Wednesday, April 15, 2009

Misteri....

Saya masih menyimpan 2 gambar misteri yang dirakam melalui CCTV yang diberi oleh seorang teman. Rakaman CCTV tersebut menunjukkan ada bayangan lembaga putih yang terdapat dalam Lift di sebuah hospital dan gambar seorang wanita berpakaian putih berjalan keluar dari bilik pesakit sebuah hospital di ibu kota. Secara jujurnya saya sukar untuk mempercayai cerita-cerita sedemikian walaupun ada rakaman dibuat. Cerita-cerita aneh yang berlaku di hospital memang selalu kita dengar dan saya suka berkongsi salah satu daripadanya cerita misteri yang pernah berlaku di salah sebuah hospital.....

Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor dan petugas di situ. Kedengaran juga bisik-bisik yang mengatakan bilik itu berpenunggu dan selalu mendengar bunyi-bunyi yang pelik dan bunyi yang kadangkala menakutkan. Ramai yang percaya ada makhluk halus yang membuat kacau di situ. Para doktor dan pekerja di situ pun memutuskan untuk memantau katil tersebut. Doktor dan beberapa pekerja yang muslim memegang surah yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus yang diketuai oleh seorang ustaz.
Masa berputar.... pukul 8.00 pagi!, 8.30 pagi, 9.00 pagi. Tiba-tiba....... pintu bilik ICU terbuka. Doktor dan yang lain membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba........

Tiba-tiba muncul Mak cik Nab, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.

No comments:

Post a Comment