- Umat Islam harus mengambil iktibar daripada kekejaman dan keganasan Israel terhadap saudara Islam di Palestin.
- Pupukkan dan mantapkan budaya ukhwah sesama Islam.
- Jadikan amal jariah sebagai amalan yang berpanjangan.
- Sumbangan kita amat besar ertinya kerana melalui sumbangan tersebut akan tertegaknya Sekolah, Universiti, Hospital, Rumah, Pelbagai Kemudahan dan sebagainya.
- Manfaat daripada sedekah jariah - amalan berpanjangan walaupun kita sudah meninggal dunia.
- Hadis nabi: "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah Jariah, Ilmu yang memberi manfaat dan Doa anak yang soleh.
- Kebaikan amalan jariah; Tanda keimanan, Merapatkan tali persaudaraan, Menghapuskan dosa, tidak memiskinkan seseorang malah menambah rezeki, Mewarisi amalan Rasul, Nabi dan orang-orang yang Soleh.
- Perbandingannya ganjaran orang yang bersedekah seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai dan dari tujuh tangkai mengeluarkan seratus bijih benih daripada setiap tangkai.
No comments:
Post a Comment