Wednesday, April 1, 2009

Gaya Kepemimpinan yang sesuai?


Adalah amat sukar bagi menentukan gaya atau corak kepemimpinan mana yang paling sesuai untuk sesebuah organisasi. Sepertimana dalam Teori Contigency yang dianjurkan oleh Fieldler, ia tidak dapat mengenal pasti gaya kepemimpinan yang paling baik untuk memimpin. Apa yang lebih dipentingkan, saya rasa adalah untuk memilih satu gaya atau corak kepemimpinan yang dianggap sesuai dengan situasi tertentu. Dalam "path-goal theory", House(1971) menyarankan empat gaya kepemimpinan yang boleh digunakan mengikut dua keadaan atau situasi.
  • Kepemimpinan Pengarahan (Directive Leadership) - Ini adalah pemimpin yang memberitahu orang bawahannya apa yang diharapkan mereka lakukan dan hendak capai. Ia memberi panduan.
  • Kepemimpinan Penyokong (Supportive Leadership) - Pemimpin yang mudah berbincang dan memberi tumpuan kepada tahap prestasi, kebajikan dan keperluan individu orang-orang bawahannya.
  • Kepemimpinan Orientasi Pencapaian ( Achivement-Oriented Leadership) - Pemimpin yang menetapkan matlamat yang mencabar dan mengharapkan orang bawahan melaksanakan kerja secara efisien serta memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.
  • Kepemimpinan Penyertaan (Participative Leadership) - Pemimpin yang berunding/berbincang dengan orang bawahannya dan meminta mereka memberi cadangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Situsi/Keadaan:

i. Ciri-ciri orang bawahan:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Keupayaan
  • Keperluan

ii. Ciri-ciri Persekitaan:

  • Struktur tugas atau kerja
  • Perhubungan kumpulan kerja
  • Sistem autoriti formal
  • Sistem ganjaran

Adalah diandaikan bahawa gaya-gaya kepemimpinan dengan mengambil kira faktor-faktor situasi (Ciri-ciri orang bawahan dan persekitaran) akan mempengaruhi hasil kerja orang-orang pimpinan kita seperti prestasi kerja, kepuasan bekerja, rungutan dan iklim dan suasana berkerja.

1 comment:

  1. Terima kasih saudara Kandot65 atas kongsi maklum. Sememangnya tiada satupun Gaya kepimpinan yang lebih baik. Terdapat tiga jenis kepimpinan yang biasa diamalkan sebagai stail pengurusan, iaitu Kepimpinan Autokratik, Demokratik dan Laissez-faire.

    Soal kepemimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkan kecacatan ataupun kemajuan. ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.

    Kepemimpinan dalam sesebuah organisasi memerlukan Konsep Perkongsian Penyaluran Budaya Pengurusan secara dua hala. Ringkasnya, kepemimpinan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat oganisasi yang ditetapkan.

    Renungan:
    " Kepemimpinan yang berjiwa besar,
    berbicara tentang idea, gagasan dan wawasan.
    Kepemimpinan yang berjiwa sederhana,
    berbicara tentang pelbagai peristiwa demi
    peristiwa.
    Kepemimpinan yang berjiwa kecil,
    berbicara tentang orang lain dengan sejuta
    karenahnya.
    Kepemimpinan yang berjiwa lebih kecil,
    berbicara tentang dirinya sendiri. "

    ReplyDelete