Wednesday, January 20, 2010

Program Transisi - Menilai Relevensinya.

Minggu ini merupakan minggu ketiga sesi persekolahan tahun 2010. Minggu terakhir murid-murid tahun satu dikehendaki menyertai program transisi. Memang tidak dinafikan sesuatu yang dirancang adalah untuk kebaikan murid-murid tetapi menilai dari segi relevennya sesuatu program, saya berpendapat ia harus dinilai dan kajian secara tuntas perlu dibuat untuk menilai keperluan dan keberkesanannya. Program transisi adalah perancangan aktiviti suai kenal murid disamping pendekatan tematik untuk mendedahkan murid dengan alam persekolahan yang sebenar.
Persolannya adakah semua sekolah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman sesuai dengan program tersebut. Boleh dikatakan semua murid telah melalui alam pra sekolah malahan di setiap sekolah kini pun, telah ada kelas pra sekolah. Di sesetengah sekolah, murid tahun satu adalah terdiri daripada murid yang sama iaitu murid lepasan pra sekolah di sekolah yang sama. Pihak sekolah bukan setakat perlu memaklumkan tentang program tersebut malah pengisiannya juga perlu dimaklumkan kepada para ibu bapa agar tidak timbul rasa tidak senang dengan program tersebut. Tidak semua ibu bapa faham kan.

No comments:

Post a Comment