Sunday, April 5, 2009

Antara "Bos" dan "Pemimpin".


Saya ingin menghubungkaitkan cerita dalam entri Bos yang tegas dengan membuat catatan tentang Antara "Bos" dan "Pemimpin" pada kali ini.

Glasser(1990) memberi senarai perbezaan di antara "Bos" dengan seorang Pemimpin seperti berikut:

  • A boss drives. A leader leads.
  • A boss relies on authority. A leader relies on co-operation.
  • A boss says "I". A leader says "We"
  • A boss creates fear. A leader creates confidence.
  • A boss creates resentment. A leader breeds enthusiasm.
  • A boss fixes blame. A leader fixes mistakes.
  • A boss works drudgery. A leader makes work more interesting.

Daripada perbezaan-perbezaan di atas, jelas kelihatan ciri-ciri seorang pemimpin yang lebih mementingkan kepuasan dan keselesaan kumpulan dan orang bawahannya. Seorang pemimpin akan lebih mampu mengekalkan pengaruh dan rasa hormat dari yang hanya menjadi "Bos" kerana:

  • Mendapat kepercayaan yang suka rela daripada orang-orang bawahannya.
  • Timbul rasa kepuasan daripada orang bawahan untuk mengikut arahannya.
  • Seolah-olah ada persetujuan di mana pemimpin mesti diikut dan pengikut mesti mengikut arahan pemimpin.
  • Tugas dilaksanakan oleh orang bawahan secara lebih komited bukan secara paksaan.
  • Rasa hormat kepada pemimpin diberikan oleh pengikut secara rela hati, bukan dipaksa.
  • kepengikutan kepada pemimpin adalah secara sukarela, manakala kepengikutan kepada Bos secara terpaksa. Kepengikutan dan rasa hormat akan hilang apabila Bos itu bukan lagi Bos kepada orang bawahan tersebut.

So, jangan berlagak seperti "Bos". Jadilah seorang "Pemimpin" walaupun gaya Bos pun ada dalam seorang diri pemimpin. ( eh, betul ke aku neh..)

Glasser. W. (1990) The Quality School. New York: Harper and Row

2 comments:

  1. Biasanya ciri Bos lah yang lebih ketara dlm kebykan organisasi. Nilai humanistik selalu diabaikan.

    ReplyDelete
  2. Fungsi atau peranan sebenar kepemimpinan adalah untuk menghasilkan lebih banyak pemimpin, bukannya lebih banyak pengikut....
    Dan kunci ke arah kepemimpinan yang berjaya pad ahri ini adalah pengaruh bukannya kekuasaan....

    ReplyDelete