Cakpung... cakpung.
keris melayu lekuk sembilan
disisip di pinggang laksamana lelaki
selamat menyambut tahun 2009
dipanjangkan usia dimurahkan rezeki
cakpung.. .cakpung..
buana melayu tak pernah hilang
di jagat raya utuhnya tulin
2009 kejayaan lebih gemilang
ukhwah persahabatan kejat terjalin
cakpung... cakpung..
begitulah cerita melayu kita
kasih di mata kasih di hati
dihindari segala mala petaka
famili bahagia Allah rahmati
cakpung.. cakpung..
selamat tahun baru 2009 hambo ucapkan.
Mengapa masih ada yang mengadakan pesta seks untuk sambut tahun baru..Apakah jadahnya ( pinjam kata2 bekas Pengacara NTV7)
ReplyDeleteBanyak faktor yang mempengaruhinya. Salah satu daripadanya ialah kerana ada "ruang" untuk menganjur dan melibatkan diri. Setiap tahun perkara yang sama tetap berulang lagi. Kenapalah tidak mahu belajar daripada pengalaman yang lalu. Meminjam kata-kata seorang teman, "bodo yang lamak belum abis, dah nak nambah bodo yang baru".
ReplyDelete