"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Thursday, January 1, 2009
Pemakaian Tali Pinggang keledar - sekadar pandangan
Tarikh 1 januari 2009 merupakan tarikh penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Pada hari ini sahaja, ramai penumpang kereta telah disaman oleh pihak JPJ. Bagi kesalahan pertama, saman akan dikenakan sebanyak RM300.00 dan mulai bulan Julai yang akan datang, jumlah saman akan dinaikkan sebanyak RM2,000.00 atau penjara selama 1 tahun bagi kesalahan yang sama. Sebenarnya banyak pihak membantah peraturan yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Sesetengahnya berpendapat ia satu tindakan yang kurang wajar dan terburu-buru. Persoalannya, adakah kajian tentang pemakaian tali pinggang ini mampu mengatasi masalah kemalangan jalan raya. Penguatkuasaan yang dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pula nampaknya tidak menyeluruh dan terdapat beberapa jenis kenderaan pula dikecualikan. Terbayang di mata saya bagaimana 4 orang anak berkongsi 2 tali pinggang keledar yang terdapat dalam sesebuah kereta. Statistik menunjukkan bas dan motosikal adalah penyumbang utama kematian akibat kemalangan jalan raya. Apa yang penting pengguna jalan raya perlu dididik agar lebih berhemah dan bertimbangrasa di jalan raya. Pihak JKJR seharusnya menilai semula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar dengan mengambilkira julat pendapatan rakyat, jenis kereta, jumlah isi rumah, dan faktor-faktor yang lain yang berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya bimbang kepada mereka yang menumpang di belakang Pick up di kawasan perkampungan.
ReplyDeletematang manja
Memang betul. Pick up, Hilux, Lori dan Van sapu merupakan pengangkutan utama di kawasan pedalaman.
ReplyDeletePihak berkaitan perlu mencari jalan,program atau usaha bagaimana untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjwab.
ReplyDelete