Wednesday, January 14, 2009

Kaedah Instruksional dalam P&P: Pengajaran secara lisan.



Guru yang berkesan ialah guru yang mampu membuat sesi P&P yang berkesan. Sebagai langkah bagi memastikan pengajaran mereka berkesan, guru tersebut akan mempelbagaikan pendekatan dan teknik pengajaran yang disesuaikan dengan kebolehan pelajar dan suasana persekitaran. Guru memang digalakkan mencuba pelbagai stail pengajaran yang baru, yang boleh menarik minat pelajar walaupun mereka tidak biasa dan ada kurang senang serta selesa. Dalam hal ini, terdapat beberapa kaedah instruksional yang boleh dan sering digunakan guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kaedah syarahan atau pengajaran secara lisan.
Syarahan atau pengajaran secara lisan adalah kaedah umum yang selalu digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajarannya. Kaedah ini boleh dilakukan dalam keadaan formal, dalam jangkamasa yang lama, berstruktur tinggi atau tidak formal, berbentuk ringkas, menggunakan peralatan multimedia atau menggunakan sedikit penglibatan pelajar. Guru memainkan peranan utama dalam bilik darjah dan pembekal ilmu pengetahuan serta sumber penyampai maklumat.
Kaedah pengajaran melalui syarahan atau secara lisan boleh mendatangkan kesan baik kerana:
  • Maklumat boleh disampaikan dengan cara yang cepat dan terus kepada pelajar. Sesuai digunakan terutama dalam memperkenalkan tajuk yang baru.

  • Berkesan sekiranya tujuan utama ialah untuk menyampaikan maklumat tetapi bukan untuk mengembangkan kemahiran atau nilai.

  • Keadaan ini sesuai jika pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan atau alat bantu yang digunakan tidak boleh didapati di tempat lain.

  • Sesuai digunakan walaupun tanpa persediaan yang rapi atau kemudahan yang lengkap.

Ada pendapat menyatakan kaedah syarahan dan pengajaran melalui lisan, jika terlalu kerap digunakan akan menimbulkan rasa bosan, pasif dan tidak berkesan. Bagaimanapun, kaedah ini sesuai digunakan dengan syarat guru menyampaikannya dengan cara yang menarik, dapat mencabar imaginasi pelajar dan pelajar pula dibenar berinteraksi atau bersoal jawab dengan guru.


Ada beberapa panduan dan cadangan untuk menjadikan pengajaran berbentuk syarahan dan lisan ini menjadi lebih menarik, iaitu:
  • Nada suara yang menarik, gunakan ekspresi wajah/mimik muka, bahasa badan dan pastikan percakapan guru boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar di dalam bilik darjah.
  • Galakkan pelajar mengemukakan soalan atau pendapat mereka sendiri ketika pengajaran dibuat.
  • Gunakan alat multimedia, model, kertas hand-out atau papan putih dan bahan yang bersesuaian sebagai alat bantu mengajar bagi merangsang pembelajaran pelajar.

  • Permulaan pengajaran yang menarik ialah dengan menggunakan kaedah induksi dan gaya penyampaian yang menyegarkan.

  • Mengukuhkan pengajaran dengan melakukan demonstrasi di hadapan bilik darjah, memanggil pelajar dengan nama mereka dan menyediakan nota ketika atau selepas pengajaran.

  • Hadkan masa tidak melebihi 20 minit bercakap secara berterusan dan sentiasa menyesuaikan pengajaran dengan tahap kebolehan dan minat pelajar.
  • Bergerak di seluruh kawasan bilik darjah sambil memerhatikan tingkah laku pelajar bagi memastikan bahawa mereka sedang mengikuti pengajaran guru.

5 comments:

  1. Chalk and talk pun salah satu metodologi dalam P & P. La ni ada yang dah tukar kepada White board and white board marker pen. Sepatutnya guru yang dibekalkan dengan komputer riba dan pelbagai bahan bantu mengajar seperti cd mengoptimumkan penggunaannya. Ada yang mula-mula dulu bukan main semangat, ke mana-mana pun dengan komputer riba tapi kemudiannya berubah seperti tidak bermaya. Guru yang tak dapat komputer riba dok tengok je le...

    ReplyDelete
  2. Sesekali cipta tajuk yang diajar dalam bentuk lagu dan nyanyikan didepan murid. Pasti murid akan tertarik dan seronok belajar.Let's try...

    Guru mengajar, pelajar belajar, guru belajar.

    ReplyDelete
  3. Kreativiti guru akan dapat mencungkil potensi dan bakat besar pelajar.Guru boleh bertindak sebagai fasilitator tetapi kita kena juga melihat latar belakang pelajar dan tahap pelajaran mereka. Salah satu teori yang boleh kita aplikasikan dalam sesi P & P ialah Teori pengukuhan atau reinforcement theory. Saya bercadang untuk membuat catatan berkaitan dengan teori ini nanti sebagai panduan dan "Re-ingat" semula.

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Satu usaha yang baik sebagai panduan kepada para guru terutama guru novis.

    ReplyDelete
  5. bosan lar dengar cikgu duk bersyarah..sampai tertido dibuatnye..hihi..emm bg pendapat sy, teknik nie da kurang sesuai dengan alam persekolahan sekarang.

    ReplyDelete