas hati kah kita?

Agaknya...... apa ya?

Cerita tentang tandas awam yang kotor dan penggunaan tandas tanpa etika oleh masyarakat kita bukanlah perkara baru. Malah boleh dianggap sebagai cerita yang sampai sekarang tiada penghujungnya. Perkembangan dan pembangunan negara nampaknya tidak mencerminkan budaya maju dan penuh peradaban sekiranya isu-isu tandas awam pun kita gagal menanganinya. Apakah masalah kita sebenarnya? Susah sangatkah menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya. Meskipun kita membuang bahan buangan(najis) yang kotor tetapi kita masih memerlukan tempat yang bersih untuk melepaskannya. Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mencerminkan sikap dan mentaliti segelintir masyarakat kita.
Saya percaya budaya cintakan kebersihan telah disemai sejak kecil lagi namun yang anehnya masyarakat kita masih perlu diperingatkan lagi dari semasa ke semasa. Malah jangan hairan ketika menggunakan tandas awam kita akan nampak tertampal notis mengingatkan kita agar tidak lupa mengepam air (flush) selepas menggunakan tandas tersebut. Teringat saya dalam perbualan dengan seorang teman, pernah di sebuah sekolah, pengetua dan warden asramanya membawa mangkuk tandas semasa perhimpunan untuk menunjukkan cara yang betul menggunakan tandas. Nampaknya perlu difikirkan cara yang baru untuk mendidik masyarakat kita agar menggunakan tandas dengan betul kerana adab ke tandas tidak harus dipandang ringan dan dianggap remeh.


3 comments:

  1. Tandas berbayar pun masih tidak dapat memastikan tandas dalam keadaan yang betul-betul bersih dan memuaskan hati. Kompleks membeli belah pun, pihak pengurusannya masih tidak peka dengan keperluan seperti pili air dalam tandas.

    ReplyDelete
  2. teringat saya peristiwa pada 2008. Selepas membeli belah saya nak melepas. Saya bergegas ke tandas awam di pusat bandar. Setelah menghulurkan "cukai pintu" saya meluru ke bilik tersebut. Alangkah sedihnya, hajat tersebut terpaksa dibatalkan.Sayangnya tandas yang begitu mahal hilang imejnya. Apakah standard tandas awan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa? Adakah itu yang terbaik atau paling bersih yang dapat dilakukan oleh pekerja di sana? Adakah pekerja di sana dipantau? Sebagai pengguna kita sanggup bayar lebih sedikit-tapi khidmatnya berbaloi. Jangan jadi sebab nila setitik rosak susu seperiuk.

    ReplyDelete
  3. memanglah malas pekerja

    ReplyDelete