Tuesday, January 20, 2009

KLIA-East - Labu Airport

Sekali-sekala hati terusik jua untuk menulis tentang isu-isu yang bukan berkaitan dengan dunia pendidikan. Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, isu yang begitu hangat dibincangkan masa kini ialah cadangan pembinaan lapangan terbang yang baru oleh Air Asia dan Sime Darby di Labu, Negeri Sembilan.

Menariknya, isu pembinaan lapangan terbang baru ini dikaitkan dengan Sime Darby yang pernah gagal untuk mengambil alih IJN setelah mendapat tentangan daripada rakyat pelbagai lapisan. Lebih menarik lagi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sekali lagi menyuarakan pendapat yang sama, tidak bersetuju dan membantah pembinaan Lapangan terbang baru tersebut. Sama seperti bantahan terbukanya berkaitan pengambilalihan IJN untuk diswastakan oleh Sime Darby. Semalam, tampil pula Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, juga membantah pembinaan lapangan terbang tersebut. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menyatakan bahawa cadangan pembinaan lapangan terbang yang baru tersebut tidak termasuk dalam Pelan Induk Lapangan Terbang (PILT) dan isu pembinaan lapangan terbang yang baru merupakan isu nasional kerana ia melibatkan pembangunan negara. Memang ada Pro dan Kontra pembinaan lapangan terbang yang baru tersebut yang boleh direnungfikirkan bersama:

(PRO)Lapangan Terbang diperlukan dengan mengambilkira:

  • "LCCT yang ada sekarang tidak mampu menampung pendaratan kapal terbang dan jumlah penumpang Air Asia. Menurut Tony, tahun 2014 , anggaran jumlah penumpang ialah 26 juta orang dengan penambahan jumlah 77 buah kapal terbang".
  • "Lapangan terbang di Labu adalah Lapangan terbang untuk rakyat/Terminal rakyat".
  • "Pembinaan Lapangan terbang tidak menggunakan wang kerajaan/Private Funding Initiative(PFI)".
  • "LCCT yang sedia ada pun seperti Perhentian Bas Pudu Raya. Sesak dan tidak selesa".
  • "Secara tidak langsung ia membangunkan kawasan sekitar Labu. Sebuah Hub pengangkutan dan airport city yang serba lengkap dan canggih".
  • "Pembinaan lapangan terbang yang baru mampu bertindak sebagai pintu masuk ke negara kita".
  • "We need good infrastructures, conducive political climate and firm vision from entepreneur to embark in a no nonsence project of this scale".
  • "Labu would be a good choice for the location of the new airport due to its close vicinity with KLIA which could be readily connected by rail and roads".

(KONT) Nada tidak bersetuju:

  • "LCCT yang sedia ada boleh diperbesarkan. Kos pembesaran dan penambaikan LCCT yang sedia ada adalah lebih murah".
  • "Memang tidak menggunakan duit kerajaan tetapi semua pembangunan yang dibuat termasuk jaringan jalan raya , pembangunan kawasan, Penyeliaan, agensi kerajaan yang terlibat, dsbnya, akan melibatkan duit kerajaan juga".
  • "We still got spaces to upgrade our LCCT".
  • "Even KLIA seems to be underutilized".
  • "Basic problem: Air Asia and MAHB can't agree on the cost and facilities".
  • "The issue is whether we should have a new airport or not".
  • "I smell a rat".
  • "Labu airport- does not make geographic, economic and common SENSE! It can invite air disaster".
  • "Takut kapal terbang berlangggar sebab pilot confuse nak landing kat mana".
  • "Pembaziran".
  • "Menguntungkan mereka yang berkepentingan".
  • "Yang Kaya akan bertambah kaya, dan yang kayap pula akan terus kayap".
  • "We don't need another airport. I feel MAHB should be fair to Air Asia".
  • "To have a another airport is just wastage of resources and time".
  • "Say no to Labu airport".
  • "Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya".

Catatan: Dolok ada nengar ura-ura molah padang belon/epot baru Kuching di Fajar Bakti dekat Kampung Selang. Alu sik ada berita ya agik ko.

2 comments:

  1. Berfikir secara positif. Masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri.
    (Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 216 di atas 2 )

    ReplyDelete
  2. Kita sering disajikan dengan momokan cerita atau maklumat yang negatif dan tidak baik. Apa-apa maklumat yang kita peroleh melalui apa jua sumber perlu disaring dan dinilai dengan bijaksana.

    ReplyDelete