Saturday, May 2, 2009

Reformat dan Streamyx

Seminggu - Suatu jangka masa yang sangat membosankan. Timbul pelbagai perasaan yang negatif. Bercambur baur. Apa tak nya bila komputer hang... terpaksa di format semula. Dah ya, sik dapat nak melayari internet. Blog "tersadai" cun-cun selamak seminggu.

Menghubungi sidak TM. Berpuluh-puluh kali dalam sehari, dapat juak sekali duak tetapi selalu terputus. Sungguh menyakitkan hati.
"Panggilan anda adalah amat penting kepada kami, Pegawai perkhidmatan pelanggan kami masih sibuk, sila hubungi sebentar lagi". Dialog mesin yang dicipta manusia yang sungguh menyakitkan hati. Ari tuk janji sidak TM nak nukar modem baru setelah sidak yang masang dolok madah modem ya ada masalah tapi ari marek dan pagi tuk dapat juak dipakei.
Sidak TM madah area kamek sia ada masalah liputan streamyx. Anehnya kawan-kawan kita di sia dapat juak melayari internet makei streamyx. Pelik kan. Tindakan diambik bila kamek menghubungi pegawai atasan sidaknya makei channel lain. Ari marek beberapa kali sidak TM menghubungi kamek walaupun cuti. Bait na juak o.

# Tubuh badan kita juak pun sebenarnya perlu juak di format semula....

4 comments:

  1. Salam ziarah. Sekadang membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete
  2. sabar jak pok..mungkin ada hikmahnya ktk sikpat bertenet...

    ReplyDelete
  3. Macam ya juak kali rasanya mun urg menghubungi kita tapi kita sik jawab o. Pasti mereka rasa sakit hatikan. Lastly keluarlah sumpah seranah dari mulut sama macam yang kita polah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. saya mampu mengawal perasaan. Jauh sekali nak menyumpah seranah orang lain. Kita juga perlu faham kenapa perkara tersebut berlaku dalam agensi2 kerajaan dan swasta.

    ReplyDelete