Sunday, June 21, 2009

Komunis

Banyak pihak menyuarakan pandangan tentang isu Chin Peng yang hendak kembali ke Malaysia. Chin Peng dan Komunis dua perkataan yang cukup sinonim. Komunis dengan frasa "pengganas Komunis" jelas menggambarkan tentang keganasan dan kezaliman komunis. Sejarah membuktikan bagaimana peritnya hidup masyarakat pada masa itu ekoran daripada kekejaman komunis. Apa yang telah dilakukan komunis dalam tempoh beberapa hari Jepun menyerah kalah kepada British meninggalkan banyak kesan dan cerita yang tragik ekoran kekejaman komunis. Banyak darah telah tumpah ke bumi. Nyawa begitu murah dan tanpa harga kepada pihak komunis pada masa itu. Jadi, tidak menghairankan sekiranya banyak pihak memprotes untuk menerima Chin Peng balik ke Malaysia. Saya terfikir juga apakah agenda yang tersembunyi apabila ada pihak yang menyokong dan meminta kerajaan Malaysia menerima kepulangan Chin Peng.
Dalam pada itu, kerajaan juga seharusnya meneliti semula sejarah tentang sesetengah pejuang tanah air yang sumbangan mereka seolah-olah diabai dan dilupakan. Saya tertarik dengan cerita seorang bekas PPH yang terlibat dalam operasi Sri Aman puluhan tahun yang lalu sehingga membawa kepada penyerahan Bong kee Chuk (Pemerintah Komunis Sarawak-kalimantan) di Sri Aman. Ekoran daripada peristiwa itu nama Simanggang, tempat berlangsungnya perjanjian dan penyerahan diri komunis ditukar kepada nama Sri Aman sehingga kini. Amat menyedihkan bekas perajurit (PPH) yang terlibat menggadaikan nyawa pada masa itu tidak mendapat penghargaan dan apa-apa sumbangan jasa daripada kerajaan. Hanya berempat dan tanpa senjata pejuang keamanan tersebut menjemput dan mengiringi Bong kee Chuk keluar dari hutan tempat persembunyiannya. Tersilap langkah, atau berubah fikiran ke, akan menyebabkan banyak perkara yang tidak dijangka pasti berlaku.
Bekas perajurit tersebut masih hidup dan meneruskan hidup di zaman tuanya kini seperti insan pesara yang lain walaupun sumbangannya begitu besar terhadap negara. Bagi saya, beliau dan rakan-rakan merupakan pejuang yang dilupakan.

No comments:

Post a Comment