Friday, April 24, 2009

Tazkirah


Siapa kita?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata; "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku reda dengan ketentuanMU ini," sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukan/mengumpulkan/leka dengan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitkannya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaan neraka.

# Di mana kita? Berdoalah mudah-mudahan kita tidak berada dalam golongan yang rugi di dunia dan rugi di akhirat. Lebih dahsyat dan paling rugi apabila kita miskin di dunia dan miskin juga di akhirat.

2 comments:

  1. Tazkirah yang baik uuntuk dijadikan sebagai panduan menjadi seseorang yang baik

    ReplyDelete
  2. Tazkirah yang amat baik, moga dijadikan panduan dalam mengharungi hidup yang sarat dengan cabaran dan dugaan ini. Ya, mudah-mudahan kita berada dalam golongan yang tidak miskin baik di dunia atau akhirat. Insya Allah. Amin....

    ReplyDelete