- Elakkan mengambil makanan yang terlalu berminyak dan banyak lemak.
- Kurangkan juga makan maknan yang pedas-pedas, masin, bergoreng atau berminyak.
- Kunyahkan makanan yang dimakan perlahan-lahan.
- Makanlah sekadar yang perlu. Tidak terlalu kenyang dann seelok-eloknya berhenti makan sebelum kenyang.
- Elakkan makan berulamkan air.
- Jangan tidak sahur/ (banyak fadhilat bersahur). Elakkan tidur selepas sahur.
- Ambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Contohnya makanan yang mengandungi serat dan karbohidrat kompleks seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.
- Anda juga perlu mengambil makanan yang mengandungisedikit gula. Ini penting untuk mengembalikan tahap glukosa dalam badan.
- Semasa berbuka, mulakan makan degan makanan yang manis seperti buah kurma, tamar dan air.
Agar sentiasa sihat sepanjang bulan ramadan pastikan anda memilih makanan yang seimbang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan seperti di bawah:
- Roti dan bijirin
- Susu dan produk tenusu
- Daging dan kekacang
- Sayur dan buah-buahan
- Lemak & gula ( ambil dalam jumlah yang sedikit sahaja)
No comments:
Post a Comment