Kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut berisiko tinggi menghidapi penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung. Selain daripada itu, mereka juga mudah mengalami penyakit seperti bengkak usus besar dan kecil, bengkak hati dan pankreas, penyakit buah pinggang, sembelit, batu karang, barah dan pelbagai lagi. Sekiranya teman-teman di luar sana (Peringatan untuk saya juga) ada ciri-ciri ke arah geng boroi, ubahlah gaya hidup dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kurangkan makanan bergoreng dan berkalestrol tinggi. Kurangkan pemakanan yang berunsurkan kabohidrat seperti nasi putih, roti, kentang, kuih muih dan makanan berlemak. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah seperti:
- Berjalan kaki
- Berlari
- Mendaki bukit
- Permainan Raket
- Berenang
- Angkat beban
Walau bagaimanapun jangan terlalu ghairah bersenam dan aktiviti yang hendak dilakukan perlulah disesuaikan dengan kemampuan kita. Mulailah dengan aktiviti-aktiviti yang mudah dan ringan tetapi biar berterusan.
Seorang teman berbisik perlahan tetapi penuh semangat kepada saya, katanya, "satu lagi cara pok . ...... senaman atas katil." Saya tanya balik kepadanya. " Dapat u 30 minit sehari dan tiga kali seminggu senaman ya pok"?
No comments:
Post a Comment