Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air.
Saya rasa usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan lebih bersifat retorik. Masih di takuk lama dan tidak banyak perubahan yang dilakukan. Yang nampak berubah dan mengalami transformasi cuma sistem pendidikan dan usaha untuk menangani tuntutan semasa dalam konteks glocal.

Doa kepada semua guru yang pernah mendidik saya semoga mereka mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Bagi saya tidak ada istilah bekas guru. Guru adalah guru untuk selama-lamanya. Salam dan selamat hari guru khususnya kepada Cik gu Hj. Abu Samad, C. Rais, C. Aini, C. Saadiah, C. Wan setia, C.Kopon, C.William, C. Layang, C. Adenan, C. Ishak, C. Hassan Wa Gani, C. Wan Madehi, C. Raja Hussien, C. Mohd. Ibrahim, C. Ahmad Wahab, C. Nik, C. Wee, Ust. Mohd. Syarif, Ustaz Mat Ilham, Ustaz Sarkawi, Ustaz Abdullah, Ustaz Mokhtar dll. Jasa cik gu-cik gu tetap di hati ini sehingga akhir hayat.

Untuk renungan guru-guru.....
Bad teacher complains....
good teacher explains....
better teacher demonstrates....
best teacher motivates....
great teacher inspires....

2 comments:

  1. Sahabatku,
    walaupun kita hanya bersua di alam maya, namun izinkan saya untuk mengucapkan..SELAMAT HARI GURU untukmu...

    Tanpa guru, siapalah aku...

    ReplyDelete
  2. Kenak sejak ahir2 tok, kitak sik menulis serancak mula dolok. Kamek sebenarnya tertunggu-tunggu idea kitak yang menarik. Jangan berhenti menulis saudara kandot65. Teruskan usaha kitak menyampaikan maklumat dan idea untuk tatapan dan santapan minda. Dont give up and give in.

    ReplyDelete