Thursday, January 21, 2010

Hendak Seribu Daya.....

Dulu saya perokok berantai. 2-3 kotak sehari adalah rutin dan menjadi kebiasaan. Membeli dalam satu-satu masa pun bukan sekotak dua malah se kartun. Sejak di bangku sekolah menengah lagi dah mula menghisap rokok bermula dengan rokok murah yang bermenthol. Kalau tak silap harganya 25 sen untuk 10 batang. Pelbagai jenis rokok di cuba pada peringkat permulaan dan rasanya tidak ada lagi jenis rokok jenama Rough Rider, White Horse, Merdeka, Rothman dan beberapa lagi yang sudah hilang dalam memori ingatan.
Apabila terimbas kembali kenangan zaman lalu, hati rasa tercuit dan semuanya menjadi kenangan yang banyak mendidik diri kita.Saya tak makan ubat dan tidak ada petua untuk menghilang ketagihan merokok. Dengan keazaman dan semangat yang kuat saya berhenti merokok sejak belasan tahun yang lalu. Anehnya saya boleh menghisap rokok sekiranya ada kawan yang menghulur rokok atau sebagai santapan sampingan ketika lepak atau minum bersama rteman-teman di kedai kopi atau di mana sahaja. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri kita sama ada kita nak berhenti merokok atau tidak.
Kepada perokok di luar sana. Hormatilah orang lain yang tidak merokok. Jangan merokok di tempat awam yang telah diwartakan sebagai zon larangan merokok. Adakah kempen "Jadilah perokok yang berhemah". Saya berpendapat mengurangakan jumlah perokok mungkin dapat tetapi nak menjadikan ia sifar adalah mustahil selagi rokok masih dijual di negara kita. Rokok yang diseludup pun mudah diperoleh dan harganya pun jauh lebih murah.

1 comment:

  1. sebenarnya untuk berhenti merokok bergantung kepada niat dihati . insyallah akan berjaya . selepas berhenti merokok mestilah buat senaman atau bersukan agar badan kita terus sihat

    ReplyDelete