Tuesday, May 25, 2010

IPTA atau IPTS

Sekarang peluang melanjutkan pelajaran terbuka luas kepada sesiapa saja yang hendak menimba ilmu atau dalam bahasa yang mudah untuk meningkatkan diri khususnya dalam kerjaya. IPTS tumbuh bak cendawan. Di mana-mana jua terutamanya di bandar- bandar utama di negara ini terdapat banyak kolej dan Universiti dibina. Banyak IPTS khususnya menawarkan tempat kepada lepasan SPM dan STPM dengan pelbagai pendekatan. Antara yang dilakukan ialah dengan membuat tawaran terus kepada pelajar disamping membuat roadshow.
Soalnya mungkin kesedaran dan persepsi masyarakat terhadap IPTS agak terbatas menyebabkan rata-rata pelajar mengharapkan tawaran daripada IPTA. Yuran kemasukan ke IPTS juga agak tinggi berbanding dengan IPTA. Mentaliti masyarakat menganggap bahawa IPTA yang dinaungi oleh kerajaan adalah lebih terjamin dan mudah untuk mendapat pelbagai bantuan termasuk biasiswa. Pengalaman diri sendiri dan melihat teman-teman yang menghantar anak belajar sama ada di IPTA atau IPTS wajar dijadikan pengajaran memandangkan banyak persediaan yang perlu dibuat dan yang paling penting dan utama setelah mendapat tempat di IPTA dan IPTS ialah Pulus.
Tanpa simpanan ( atau mungkin tidak ada atau tidak cukup untuk disimpan), tidak hairanlah ada yang menarik diri dan ada pula yang menggadaikan harta benda dan menjual harta pusaka seperti tanah bagi meneruskan cita-cita si anak.

3 comments:

  1. bagi ibu bapa yang nak menghantar anak-anak kemana2 institusi, don't rely on the ptptn money. it's unrealiable.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju. Kerenah birokrasi seolah masih tidak dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  3. SAYA TIDAK FAHAM KENAPA KITA BILA MEMBUAT PANGGILAN KE TALIAN PTPTN PEGAWAINYA SENTIASA SIBUK.

    ReplyDelete