"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Wednesday, December 31, 2008
Sambutan Tahun Baru - selayang pandang
Detik dua belas malam ini merupakan saat-saat yang ditunggu menandakan kemunculan tahun baru 2009. Seperti biasa pelbagai acara sambutan diadakan seperti tahun-tahun lepas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Langkah kerajaan mengambil keputusan tidak mengadakan sambutan tahun baru 2009 dengan alasan sementara iaitu berdasarkan keadaan semasa seperti kemelesetan ekonomi, bencana alam yang berlaku, menghormati Maal Hijrah dan protes serangan Israel ke atas Palestin amat dialu-alukan walaupun mungkin tidak relevan pula pada tahun hadapan. Apa yang pasti budaya sambutan tahun baru dengan mengadakan konsert dan berhimpun beramai-ramai menunggu detik dua belas malam tidak mendatangkan impaks positif kepada masyarakat kita khususnya golongan muda dan remaja. Sambutan yang berakhir hingga lewat malam malahan hingga menjelang pagi lebih banyak mendatangkan kesan negatif seperti kejadian jenayah, masalah kebersihan dan masalah sosial dan moral. Satu ketika dulu kita dikejutkan dengan laporan akhbar terdapat beratus kondom dikumpul selepas satu acara sambutan tahun baru di ibu kota. Kedatangan tahun baru seharusnya menjentik minda kita untuk muhasabah diri atau merenungfikir apa yang berlaku sepanjang tahun lepas serta menanam tekad azam meperbaiki atau mensiaplengkapkan diri untuk mendepani segala cabaran pada hari-hari yang mendatang. Menyambut tahun baru dengan hiburan yang melalaikan, terkinja-kinja atau dengan pesta liar bukan cara kita dan langsung tidak menggambarkan adat ketimuran budaya bangsa dan agama kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah kerana dapat melahirkan blog anda sendiri yg penuh kata2 semangat yg bernas utk mberi kesedaran generasi baru
ReplyDeletesaya percaya ramai p'baca akn mdpt faedah hasil coretan/idea anda
~samsudin bakar,limbang
Terima kasih atas sokongan saudara
ReplyDeletesemoga pandang yang ikhlas dan jujur ini diberkati Allah
ReplyDeletematang manja