Monday, January 5, 2009

Peranan ibu bapa

Hati ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan anak-anak, terdapat beberapa perkara asas yang perlu kita titik beratkan bagi memastikan kejayaan anak-anak. Di sini dinyatakan pendapat beberapa orang ibu bapa yang anak mereka cemerlang dalam pelajaran yang boleh kita kongsikan bersama:
  • Terapkan nilai murni dalam keluarga agar anak-anak dapat pengukuhan mental, fizikal dan spiritual (rohani). Keseimbangan dalam pertumbuhan diri anak-anak adalah amat penting.
  • Sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak dan jangan biarkan mereka berlapar.
  • Jangan memarahi anak-anak dengan kata-kata yang tidak elok seperti bodoh, lembab, paloi, tuyuk,tambab, belik dan sebagainya tapi gantikan dengan kata-kata yang memotivasikan mereka seperti anak bertuah, belum pandai, belum tahu, belum dapat lagi dan belum rajin.
  • Jangan memukul anak-anak dengan penuh rasa marah, sakit hati atau benci di kepala, muka dan badan anak-anak. Anak-anak akan menyimpan rasa dendam dan benci kepada ibu bapa.
  • Berdoalah untuk anak-anak kerana doa restu ibu bapa adalah penting bagi kesempurnaan kejayaan anak-anak.

*Teringat dengan anak saudara yang suka makan telur kerana katanya "cik gu madah telur bagus untuk otak. Jangan sekali-kali makan palak ikan," tambahnya lagi. Tahniah kerana dapat 5A dalam UPSR tahun lepas.

2 comments:

  1. Tahniah saudara Kandot65,
    Semoga idea dan kongsi maklum dapat menjadi panduan untuk ibu bapa mendidik anak menjadi anak cemerlang.
    * Teringat zaman persekolahan dahulu selalu dicubit oleh ibu sehingga lebam di peha kerana balik lewat disebabkan bertugas di perpustakaan sekolah.Terfikir di hati apakah kesalahan saya sehingga dicubit sedemikian rupa???...

    ..HOT66..

    ReplyDelete
  2. Cubit kerana sayanglah tu. Agaknya terlalu sayang dan rindu kerana seorang ibu sentiasa inginkan anaknya sentiasa di "mata".

    ReplyDelete