Tuesday, June 23, 2009

Doa untuk ayah

Dalam keletihan selepas membersih kawasan sekitar rumah, anak sulung saya mendekati saya dengan manja sambil menguntum senyuman yang cukup manis. Sebagai seorang ayah, saya memahami ada sesuatu yang diingininya daripada saya. " Ayah, kita makan kat luar". Kak Long mula bersuara. Saya sengaja mendiamkan diri. sengaja tidak memberi apa-apa respon. "Kami belanja" tambahnya lagi. "Kenapa nak makan kat luar,"? Soal saya buat-buat tidak faham.". "Kami nak meraikan Hari bapa untuk ayah",. balas si kakak. "Ada duit ke nak belanja ayah makan ni",? Si kakak terus tersenyum dan ketawa kecil. "Kami ada kumpul duit dan rasanya lebih daripada cukup",.
Saya rasa amat terharu atas usaha dan inisiatif anak-anak untuk menggembirakan ayah mereka.

"Simpan saja duit tu, Insya Allah kita akan pergi tapi bukan malam ini". Yang penting anak-anak ayah memberi kegembiraan kepada ayah. Kegembiraan ayah ialah apabila anak-anak ayah berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Yang lebih penting doa untuk ayah dan ibu lebih-lebih lagi apabila ayah dan ibu sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini nanti. Malam ini kita teruskan solat berjemaah, lepas tu kita baca surah yasin dan berdoa mohon moga apa yang kita hajati akan tercapai dan kita sentiasa dalam peliharaanNya",
Janji saya belum lagi saya tunaikan. Insya Allah hujung minggu ini....

3 comments:

  1. lamak sik nulis blog pok? Apa khabar kitak? Ada biznes baru kah/

    ReplyDelete
  2. Salam. Auk o.. lamak dah kitak sik nulis blog. Ilang dah kah?. Atau merajuk?

    ReplyDelete
  3. selamat menjalani ibadat puasa mulai ari sabtu tuk....sama2 kita menjaga kualiti ibadat kita.

    ReplyDelete