Wednesday, December 31, 2008

2008 yang sarat dengan kenangan

Menyoroti beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2008 banyak mengajar saya erti "kehidupan". Ujian dan dugaan yang datang satu persatu begitu mencabar keimanan. Saya amat bersyukur kerana di sekeliling saya selain daripada ahli keluarga ramai teman yang prihatin dan memberi semangat dan dorongan. Di sinilah saya dapat menilai erti sebenar persahabatan dalam kalangan teman-teman. Bagi saya yang penting sekarang ialah meneruskan kehidupan dengan tenang dan menyerah segala-galanya kepada Allah SWT. Mudah-mudahan berkat doa teman-teman kedatangan tahun 2009 menjanjikan kehidupan yang indah bagi saya. Begitu juga doa saya buat teman-teman di luar sana. Selamat tahun baru 2009.

1 comment:

  1. Pelajaran terbaik di dunia ialah pelajaran yang diterima menerusi keperitan untuk meneruskan kehidupan.

    - Malihah HS -

    ReplyDelete