Sunday, May 3, 2009

Hidayah

Saya teruja setelah menerima panggilan daripada Setiausaha YB Menteri Hal Ehwal Agama untuk bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna dan menginsafkan itu. Bukannya kerana saya tidak biasa dengan perkara seumpama itu malah seingat saya, ini merupakan kali ke empat saya terlibat. Alhamdulillah pada malam jumaat lepas, semuanya telah berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam masa yang agak singkat dan nampak tergesa-gesa.

Wakil daripada Agensi yang berkaitan seperti JAIS, PERKIM, YADIM dan JAKIM turut hadir dan sambutan masyarakat sekitar juga amat memberangsangkan. Saya bukannya hendak bercerita tentang majlis tersebut cuma agak tertarik dengan cerita bagaimana seorang yang kuat pegangan agamanya yang terdahulu telah diberi Allah hidayah untuk kembali kepada Islam. (Saya lebih suka menggunakan istilah kembali kepada Islam bukannya "masuk islam").

Tugas saya dengan notis yang singkat agak mudah dengan kerjasama semua pihak yang terlibat kerana dalam masa yang sama saya sebagai pengacara/perantara dan pemudah cara. Saya terharu dan terasa mata mula berkaca apabila selesai sahaja majlis teman-teman yang hadir bersalam-salaman dan memeluk/mendakap saudara kita tersebut sambil mengucap tahniah dan syukur. Saya sendiri pun entah berapa kali mengucap tahniah kepada beliau dan semua ahli keluarganya.

Teringat saya kata-kata guru saya dulu, "Orang yang baru memeluk islam ini, dosa mereka terhapus dan kembali seperti kain yang putih bersih",. So, bagaimana dengan amalan kita yang sudah berpuluh tahun hidup di muka bumi Allah ini. Terasa banyak kekurangan dan terlalu sedikit berbanding dengan rahmat Allah kepada diri ini. Terasa betapa kerdil diri ini. Teringat jugak ungkapan sinikal "Islam warisan" daripada penceramah-penceramah yang sememangnya menyentuh hati.

2 comments:

  1. semoga segala usaha saudara mendapat rahmah dari yg maha esa..teruskan usaha saudara demi agama dan bangsa kita..

    ReplyDelete
  2. T.ksh pok. Orang masih maok mengguna perkhidmatan kita. Insya Allah dan berkat doa teman-teman juak lah ya.

    ReplyDelete