Thursday, May 7, 2009

Atuk dan ceritanya

Semuanya berlaku lebih 60 tahun yang lalu. Saya pernah cuba menemukan atuk dengan anaknya. (emak saudara saya) Tetapi atuk enggan walaupun puas kami memujuk. "Atuk tak rasa bersalah kah"? Atuk terdiam dan wajahnya berubah. Dari tutur katanya, saya tahu atuk rasa bersalah meninggalkan mereka tanpa kasih sayang seorang suami dan seorang ayah. Atuk menolak dan katanya dia tidak mahu pertemuan itu akan menimbul kesan yang tidak baik. "Apa yang tidak baik",?

Atuk sebenarnya malu kepada dirinya yang mengabaikan tanggungjawabnya. Kami tahu atuk sedih apabila mendengar berita kematian anaknya melalui kaca TV. Atuk cuba menyembunyikan kesedihannya. Atuk tidak kuat sebenarnya. Air matanya tumpah juga. Beberapa hari atuk tidak banyak bercakap seperti biasa. Kami biarkan atuk dengan perasaannya. "Itulah, orang rancang nak mempertemukan mereka tak nak". Dulu sebelum anaknya kawin di Pahang, ada keluarga yang datang dari Malaya mintak atuk jadi wali, tapi atuk degil tak nak pergi. Saya tahu atuk ada sebab tersendiri tak nak pergi. Atuk nak jaga hati nenek dan semua keluarga sebelah nenek.
Sarawak dengan Pahang tu jauh dan perlu perbelanjaan yang besar. Atuk pada masa tu tidak ada pekerjaan tetap. Tetapi itu bukan alasan kan. Semuanya akan dibiayai. Tapi kalau saya ada pada masa itu pun, saya tetap menghormati keputusan atuk. Saya tahu jauh di sudut hati atuk terkumpul cerita-cerita yang penuh dengan kerinduan dan kekesalan yang akan ditanggungnya sehingga akhir hayat.
Tanjung Pagar,Singapura menyimpan cerita atuk dan banyak kenangan manisnya di sana.Cucunya??

6 comments:

  1. Kekesalan, kerinduan dan kelukaan akan ditanggung sepanjang hayat. Mampukah kita? Justeru itu mohonkan kemaafan dan berikan penjelasan. Sekurang-kurangnya dapat melegakan apa yang terbuku dihati. Hanya itu yang mampu dilakukan, sebab kita tak mampu nak putar balik kisah kehidupan kita. Namun hidup perlu diteruskan selagi Allah mengizinkan kita menumpang bumi ini. Sebelum kita menutup mata, jika ada kesalahan kita lakukan terhadap Allah, mohonlah kepadaNYa. Jika kesalahan kita sesama manusia, mohonlah kemaafan daripada mereka yang kita dah berbuat 'dosa'. Allah hanya akan mengampunkan kita setelah orang yang kita 'berdosa' memaafkan kita.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang ada keputusan yang dibuat menghiris perasaan tetapi ia keputusan terbaik untuk semua. Dan kasih tidak pernah hilang dari lubuk paling dalam...

    ReplyDelete
  4. Berat mata hati membaca berat lagi bahu memikul. Adakalanya keputusan terpaksa dibuat walaupun melukan hati orang lain. Saya dapat membayangkan kesedihan "mereka"

    ReplyDelete
  5. Memang kdg2 keputusan terpaksa dibuat demi kebaikan semua. Cumanya perpisahan itu perlu diberi penjelasan, berterus terang, pamitan dan ucap selamat tinggal agar tidak ada hati yang menaruh dendam, rasa terlalu sedih dan keciwa. Jika di awal pertemuan kita lakukan dengan baik, kenapa tidak di saat kita ingin berpisahpun kita kena lakukan dengan cara yang baik. Saya yakin dengan cara itu walaupun berpisah tapi masih boleh menjadi 'sahabat'untuk selamanya.

    ReplyDelete
  6. Cucunya?? 1000 persoalan di minda. Ada rahsiakah??

    ReplyDelete