Saturday, January 24, 2009

Barack Obama - Presiden A.S. ke 44



Dari awal sejak kempen bagi Jawatan Presiden AS, naluri saya begitu yakin Barack Obama akan menang. Bukan kerana latar belakang kehidupannya yang digembar gembur oleh media tetapi melihat daripada penampilan dan ketrampilan beliau ketika berhadapan dengan pihak lawan ketika berhujah dalam siri kempen pemilihan Jawatan Presiden yang diadakan di seluruh AS. Saya mengikuti perkembangan pemilihan tersebut dan akan memastikan tidak mahu ketinggalan maklumat berkaitan dengannya. Secara jujurnya saya pun inginkan Obama memenangi jawatan Presiden. Tetapi kenapa ya?. Saya menarik nafas lega dan secara spontan terkeluar ucapan Alhamdulillah apabila Obama diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut. Paparan di kaca TV memperlihatkan betapa gembiranya sebilangan masyarakat di Indonesia apabila Obama diisytiharkan menang sebagai Presiden AS. Apatah lagi di Kenya tempat asal usul Obama. Mereka berarak di sepanjang jalan raya, menari seolah-olah meraikan kemenangan wakil mereka sebagai Presiden AS. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran, di antaranya;

  • Apakah yang kita harapkan sebenarnya daripada kemenangan Obama.

  • Akan berubahkan dasar dalam dan luar negara AS

  • Adakah beliau akan mengamal dasar luar yang agresif

  • Adakah beliau mempunyai sikap Michiavillian yang sentiasa bertindak atas prinsip survival of the fittest.

  • Menepati teori-teori realisme/neorealisme

  • Adakah Obama seperti Bush akan terkongkong oleh puak neoconservative

  • Tidak dapat lari atau mengelak daripada Jewish lobbyists

  • Mengekalkan AS sebagai kuasa Besar yang cuba mengawal semua negara di dunia

  • Mengekalkan AS yang dianggap sebagai Paksi kejahatan dunia

  • Dan ...... entahlah.....apa lagi ya.

No comments:

Post a Comment