Sunday, April 5, 2009

Orang yang Kita Sayang

Emel daripada seorang teman.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuat kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....

16 comments:

  1. orang yang kita sayang sentiasa hadir di hati kita..

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita tidak faham kenapa kita sayang pada orang yang kita sayang.

    ReplyDelete
  3. Kita sering "terbeban" dan selalu berada dlm "lingkaran pengaruh" utk mencari jawapan terhadap banyak perkara. Hakikatnya, dan perlu sesekali kita akui tidak semua perkara perlu ada jawapannya...

    ReplyDelete
  4. Muhasabah diri, kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada orang yang kita sayang 100% apabila berlaku keadaan di atas.Mungkin juga ada ketikanya ianya berpunca daripada sikap kita sendiri yang membuat orang yang sayang membuat kita macam 2. Kekadang apa yang dia lihat, dia rasa @ yang dia sangka berbeza daripada yang kita lihat, rasa atau sangka dan yang kita ingin dia fahami. Berbincanglah dengan baik dan berhemah.

    ReplyDelete
  5. Sikap saling faham-memahami amat penting dalam setiap hubungan.Kita kena faham dan tahu apa yang orang kita sayang mahu dari kita begitu juga sebaliknya.Selalunya kita mahu orang yang kita sayang memahami kita tapi pernahkah cuba untuk memahaminya? Apa yang dia mahu?. Saya setuju dengan pendapat di atas mungkin perkara di atas berlaku berpunca dari kita juga.(Rujuk tulisan saudara Kandot65 tentang tajuk "10 situasi lelaki yang wanita harus fahami dan Misterinya Wanita, boleh dijadikan panduan untuk memahami isi hati orang kita sayang).
    Satu jari yang kita tunjukkan kepada orang tapi 4 jari kembali kepada kita......
    Renung dan fikirkanlah..............

    ReplyDelete
  6. Sayang bukan saja kpd kekasih, boleh saja mereka ahli keluarga, saudara mara dan sape2 saja. Tahap dan kondisi sygpun mungkin berbeza.

    ReplyDelete
  7. Memang kepada sesiapa yang kita sayang sama ada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, abang, kakak atau adik dll yang berkaitan. Kita perlu memahami semua orang yang kita sayang. Sebelum orang memahami kita, kita perlu memahami orang lain dan hormati perasaan dan kemahuan mereka.

    ReplyDelete
  8. Orang yang kita sayang memang sentiasa di hati, fikiran dan nafas kita. Lantaran itu, mahu rasakan orang yang disayang sentiasa ada diisi walaupun mungkin berjauhan. Orang yang kita sayang mungkin juga rasa "terbeban" dengan sikap kita yang tidak cuba memahami kehendaknya. Kalau tidak dia tidak akan bersikap begitu. Perkara di atas berlaku mungkin atas sumbangan kita tanpa kita sedari. Maknanya dalam setiap hubungan perlu ada sikap toleransi dan "Give and Take", saling faham-memahami antara satu sama lain. Perlu lebih peka dengan masalah yang dihadapi. Cubalah fahami isi hatinya, pasti masalah anda daripada diselesaikan %nya.Jadi tidak akan wujud rasa 'teruji', terkeliru, terluka, terkilan dan kesabaran yang menipis. Lu fikirlah sendiri......

    ReplyDelete
  9. Biasalah ya pok dalam setiap hubungan akan merasa macam ya.Bukan jak kita merasa macam ya orang yang kita sayang pasti merasa apa yang kita rasa. Mun sik maok rasa terbeban, terkilan, terluka atau keliru ibuh terhegeh-hegeh minta orang menyayangi kita atau kita menyayangi orang. Sik penin palak. Yakah....?

    ReplyDelete
  10. Perkara yang perlu dilakukan ialah berterus terang, beritahu dia apa yang ada dalam hati dan fikiran anda. Saya yakin konflik akan dapat dikurangkan. Kalau sorang bersifat api, biarlah sorang lagi bersifat air. So. tidak akan timbul rasa tertekan, terbeban, teruji dll perkara di atas. Buangkan sifat ego dalam diri, mengalah bukan bermakna kita kalah. Selamat mencuba....

    ReplyDelete
  11. Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan ( Saya setuju dengan pendapat ini ).
    Selalunya macam itulah, apabila dia memerlukan kita, dia akan hadir. Apabila apa yang dia mahu daripada kita atau kehendaknya dah ditunaikan dia akan tinggalkan kita tanpa sebarang pesan serta salam pergi meninggalkan kita dengan seribu persoalan dan prasangka???.

    ReplyDelete
  12. Sememangnya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji,terkeliru, terluka,terkilan,tahap kesabaran kita menipis,dan suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan. Pastinya amat menyakitkan dan membuatkan kita amat keciwa, justeru itu membuatkan kita semakin tidak tenang serta tension sebab tiada sebarang penjelasan dan tiada jawapan????......

    ReplyDelete
  13. Orang yang kita sayang 'kata cinta dan sayang pada kita, tapi tindakannya macam tak menyintai dan menyayangi kita. Lantas buat kita keliru apa sebenarnya perasaan dia terhadap kita?. Bila kita cakap soalan negatif, pasti jawapan "tak macam 2?. 'Saya betul -betul cinta dan sayangkan awak yang?,' 'Saya amat menyintai dan menyayangimu sayang'. Bertambah keliru dan fikiran semakin bercelaru dan buntu. Seolah-olah hanya kita yang ikhlas menyintai dan menyayanginya. Dia mahu kita memahami hati dan perasaannya tapi dia tak pernah cuba untuk memahami hati dan perasaan kita. Bertambah-tambah keliru lantas mengundang tension dan kemurungan, tak tahu dan tak pasti sejauhmana perhubungan. Sedangkan diri amat menyintai dan menyayanginya. Yang paling menyakitkan bila kita ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Seolah-olah sengaja untuk menyakiti dan menjauhkan diri daripada kita. Tanpa kita tahu apakah salah dan dosa kita. Sepatutnya berterus terang sahaja apa sebenarnya, justeru tiada hati yang terluka.

    ReplyDelete
  14. Berterus terang lebih baik daripada senyap....jangan sakiti hati orang, nanti orang akan sakiti kita macam tu juga atau lebih daripada itu. Ingat dunia ini umpama roda...

    ReplyDelete
  15. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji,suka membuat kita terkeliru,suka membuatkan kita terluka,suka membuat kita terkilan,suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
    Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....Ya, dah dapat yang dihajati di tinggal pergi tanpa ucap 'selamat tinggal' dan diam seribu bahasa tanpa berita. Di tinggalkan tanpa penjelasan apakah akhirnya perhubungan? Meninggalkan kesan kekeciwaan yang amat mendalam.

    ReplyDelete
  16. kekuatan kasih syg sebenar terletak pada doa kita terhadap insan yg kite syg :)..doakanlah dy :)..insyAllah anda akan rasa bahagia yg xterungkap oeh kata :)..

    ReplyDelete