Monday, January 19, 2009

Ceko - Tinggal kenangan


  1. Sekarang riuh rendah di Ceko sudah tidak kedengaran lagi.
  2. Hiruk pikuk yang seiring dengan kehidupan harian penduduk Kuching suatu masa dahulu kini hanya tinggal kenangan.
  3. Kepada generasi akan datang, kita hanya mampu bercerita.
  4. Sejarah ke, kenangan ke, apabila keperluan pembangunan semasa, menuntut sesuatu tempat itu perlu diroboh dan ditukar wajahnya, kita hanya mampu menyimpan kenangan dalam memori dan mengimbaskannya kembali. Kita akur semuanya bukan dalam kawalan kita.
  5. Perasaan bercampur baur ketika lalu di Ceko pada suatu petang yang damai. Tinggalan bangunan kosong yang nampak usang seolah-olah mencerita hati perasaan mereka yang pernah "hidup" di situ.
  6. Teringat kisah seorang tua menangis sedih dan pilu ketika mendapat tahu ceko perlu dikosongkan dan semua aktiviti perniagaan di situ berpindah ke tempat yang baru.
  7. Saya mengerti dan cukup faham apabila keadaan tersebut menyentuh hati, perasaan dan emosinya.
  8. Semasa belajar di Sekolah Menengah dulu, selalu beli telur "penyuk masin" untuk nenek di kampung. Telur "penyuk masin" memang kegemaran arwah nenek.

  9. Teringat dengan keenakan Kopi kaw dan sate ceko. ( jauh bezanya dengan kopi di Starbuck dan di Coffee Bean )
  10. Banyak cerita dan kenangan di situ. Saya ingat di luar sana ramai lagi yang beremosi seperti saya... agaknya.

3 comments:

  1. Memang Ceko banyak menyimpan kenangan silam ketika di alam persekolahan dulu. Macam-macam nostalgia yang dirakamkan dan dicipta di sana. Ingat 'date' dengan bekas 'buah hati'..he..he...

    ReplyDelete
  2. Hai, tak ada tempat lain ke nak dating. Ceko pun Ceko lah, asalkan bahagia. Itu pun sebahagian daripada kenangan terindah. Tetapi bagi masyarakat di Kuching, ia lebih daripada kenangan kerana itulah kehidupan mereka. Ceko yang akan lenyap tetap menyimpan seribu satu cerita.

    ReplyDelete
  3. Ada le kenangan atau peristiwa yang tak dapat dilupakan di situ.( Biarlah rahsia ).

    ReplyDelete