Pencapaian rendah - tidak mencapai piawai
Tidak boleh diharap
Kualiti rendah - tidak mencapai tahap piawai
Pembaziran tinggi
Prestasi yang semakin menurun
Mengambil masa yang lama melaksanakan sesuatu tugas
Mengambil masa yang lama mempelajari bagaimana melaksanakan tugas
Kadar penggunaan peralatan yang rendah
Kadar kesilapan kerja tinggi
Kadar pertukaran keluar yang tinggi
Kadar tidak hadir yang tinggi
Hubungan staf dan pihak atasan renggang - jurang luas
Kerap melambatkan kerja
Percanggahan kerap berlaku - konflik dalaman
Rungutan pelanggan tentang ketidakberkesanan staf
Kurang kerjasama
Di sekolah, sesi perkembangan staf merupakan salah satu program pendidikan yang penting dalam perancangan akademik tahunan. Walaupun demikian, secara ringkasnya empat perkara perlu diambilkira dalam proses melaksanakan latihan iaitu:
- Analisis keperluan ( Analisis organisasi, analisis tugas dan analisis individu )
- Menentukan objektif ( mestilah jelas dan khusus yang boleh diukur dan dinilai )
- Rekabentuk latihan ( dengan mengambilkira pemilihan isi kandungan dan kaedah serta pengelolaan )
- Penilaian ( mengukur gerak balas/reaction pelatih, Pembelajaran yang diperolehi , perubahan tingkahlaku dan penilaian hasil kerja)
Rungutan-rungutan yang sering kita dengar:
- Tak ada masa lah...
- Malas betul nak hadir, asyik benda yang sama je...
- Hari sabtu dan ahad masa kita nak berehat kat rumah bersama keluarga....
- Siapa penceramah?
- Saya pernah mengikuti kursus yang sama.
- Lama sangat lah. Kalau boleh singkatkan masa. Dah berumur macam ni.....
- Asyik kat sekolah je...
- Bagi nota pun dah memadai.
- Penceramah yang dijemput tu lebih kurang seperti kita juga.
- Dia orang ni buat main tangkap muat je..
- Buat pun untuk melengkapkan syarat sebab diarah buat.
- Tak hadir risau kena black list dan kena serahkan surat tunjuk sebab.
- kenapa tak buat kursus ....
- dll
Catatan: Bagi saya, anjaklah sikit paradigma tu, sebab tak rugi berada dalam majlis ilmu ke arah peningkatan profesionalime. Kita seharusnya sedar perubahan atau perkembangan yang berlaku di sekeliling kita menuntut kita agar sentiasa meng-update-kan ilmu pengetahuan. Tanggungjawab kita sebagai pekerja pasti akan berubah dan semakin kompleks selari dengan aliran zaman. Tidak dinafikan pengenalan kepada proses-proses dan kaedah baru dan juga perubahan teknologi adalah perlu dalam kita melaksanakan tugas seharian kita. Perubahan positif ASK setiap individu (Attitude, skills dan knowledge) amat diharapkan selepas satu-satu sesi latihan/perkembangan staf.
Muhasabah diri ( Cari kekuatan dan kelemahan diri ). Kita perlu belajar sepanjang hidup, apatah lagi dengan perubahan yang begitu pantas menuntut kita menambahkan ilmu dan kemahiran. Tanpa ilmu dan kemahiran yang mencukupi, sukar bagi guru untuk mnenyampaikan maklumat kepada pelajar terutama pelajar zaman ini yang menerima pelbagai pendedahan dari dunia luar.
ReplyDelete.... kena adakan refleksi kendiri. Hakikatnya berapa orang ajak nak ambil tahu. .... arum bulak, baru nak duduk dalam bilik, macam-macam hal & aduan dah dilemparkan @ dibisikkan antara satu sama lain. ...inilah tabiat orang bergelar manusia. susah nak diembak berunding!!!
ReplyDeletesyabas 'gu atas perkongsian ini. mun sik jangkit blog ktak, sik mungkin blog kamek wujud. terima kasih atas inspirasi yang diberikan.
... salam dari Mukah