Sunday, January 4, 2009

Yuran dan sesi persekolahan 2009

Esok bermula sesi persekolahan bagi semua sekolah di Sarawak. Kebanyakan sekolah telahpun mengadakan hari pendaftaran untuk memudahkan pengurusan murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Sebelum ini Kementerian Pelajaran memaklumkan tentang peruntukan tambahan berjumlah RM36.7 juta bagi menampung pemansuhan yuran khas sekolah rendah dan menengah. Disamping itu Kementerian Pelajaran juga telah mengarahkan agar pengutipan yuran PIBG ditangguhkan sehingga pertengahan tahun ini selepas mesyuarat PIBG. Realitinya, bagi saya tidak ada pemansuhan yuran seperti yang di war-warkan oleh pihak kementerian Pelajaran memandangkan pemansuhan hanya bagi yuran khas RM9.00 bagi murid sekolah menengah dan RM4.50 bagi murid sekolah rendah. Sesetengah sekolah masih lagi menuntut bayaran yuran sama ada dalam bentuk pakej A, Pakej B dan Pakej C. Kebanyakan sekolah menawarkan bayaran bagi pakej C yang merupakan pakej yang paling minima iaitu RM45.50. Tidak dinafikan ramai ibu bapa yang merasa terbeban dengan jumlah bayaran apabila tiba musim persekolahan. Bayangkan sekiranya ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Itu pun belum mengambilkira jumlah yang perlu dibayar kepada koperasi dan yuran PIBG mengikut keperluan semasa bagi setiap murid. Pengalaman lepas memperlihatkan ramai ibu bapa yang merungut walaupun begitu cantik pengumuman kerajaan tentang yuran. Hakikatnya ia hanya "mengasa" kan hati sahaja. Yuran yang membebankan masih perlu dibayar oleh ibu bapa.

4 comments:

  1. Dah nasib! Gerak gempur pemansuhan yuran, RM4.50 & RM9.00, hanya retorik untuk telinga sahaja. Hakikatnya ... masing-masing ada menerima libasannya. Moga bebanan ini tidak mematahkan semangat kita untuk menghantar anak ke sekolah. Bak kata orang lain dahulu lain sekarang bah. Nampak gayanya kenalah kita berhati waja!

    ReplyDelete
  2. Di Kuching banyak sekolah hanya mengutip bayaran RM1.50 untuk skim insurans kelompok takaful saja. Ada arahan penangguhan kutipan yuran buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman persekolahan dahulu tidak ada bantuan seperti hari ini, tetapi ibu bapa masih mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah walaupun bilangan anak ramai. Memang betul masa dulu berbeza daripada masa sekarang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Yang penting kita perlu berusaha bukan hanya mengharapkan bantuan semata-mata.

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang nak ke tandaspun perlu ada duit

    ReplyDelete