"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Tuesday, April 7, 2009
Hukuman Rotan di Sekolah
Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959, khususnya Hukuman Rotan, dan akan mengeluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menyatakan bahawa perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
Apakah hukuman rotan mampu mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar masa kini? Adakah ia masih sesuai atau relevan dengan situasi dunia pendidikan sekarang? Walau apa pun,ia adalah salah satu langkah yang diharapkan mampu menangani masalah disiplin pelajar yang semakin membimbangkan pada masa kini. Kebimbangan tentang fenomena kes jenayah dalam kalangan pelajar juga pernah disuarakan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Musa Hassan baru-baru ini.
Di Sarawak, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Salleh dalam Utusan Borneo 2 April 2009 lalu, berkata sehingga 30 Mac 2009 dalam tempoh 3 tahun jumlah kes yang melibatkan pelajar ialah 152 kes untuk jenayah kekerasan dan 207 untuk kes jenayah harta benda. Kes-kes jenayah tersebut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kenyataaan tersebut walaupun dilihat masih dalam skala yang kecil tapi ia tetap mengejutkan dan membimbangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kamek nang nyokong hukuman rotan ya dikuatkuasakan semula. Mungkin masy bukan guru ada yg sik faham bhawa kita ada cara merotan dan sik semua masalah disiplin/kesalahan yg dilakukan oleh pelajar akan dirotan.
ReplyDeleteKota Samarahan
Hukuman merotan wajar dikuatkuasakan lagi dan dijalankan di sekolah bagi menangani masalah disiplin pasti akan menjadi isu dan mengundang perbalahan pendapat. Secara peribadi saya bersetuju ianya dikuatkuasakan.Hukuman merotan tidak boleh dipersoalkan lagi untuk diperkenalkan semula. Kes disiplin pelajar adalah satu kritikan masyarakat bahawa sekolahlah puncanya. Sebenarnya sekolah mengikut apa saja yang diinginkan oleh pihak pemerintah. Berikutan pemansuhan hukuman merotan menyebabkan ramai kanak-kanak atau pelajar semakin bersikap biadap terhadap guru dan ibu bapa dan tidak merasakan takut akan didenda, menangani kes disiplin semakin menyukarkan disebabkan pelajar tidak gentar dan berasa bebas melakukan apa saja di sekolah.
ReplyDeleteHukuman merotan tidak akan menimbulkan kegusaran kerana tujuannya adalah sebagai peringatan bagi mendisiplinkan kanak-kanak atau pelajar supaya mereka dapat membentuk budi pekerti yang mulia apabila dewasa.
Kejayaan merotan dapat membaiki akhlak pelajar jika kita memberi sedikit keyakinan kepada pihak sekolah yang mereka tidak emosi dalam menjalankan hukuman. Niat mereka hanya ingin memberi peringatan dengan maksud mendisiplinkan pelajar.Jika institusi kehakiman diberikan kepercayaan mengenakan hukuman menurut budi bicara hakim, kenapa guru yang terlatih bagi menjalankan hukuman ini dipersoalkan???. Saya rasa tidak ada sebab kenapa kita harus mempersoalkan pihak sekolah yang menjalankan hukuman ini.
Hukuman rotan harus lah dilaksanakan semula.Hal ini kerana,masalah pelajar di sekolah yang semakin membimbangkan.
ReplyDeletememang kena diperkenalkan semula..displin pelajar amat membimbangkan dan merotan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah displin
ReplyDeletewajar dilaksanakan kerana kes jenayah yang melibatkan pelajar semakin meruncing..
ReplyDeletememang wajar dijalankan krn kes jenayah sakn mngkat dr hari ke hari
ReplyDeleteLENGKAP DAN PADAT... ^-^
ReplyDeletepolah hukuman hudud jakkk
ReplyDelete