"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Friday, January 2, 2009
Agaknya ada rahsia dalam rahsia
Kisah cinta pasangan Wook Kundur (106 tahun) dan Mohd. Noor (37 tahun) yang tinggal di Kuala Berang, Terengganu,begitu menarik diperkatakan dan bukti kecintaan yang luhur. Perbezaan usia diantara keduanya tidak menghalang pasangan tersebut melayari bahtera rumahtangga seperti pasangan suami-isteri yang lain. Sehingga kini Wook dan Mohd. Noor telah menjalani kehidupan berumahtangga selama 3 tahun. Walaupun jarak usia mereka seperti seorang nenek dengan cucu, mereka masih dapat mengekal keintiman dan nyata bahagia. Dua perkara yang menurut Wook yang menjadi rahsia untuk mengekalkan hubungan kedua suami-isteri tersebut ialah pertama; "Layan makan, minum dan pakaian suami". Kedua pula; "Layan tempat tidurnya.Yang ini tak payah cakap dalam-dalam. Faham-fahamlah sendiri apa maksudnya." tambah Wook. Bagi saya Wook memang seorang wanita yang cukup hebat walaupun dah berusia 106 tahun dan saya masih tertanya-tanya mungkinkah ada rahsia lain yang masih belum terungkai dan hanya Wook sendiri yang tahu. Satu lagi, memang cinta tidak mengenal siapa dan usia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tanda Kekuasaan Allah, setiap manusia dianugerah perasaan yang berbeza cita rasa dan keinginan serta pandangan. Setiap manusia ada keistimewaanya.Bersyukurlah kita dicipta sebagai manusia yang sempurna.
ReplyDeleteAntara kunci kebahagiaan ialah apabila kita melakukan sesuatu dengan IKHLAS...KEIKHLASAN membentuk diri kita untuk melakukan sesuatu dengan baik.
ReplyDeleteMemang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Keikhlasan adalah dari hati dan tak perlu diucapkan.
ReplyDeleteCinta tidak mengenal usia, bangsa atau agama. Love with all your heart and you will be love in return.
ReplyDeleteCinta mampu menguasai semua perkara kecuali kemiskinan dan kesakitan gigi.
ReplyDeleteCinta tidak membuatkan dunia ini berputar. Cinta membuatkan kehidupan di dunia ini berharga.Dan hati yang dilamun cinta sentiasa muda...
Adakah dia dicintai kerana matanya yang cantik, ataupun adakah matanya cantik kerana dia dicintai?
Alangkah bahagianya jika diri kita dicintai oleh seseorang tanpa syarat.. Dia menerima diri kita seadanya.
ReplyDeletetest..
ReplyDeleteTanamlah dirimu dlm tnh kerendahan, sbb tiap sesuatu yg tumbuh, tetapi tdak dtanam, maka tdak sempurna hasil buahnya..
ReplyDelete