Tuesday, January 13, 2009

Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan


Test-wiseness atau pandai ambil periksa merupakan salah satu faktor mengapa sesetengah pelajar itu berjaya lulus dalam peperiksaan. Seseorang itu dikatakan mahir menjawab soalan peperiksaan apabila dia tahu menggunakan ciri-ciri kertas soalan peperiksaan untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi. Kajian oleh Prof N.S.Fagley dan Prof. R.E. Sanarki mendapati kemahiran tinggi menjawab soalan peperiksaan akan mempengaruhi pencapaian markah seseorang pelajar meskipun terdapat beberapa orang pelajar mempunyai pengetahuan yang sama.

Prof J. Mulman merupakan seorang pakar psikologi yang pertama mengenalpasti prinsip-prinsip dalam kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
    1. Menggunakan masa dengan bijak atau menjaga masa yang digunakan. Katakan kertas peperiksaan tersebut diperuntukkan masa satu jam tiga puluh minit. Cuba kaji, selepas tiga puluh minit pertama, berapa banyak soalan yang telah dijawab. Sepatutnya pelajar sudah siap menjawab satu pertiga daripada jumlah semua soalan. Begitu juga, selepas satu jam, berapa banyak soalan yang sudah dijawab. Sepatutnya, pelajar sudah siap menjawab dua pertiga daripada jumlah semua soalan.
    2. Jangan buang masa cuba menjawab soalan yang tidak tahu jawapannya. Kalau tidak tahu, tandakan sahaja soalan itu. Teruskan dengan menjawab soalan-solan lain terlebih dahulu. Selepas itu, bolehlah cuba menjawab soalan-soalan yang tidak tahu jawapannya yang ditinggalkan tadi. Sekiranya memang betul-betul tidak tahu jawapannya, teka sahaja jawapannya. Jangan pula dibiarkan dan tidak dijawab.
    3. Sekiranya masih terdapat baki masa selepas semua soalan siap dijawab, baca semula semua soalan dan jawapan. Pastikan cara membuat jawapan itu betul dan menepati kehendak soalan. kalau tadi ada soalan-soalan yang pelajar tidak yakin jawapan itu betul atau sebaliknya, baca semula dan fikir semula.
    4. Jangan suka melebih-lebihkan tafsiran ke atas soalan-soalan peperiksaan. Ada pelajar yang suka menyusah-nyusahkan soalan yang mudah. Soalan itu memang mudah tetapi mereka tidak percaya. Oleh itu ,mereka tafsirkan soalan itu sebagai soalan yang susah. Jadi, mereka jawab dengan cara yang susah. Pada hal banyak soalan dalam peperiksaan memang soalan mudah.
    5. Kalau tidak faham jangan takut bertanya. jangan main agak-agak. ramai pemeriksa dengan sukacita akan memberi penerangan yang berguna apabila mereka ditanya.
* teringat istilah spot questions pada zaman persekolahan dahulu.(agaknya ini pun test-wiseness?)

2 comments:

  1. mintak maaf tapi rasa berserabut bila dengar muzik yg mengiringi blog ini..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas teguran. selepas ini tidak ada lagi untuk halwa telinga tersebut.

    ReplyDelete