Sunday, January 18, 2009

PPSMI - Isu hangat yang belum ada kesudahannya.

Persidangan Meja Bulat telah merumuskan 7 pilihan bagi PPSMI:


  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.
  • Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di peringkat Sekolah Rendah tetapi meneruskan PPSMI di Sekolah Menengah.
  • Memulakan PPSMI dari Tahun 4 hingga Sekolah Menengah.
  • Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Ibunda di Sekolah Rendah dan digunakan sepenuhnya di Sekolah Menengah.
  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan sekolah.
  • Penggunaan Bahasa melayu atau Bahasa Ibunda di Tahun 1 hingga 3, diikuti dwibahasa pada tahun 4 hingga 6 dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di Sekolah Menengah.
  • Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun 1 hingga 3, tetapi mengajar Ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Apa pendapat kita apabila timbul isu-isu seperti berikut?

  • Betulkah kita belum bersedia? Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris (Guru dan pelajar).
  • Layanan tidak setimpal kepada bahasa ibunda?
  • Tergugatkah Bahasa Melayu?
  • Benarkah kekuatan Bahasa Melayu masih diragui. (Rujukan masih memerlukan Bahasa Inggeris seperti dalam bidang undang-undang, Sains, teknologi. Perakaunan dll)
  • Cadangan memfokus kepada subjek Bahasa Inggeris. ( Aspek pemerolehan ilmu - penguasaan bahasa itu penting)
  • Adakah ia secara langsung menutup peluang BM menjadi bahasa ilmu yang berdaya saing duduk setaraf dengan bahasa lain?
  • Benarkah jurang di antara murid di bandar dan luar bandar semakin besar jurangnya
  • Wajarkah tindakan GAPENA bertindak membawa perkara tersebut ke Mahkamah?
  • Bahasa Inggeris penting lebih-lebih lagi di Universiti pun kelak mereka perlu belajar dalam Bahasa Inggeris.
  • Benarkah murid terbeban akibat pelaksanaan PPSMI? Ada tak pelajar-pelajar yang bencikan PPSMI tampil memberitahu masalah mereka.
  • Ada pendapat yang mengatakan, mereka yang mempersoalkan PPSMI terdiri daripada kalangan guru-guru yang bukan berlatar belakangkan Bahasa Inggeris, Ibu bapa dan golongan bijak pandai seperti Profesor Pendidikan Melayu.
  • Benarkah PPSMI tidak sesuai untuk peringkat sekolah rendah. Di Sekolah Rendah murid akan memamah apa saja yang kita suap. Mereka tidak tahu sistem pun.
  • Adakah suara guru-guru yang mengajar dan tahu hal sebenarnya telah diabaikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?
  • Penggunaan Bahasa Melayu untuk menidakkan perbezaan pemikiran, komunikasi dan perhubungan setiakawan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
  • Sekolah-sekolah cina membuat tuntutan mahu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda.
  • Benarkah PPSMI melanggar peruntukan perlembagaan negara (perkara 152)?

Catatan: Bahasa Ibunda? Di Sarawak terdapat 24 etnik yang mempunyai dialek tempatan yang berbeza-beza. Itu pun belum lagi mengambilkira pecahan etnik-etnik yang lebih kecil.

3 comments:

  1. Guru yang mengajar Bahasa Inggeris perlu memantapkan lagi teknik dan kaedah P & P agar murid dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Di samping itu, "Buddy Support Systems " di sekolah perlu dimantapkan lagi. Saya yakin seandai murid didedahkan dengan teknik dan kaedah pengajaran berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris, isu-isu dalam PPSMI dapat dikurangkan,
    'Selalu bercakap Bahasa Inggeris di depan cermin seorang diri'

    ReplyDelete
  2. Dedahkan pelajar dengan teknik dan kaedah yang berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  3. Tip Osman Affan {7 Petua Pandai Bahasa Inggeris }:-
    1. Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang
    lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri
    anda.
    2. Kuasai perbendaharaan kata.
    3. Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
    4. Fikir dalam Bahasa Inggeris.
    5. Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
    6. Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan
    yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
    7. Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk
    kegunaan harian.

    ReplyDelete